Gaji Pekerja Profesional Dibayar Rendah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku golongan profesional Malaysia dibayar gaji rendah berbanding rakan mereka di luar negara, sekaligus menghalang usaha mengekalkan sertamenarik mereka yang berbakat bekerja di negara ini.

Beliau berkata meskipun golongan profesional Malaysia bagus, daripada segigaji, pada skala antarabangsa, mereka tidak dibayar sebaik rakan mereka di negara lain.

“Sudah lama saya menggesa sektor awam dan swasta agar membayar gaji mengikutbakat dan kemahiran pekerja berdasarkan standard antarabangsa.

“Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat kadar gaji kita meningkat denganmantap seiring produktiviti,” katanya pada Persidangan Global Forbes ke-11 disini, Selasa.

Najib berkata satu usaha yang fokus perlu dilakukan bagi mengekalkan rakyatMalaysia yang berbakat serta berkemahiran untuk terus berada di negara iniselain menarik golongan profesional yang berkhidmat di luar kembali ke tanahair, dan kadar gaji lebih baik boleh menjadi faktor penarik- mStar-

Bila aku baca berita ini, aku sangat setuju, memang betul gaji pekerja profesional seperti doktor, jurutera, akauntan,polis ,guru besar dan lain-lain,  dibayar rendah berbanding negara lain. Rakan sekerja aku dari luar negara pun cakap macam tu. Mungkin sebab tu juga, ramai doktor dari kerajaan, keluar berkhidmat ke swasta atau pergi ke negara jiran seperti Singapura atau UK, semata-mata nak dapatkan gaji yang lebih mahal atau berpadanan dengan kemahiran yang ada.

Harap isu yang ditimbulkan ini dapat diperbaiki. Harap gaji doktor yang busy dan kumpulan profesional yang lain dapat dinaikkan. 🙂 . Jadi akan lebih ramai doktor kekal di kerajaan, dan pesakit pun tidak perlu menunggu terlalu lama di klinik-klinik sebab kekurangan doktor.

Apa komen korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

23 thoughts on “Gaji Pekerja Profesional Dibayar Rendah

  1. Kerja Professional tak keluar negara pun ada.. Cuba tengok kerja orang dalam ‘tenet’ ni urus puluhan hingga ratusan web orang lain.. Untung kalau dapat job di luar negara, bukan dalam negara. Ini pun kerja professional tetapi,
    sangat susah kalau nk harap dapat job gomen / swasta.. boleh bungkus..
    Tambah sekarang dah nak dikenakan cukai GST pula..

    Kerja professional yang tak dipandang..
    PakarNiaga.com (AMIN) recently posted..SAIZ BANNER | SAIZ IKLAN POPULARMy Profile

  2. aduh .. professional cemanapun jika gaji rendah, nampaknya kena beralih ke sumber pendapatan lain yang setaraf kelulusan ijazah. Mungkin jadi blogger serta menggunakan kelulusan sebagai pembina kredibiliti untuk menarik pembaca, satu idea bagus.

  3. nutcrackernuts says:

    Aku ade kat jepun sekarang ni.Rakyat sini rajin-rajin.Diorang buat research dan cipta pelbagai bentuk inovasi dan dari situ walaupun negara mereka takde bahan mentah tapi negara mereka punye sumber manusia yang mantap dan membolehkan negara mereka maju.
    Kebanyakan dari kita rakyat Malaysia,malas nak belajar,cukup je makan udahla…rilek-rileklah..takyah gopoh2..sikap seperti ni yang menyebabkan hanye sebahagian kecil saje rakyat malaysia yang belajar tinggi-tinggi.Dan atas sebab itu jugaklah golongan profesional ini kurang dihargai kerana kurangnya kesedaran terhadap pentingnye ilmu.Sebab itu lah golongan profesional dibayar gaji rendah.Malah dianggap mereka tak bekerja dan golongan sokongan yang lebih banyak berbakti.Kalaulah takde orang yang mencipta dan mengeluarkan idea,malaysia akan tetap miskin dan tak ke mane-mane pasal semua orang cume nk gune teknologi luar je,malas nk belajar utk cipta teknologi sendiri.Bukan sebab gaji jela…pasal kurangnye pengiktirafan.Gaji tu salah satu bukti je kurangnye pengiktirafan bakti golongan profesional..

  4. ni first time sy view this blog…interesting..after review beberapa komen,i just to give my opinion.maybe org akan cakap aku akan berat sebelah.anyway if u said pekerja sokongan u buat kerja lebih teruk,maybe u as a professional did not done your work properly or as aspected,or maybe nature of your work tak teruk.thats why ramai golongan sokongan nk pengiktirafan lebih dari profesional.but for doctor,dari start belajar,telah memerlukan pengorbanan lebih dr org lain.member course lain dah keje,kita belum abis belajar.kerja masuk awal,keluar lewat,tak claim over time pun.oncall je yg claim.kalau ckp nurse yg plg byk jaga,mmg la sbb 4-5 nurse jaga sebuah ward,tp seorg doktor kena jaga 4-5 ward or if kt district,kena jaga sebuah hospital.nurse shift 7 hour pastu balik,dr oncall stay 33 hr kt hospital.so renung2 kanlah,dan selamat beramal.

  5. pemerhati bebas says:

    Aku tak faham tentang pemikiran rakyat Malaysia ni. Dalam sesetengah isu kita bandingkan dengan negara maju, tapi dalam isu lain pulak kita bandingkan dengan negara membangun yg lain @ negara mundur. Gaji kumpulan professional di negara ini memang rendah berbanding US, UK, Australia, Singapore dsb. tapi cuba kita bandingkan pulak dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dsb. Jauh lebih tinggi! Kalaupun nak bandingkan juga, janganlah hanya lihat kumpulan professional saja. Aku rasa kumpulan sokongan bekerja lebih keras dari kita. Masa aku ditahan dalam wad tahun lepas, cuma 2 kali doktor jengok aku. Jururawat lah yang benar-benar mengambil berat keadaan aku. Memanglah aku seronok bila gaji kumpulan professional naik sebab aku pun macam korang jugak, tergolong dalam kumpulan ini, tapi bila mengenangkan nasib kumpulan sokongan, aku rasa tak adil lah pulak. Cuba korang tengok sendiri dan fikir dalam-dalam. Di tempat korang sendiri, siapa yang buat kerja lebih….. kita atau kumpulan sokongan?

    • Bagi Aya, dua-dua pun gaji kumpulan ini perlu dinaikkan. cuma isu yang dibangkitkan di Forbes tu lebih kepada kumpulan profesional. Lagi pun taraf hidup semakin meningkat… harga barang pun meningkat kan.. Harga barang di Indonesia lebih murah dari Malaysia…Cuba fikirkannya..

      “Aku rasa kumpulan sokongan bekerja lebih keras dari kita. Masa aku ditahan dalam wad tahun lepas, cuma 2 kali doktor jengok aku. Jururawat lah yang benar-benar mengambil berat keadaan aku. ”

      Lagi satu, pemerhati bebas kena ingat, jururawat yang tengok di wad tu sebab diorang hanya stay kat wad tu. dan doktor dia kena turun ke klinik lagi untuk tengok pesakit lain. bukannya pesakit kat wad je. pesakit kat wad tu tak seramai kat klinik. kalo dia ada operation yang perlu dibuat, dia kena pi bilik bedah. takkan nak stay kat wad je kan. lagipun jika dibandingkan jumlah doktor dan jururawat… berapa ramai lah sangat jumlah doktor ni.

      Setiap orang ada pendapat. Aya hormat pendapat pemerhati bebas. tapi ini sekadar renungan..siapa yang pening nak pastikan rawatan yang tepat untuk pesakitnya.. of course doktor.. siapa yang bertanggungjawab kalo keadaan pesakit tidak ok.. of course doktor.. siapa yang risau kalo keadaan pesakit makin teruk..of course doktor… Kadang-kadang kita hanya melihat apa yang didepan mata… that’s my opinion..

      • setuju dgn pendapat Aya…meskipun pd pendapat sy kata gaji kena naik sama2…(yes itu perlu) tp kalau kata kerja kita pla kurang berbanding sokongan kurang btul juga… kadang menerima arahan itu mudah sedikit berbanding pembuat keputusan dan memberi arahan….apa lg manusia mcm2 karenah. Berbalik pd kerjaya doctor,mmg betul para doc di hospital (gov. especially) mmg kerja tip top jg…blm lg yg kena on call. Faham sgt kerana ada family members dlm bidang ni. Apapun, kita salinglah menghargai kerana kita saling melengkapi. Tq.
        d. angel recently posted..Candylicious Kembalikan Nostalgia…My Profile

      • Sy setuju dgn Aya. Kerjaya doc mmg memenatkan, pagi di klinik petang di wad. Pesakit yg dtg ke klinik bukanlah sorg dua tapi jumlahnya memang ramai. Kalau ada pesakit yg perlu dibedah, doc terus buat, dgn pertanyaan drpd doc pelatih yg agak ramai 5-6 org. Petang lps klinik tutup, doc2 nie naik pegi wad plak. Uwaaa, pntnya…

        * Sedikit tersentuh bila selalu nmpk doc solat d akhir2 waktu.

        * Jutaan terima kasih atas khidmat yang anda berikan wahai para2 doc.

  6. tak dinafikan gaji pekerja professional kat negara kita jauh lebih rendah daripada yg bekerja di luar negara. tapi kalau harga barang naik seiring dengan gaji, tak jadi masalah. jangan harga barang naik tapi gaji kekal atau makin turun…naya kita nanti
    Amirez recently posted..Cinta Perlukan KeikhlasanMy Profile

    • setuju Amirez… kalo harga barang tak naik …orang takkan mengeluh gaji tak cukup… sebab tu ramai pekerja awam yang cari part time untuk tanggung keperluan harian…

  7. Tapi kena di kaji juga apa sebabnya tahap gaji kita di tahap yang rendah.Selain itu perlu dikaji juga dari segi senarai harga barang.Kalau gaji tinggi harga barang pun melambung,tiada keseimbangan jadinya.
    InfoBuahPinggang recently posted..3 Cara Bagaimana Mengekalkan Kesihatan Buah Pinggang AndaMy Profile

  8. Sebab itu byk mahu kerja luar negara…

  9. 2020 hanya tinggal tidak sampai 9 tahun saja lagi….jika negara mencapai status negara maju (andai tercapai menepati sasaran) namun gaji pekerja profesional masih di takuk lama, di mana maknanya “negara maju”…sedangkan di negara2 maju gaji mereka bukan satakat 2 X ganda berbandung kita tetapi mencecah 4 ke 5 X ganda…. Apapun, pada saya jangan melihat golongan profesional saja, golongan sokongan juga perlu diberi perhatian, tanpa mereka, siapalah kita….
    d. angel recently posted..Baikkah sikap kita?My Profile

    • tak kira kumpulan mana pun.. Aya rasa gaji perlu diselaraskan dengan perkembangan semasa… Setiap kumpulan menyumbang sesuatu kepada negara… sokongan atau profesional sama je…

  10. biaya hidup tinggi bagaimana cukup ??
    joy recently posted..Mentality EntepreneurMy Profile

  11. dengan kenaikan kos sara hidup setiap tahun(petrol, makanan dll) diluar kawalan. semua orang mengalu-alukan penyelarasan gaji.

    • setuju tu Denaihati… minyak naik, harga beras naik, dan macam-macam lagi harga barang naik.. harap-harap gaji pun boleh lah dinaikkan…

  12. Gaji doktor tu xmungkin la murah kot.. hahha..

    Kadang2 kita salah tanggap tentang isu gaji ni.. Dah bagi secukupnya pon masih lagi kata murah.. makin banyak diberi makin tak cukup..

    Renung2kn.. 🙂
    yusenze recently posted..Lirik Lagu Transformasi Berjaya Rakyat SejahteraMy Profile

    • Setuju dengan fakta Manusia sentiasa rasa tak cukup.. tapi bagi Aya, gaji doktor mungkin mahal dari profesion yang lain, tapi kalo nak dibandingkan gaji dengan kerja yang dibuat dan tanggungjawab dan risiko yang besar, sedikit tak berbaloi…hehehe.. ini opinion Aya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge