Gambar Abby Abadi Bertudung

Kalau sebelum ini, artis wanita seperti Siti Nordiana, Diana Amir dan Ana Raffali berhijrah ke arah memakai tudung, sekarang ini, Abby Abadi , seorang pelakon wanita pula mengambil keputusan untuk memakai tudung sejak pulang dari Umrah di Tanah Suci Kota Mekah Mac yang lalu.

Gambar Abby Abadi pakai tudung

Info dari myMetro, Abby Abadi berkata:

“Sudah lama saya mahu bertudung tetapi saya perlu pastikan yang saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan itu kerana kita tidak boleh mempermainkan hukum Allah s.w.t. Saya juga tidak mahu bertudung kerana desakan orang lain, biarlah setiap perubahan itu dilakukan seikhlas hati saya.”

“Sepanjang berada di Tanah Suci, saya melihat kebesaran Allah s.w.t. Dia Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya. Apabila berada di sana, kita dituntut menjaga aurat tanpa menampakkan walau sehelai rambut pun dan saya sendiri berasa sangat selesa apabila bertudung. Kini kembali ke tanah air, saya rasa sangat bersalah jika tidak bertudung. Seolah-olah saya tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan-Nya kepada saya selama ini.”

Gambar Abby Abadi Bertudung

Semoga Abby Abadi diberi kekuatan untuk meneruskan niat baiknya. BloggerWanita.com sentiasa menyokong penghijrahan Abby Abadi. Tetap manis dan jelita…

Gambar Abby Abadi Pakai Tudung Selepas Umrah

Apa komen korang?

 

 

39 thoughts on “Gambar Abby Abadi Bertudung

  1. Makin berseri wajah ayu kak abby nih..orang kalau dah cantik, pakai tudung, lagila cantik..hehe..lagi cantik dari tut tut tut tut..

  2. Alhamdulillah…hidayah Allah itu luas dan Dia berhak memberi hidayah kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki oleh itu, bersyukurlah kita kerana Allah memilih untuk memberi hidayahNya itu kepada kita..

    الله اكبر! الله اكبر!

  3. subhanallah .. kak abby abadi sangat cantik apabila mengenakan tudung pada mahkotanya. semoga kak abby tetap dengan kata hatinya. amin. :’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge