Genap Umur 1 Bulan

Alhamdulillah, pejam celik.. pejam celik..Hari ini, genaplah umur anakku sebulan. Selamat hari ulang tahun, bulan anak ibu. Semoga menjadi anak yang soleh kelak.

Seronoknya menjadi ibu, walaupun tidur dah tak nyenyak dan aktiviti terhad kerana si baby fully breast feeding.

Lucu juga, bila dah menjadi seorang ibu, dah jadi macam orang tak betul je. Hehe. Yelah, bermain dan bersembang dengan bayi yang tak tahu apa-apa lagi.

Aku suka bertanya kat anakku, “Bila dah besar, nak jadi apa? Nak jadi doktor macam ibu ke? atau nak jadi Ptd macam ayah?” Aku tersenyum sorang-sorang, kot.. kot.. si baby menjawab, terkejut beruk aku. Hehe

Hari ini dia dah mula baring mengiring sendiri. Tak lama lagi, anak ibu dah boleh meniarap ni. Seronoknya.

Haa, ini gambar anak sulungku. Dia malu nak ambil gambar ni. hehe

Bayi 1 Bulan

– Mungkin besar nanti, si baby nak jadi blogger macam ibunya kot-

16 thoughts on “Genap Umur 1 Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge