Exabytes vs NetKL vs Namsahaz

Ini adalah antara post aku yang terawal. Jadi, aku bersemangat nak bincangkan pasal domain dan webhosting sebabnya masa aku mula-mula nak belajar bab-bab internet dan blogging ni, aku tak faham sangat pasal benda ni. 😐

Korang tahu apa itu Domain? Webhosting?
Jika korang masih baru dalam dunia perniagaan internet, Domain adalah alamat atau nama sesebuah laman web.

Contohnya:

www.BloggerWanita.com adalah contoh nama domain. Ia seperti nama sesebuah kedai di alam nyata.

Webhosting pula adalah satu ruang yang disewa oleh seseorang dari sebuah server bagi tujuan penyimpanan fail, maklumat dan data sesebuah laman web.

Contoh penyedia webhosting Malaysia adalah Exabytes, Namsahaz dan NetKL.

Untuk pengetahuan semua, domain BloggerWanita.com dibeli melalui NetKL dan webhostingnya pula disewa melalui Exabytes.

Mesti korang terfikir, kenapalah aku memilih Netkl untuk domain blog ini dan di hostkan pula di bawah Exabytes? Sebenarnya, kedua-duanya adalah webhosting malaysia dan masing-masing memiliki kelebihan tersendiri.

Jika korang perhatikan, harga sebuah domain yang dijual di NetKL adalah lebih murah berbanding di Exabytes.
Contohnya: Harga sebuah domain di NetKL hanya RM 29.95 termasuk percuma DNS management, manakala di Exabytes pula berharga lebih kurang RM59.95 ( tidak termasuk DNS management )

Namun begitu, aku  memilih webhosting di Exabytes kerana aku ingin menyewa ruang hosting yang lebih besar dan bandwidth, transfer,database dan add on domain atau subdomain yang tidak terhad ( unlimited ) . Jadi, aku telah memilih eBiz Gold Hosting plan untuk blog ini. Walaupun harga hosting plan ini mahal tetapi bagi aku, ia berbaloi.

Kalau korang nak tahu, ketika aku mula-mula menceburi perniagaan internet, aku telah memilih Namsahaz sebagai penyedia domain dan webhosting beberapa laman web aku kerana modal dan budget yang kurang. Namsahaz merupakan salah satu penyedia webhosting Malaysia yang termurah. Kelebihannya, kita boleh tentukan ruang yang ingin disewa untuk laman web kita bergantung kepada modal yang ada. Contohnya, harga bagi ruang web (webspace) untuk disewa dalam setahun adalah 6 sen per 1 megabytes. Jika kita menyewa webspace 500Mb, maka kita perlu membayar RM 30 setahun sahaja. Tetapi, kita perlu beli domain yang harganya RM40. Jadi , jumlah semua yang perlu kita bayar dengan Namsahaz adalah RM70 setahun.

Korang boleh rujuk jadual ringkasan perbandingan di bawah:

Ciri Exabytes NetKL Namsahaz
Hosting Plan Banyak jenis Hosting plan.Antaranya:Ebiz Gold:RM349/setahun Basic:RM60/setahun

Personal:RM100/setahun

Plus:RM200/setahun

Custom Web Space

RM0.06/1MB/setahun

Harga Domain RM 55/setahun(percuma jika beli hosting plan sekali ) RM 29.95/setahun(percuma jika beli hosting plan sekali) RM 40/setahun
Add On domain 30 0 – 3( ikut hosting plan ) 3
Web Space 300 GB 4ooMB/1500MB/2000MB unlimited

(custom web space)

Transfer & Bandwith 300 GB 7 GB/20GB/35GB unlimited
Databases 300 1- 10(ikut hosting plan) unlimited
Uptime Server 99.5 % 99% 99%
Service sejak.. 2001 – 2010 2004 – 2010 2007 – 2010
Web URL Exabytes NetKL Namsahaz

unlimited = tidak terhad

custom web space = ruang laman web yang anda tentukan sendiri bergantung kepada modal anda

P/S: Perbandingan di atas hanyalah secara ringkas. Ketiga-tiga webhosting di atas sedang dan pernah  aku gunakan dan masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangannya. Pilih penyedia webhosting yang terbaik untuk korang bergantung kepada modal dan kelebihan ciri yang  diinginkan.

Pp/S : Aku tak berani nak komen webhosting yang lain sebab aku tak pernah guna tapi aku percaya masing-masing cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

21 thoughts on “Exabytes vs NetKL vs Namsahaz

  1. Hi kak, DNS management tu untuk apa kak? Kalau dah ada domain ngan hosting saja tak boleh keh setup kita punya website? Kenapa perlukan DNS ni? Sorry kak saya memang slow sikit, tak tau benda benda ni.

    • Takpa shida..kita boleh belajar perlahan-lahan.. kalo domain dan hosting dah ada.. tak payah risau pasal DNS management ni. Setahu akak DNS management ni penting kalo kita dah ada webhosting dan domain tapi nak beli lagi domain yg murah dari syarikat webhosting yang lain, DNS management ni penting sebab kita boleh urus domain dengan mudah bersama webhosting lain. sebab satu webhosting boleh ada lebih 2 domain mengikut pakej tertentu. macam BloggerWanita.com ni di bawah exabytes dan akak pilih pakej di mana webhosting ini boleh memiliki domain yang tidak terhad ( unlimited ).

  2. hehe..vote for Hostgator..hehe..lagi best..:D

    • Dengar-dengar Hostgator bagus gak. Mula-mula nak beli hosting Hostgator sebab ada yang unlimited punya. Tapi orang kata baik kita pilih webhosting dan server di Malaysia. Lagi cepat. Tapi not sure jugak la, but so far, puas hati dengan Exabytes. Lagi pun urusan pembayaran dan support senang skit.

  3. wah..info yang bagus ni kak..thanks ye..tp dah beli kt sepaku hosting..tataw la ok ke x..stakat ni ok lg..cuma kdang2 tngh2 mlm dya buat maintainance …huhu..

    • So far Exabytes sentiasa ok la dik.. takpala dah beli kan cuba dulu.. next time boleh change hosting sebenarnya.

  4. wah akak….rajin buat perbandingan tuh 🙂 masing2 ada kelebihan tersendiri…

  5. thanx akak terangkan semua ni, ini jawapan yg cari2 selama ni, hehhee!! 🙂

  6. Info yang bagus
    perbandingan antara penyedia hot tu
    mesti kita arif. he

  7. saya ade subs dgn exabytes package ebiz plus..kire boleh la..masa tu beli satu hosting dapat free satu…skrng tunggu renew jer la…ingat tak sambung pun.

  8. saya pun sudah beli student package dari exabytes sejak bulan 2. berbaloi-baloi. Exabytes bagus sebab dia international lepas tu dia ada cawangan kat malaysia.

  9. Betul tu, kalau aktif blogging dan visitor pun banyak..elok ambil bandwith yg tinggi atau unlimited..takde la risau berlaku kehabisan bandwith nanti. Mcm sy 50000gb sebulan..lebih pd cukup sy rasa. Sy guna fungsi addon jer utk web2 lain.

    P/s: dulu sy beli domain sy nie di exabytes, nak tau berapa harganya..RM1 jer..diorg buat “crazy sale 07” memg giler pun harganya..tp akhirnya sy transfer ke tempat lain, sebab renew faham2 la harga dia.. 🙂

    • Harganya memang agak mahal, Exabytes amatlah sesuai bagi web yang aktif bisnes online, forum ataupun directory. Bagi permulaan, boleh cuba yang murah-murah dulu. bila ada modal lebih, boleh cuba Exabytes.

  10. wow bestnya unlimited bandwidth…!

    • Akak tengok Amir memang aktif berblogging, akak cadang baik Amir ambil webhosting yang unlimited. So far, akak puas hati dengan Exabytes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge