Email Spam Dari Bank Rakyat

Sehari lepas, aku dapat email dari Bank Rakyat dan menyuruh aku mengemaskini dan mengesahkan akaun Bank Rakyatku kerana kononnya Bank Rakyat sedang upgrade server mereka. Email ini masuk ke dalam inbox dan bukannya ke dalam Spam.

Value Customer,
We notice your Rakyat account has not been upgrade since we upgraded our server. kindly verify your accounting profile to avoid temporary suspension.
www.bankrakyat.com.my

We are sorry for any inconveniency this may cause.

Ini adalah email spam dari orang yang tidak bertanggungjawab dan cuba untuk mendapatkan maklumat tentang akaun Bank Rakyat aku.

Kalau korang dapat email macam ni, jangan sesekali login ke laman web bank tersebut dengan link URL yang disediakan. Ini salah satu cara mereka cuba menipu kita. Username dan Password kita mungkin boleh dicuri.

Cuba korang tengok screenshot email spam di bawah ini:

Email Spam Dari Bank Rakyat

Terdapat banyak info yang meragukan. Antaranya:

  • Email ini dihantar dari email yang tidak boleh dipercayai iaitu jwu0018@cuny.edu. Mana ada email Bank Rakyat macam ni kan?
  • Link URL tersembunyi terdapat dalam link laman web www.bankrakyat.com.my iaitu http://forum.urduworld.com/backups/1/index.htm
  • Bila aku klik link URL Bank Rakyat tersebut, Memang sebiji macam laman web Bank Rakyat yang dipaparkan, malangnya URL yang keluar dalam web browser adalah http://www.neoeontech.com/rakyat/rak.htm dan bukannya laman web sebenar Bank Rakyat Online.
  • Sebenarnya aku tak pernah daftar akaun bank rakyat aku dengan menggunakan email ini. So, nampak sangat menipu.

Ini adalah sekadar perkongsian kepada pembaca semua. Harap kita semua jangan tertipu dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aku telah menghantar email kepada pihak Bank Rakyat dan melaporkan tentang email spam ini.

Korang pernah dapat email macam ni? Jom share..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

11 thoughts on “Email Spam Dari Bank Rakyat

  1. banyak penipu beleluasa sekarang jadi kena hati 2
    Shasha recently posted..Kerja sudah siapMy Profile

  2. banyak sekali trik-trik untuk menipu, kita hrus selalu waspada
    Leny recently posted..Bedah dan hernia nucleus pulposus (HNP)My Profile

  3. hehe, tengok email address dan link website pun dah kantoi. tp bahaya juga kalau tak teliti dulu.
    khairil recently posted..Kerusi Direka Dengan Rak Buku Yang Sangat SelesaMy Profile

  4. hoho takde bank rakyat so tak kesa ..

  5. saya guna bank rakyat, harap xmudah di topi. nice sharing kak 🙂
    Shasha recently posted..Cara Mudah Kenalpasti Jenis KulitMy Profile

  6. Ada sahaja akal penyagak siber ini.

  7. bagus juga perkongsian dari kak aya ni..mana la tahu kan tup2 kita2 ni nti terima email macam ni juga..
    Mimie Najib recently posted..Kenduri Kahwin – Majlis Akad NikahMy Profile

  8. macam-macam sekarang ni taktik yang digunakan. btw , thanks for sharing. =) kena lebih brhati2.
    Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-TubiMy Profile

  9. Sekarang ini macam-macam taktik yang di gunakan untuk menipu. Kena berhati-hati dan berwaspada selalu.
    Areep recently posted..Why Samsung Is Not Buying SilverMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge