Gwiyomi Versi Siti Nurhaliza, Comel Ke?

Gwiyomi? Apa benda ni? Aku mula-mula memang tak tahu. Kalau korang peminat Korea, memang korang tahu lebih awallah. So, aku pun buatlah sedikit bacaan tentang Gwiyomi sebelum ini.

Rupa-rupanya Gwiyomi atau Kwiyomi ini adalah perkataan dari bahasa Korea yang bermaksud comel. Gwiyomi ini adalah sebuah lagu dengan gayanya yang tersendiri. Tajuk asal lagu ini adalah Gwiyomi Player atau Pemain Comel. Artis K-pop, Hari telah  menyanyikan lagu Gwiyomi ini dan artis rap korea Jung Ilhoon telah membuat gaya tarian tangan dan jari yang comel sehinggakan lagu ini menjadi popular dan viral di Youtube.

Memang dah jadi macam satu fenomena selepas Gangnam Style. Ramai yang buat gaya Gwiyomi ini termasuklah para artis Malaysia.Siap ada pertandingan gaya Gwiyomi lagi.

Tup..tup..rupa-rupanya Siti Nurhaliza pun ada buat gaya Gwiyomi. Comel ke? Memang Kiyomi.. memang comel.. hehe

Jom layan…

Comel?

9 thoughts on “Gwiyomi Versi Siti Nurhaliza, Comel Ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge