Doktor Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

18Hb November 2013, Hari melapor diri ke tempat kerja yang baru iaitu Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Nampaknya selepas ini, lebih banyak bertemu dengan ibu-ibu mengandung dan bayi-bayi yang comel. Seronoknya..

Kalau sebelum ini, banyak bertugas di wad dan juga unit kecemasan, jadi banyak merawat pesakit trauma yang luka sana sini dan juga penyakit-penyakit yang acute dan berjangkit.

Kalau di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, dah tak perlu nak buat oncall pada waktu malam. Hujung minggu pun, boleh berehat. Kalau nak cari duit lebih, boleh buat locum atau part time kat klinik-klinik swasta.

Sebenarnya, sebelum ini, saya hanya pernah bertugas di hospital. Sekarang saya ingin menimba pengalaman bertugas di bahagian kesihatan pula.

Semoga, saya dapat bertugas dengan lebih baik di tempat baru dan memperolehi lebih banyak ilmu dan pengalaman. Amin.

Semoga selepas ini, lebih banyak masa ditumpukan buat anak ibu yang bulat ini.. 🙂

Baby syathir makan bubur
Gambar diambil ketika hari pertama menikmati makanan tambahannya iaitu bubur.. Hehe

9 thoughts on “Doktor Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

  1. selamat menjalankan tugas baru kak aya.. bestnya boleh jumpa bby comel selalu.. =)

    ehh, anak kak aya makan tu, siap pejam mata.. comelnya.. nikmati sungguh tu.. 🙂
    syamimi recently posted..Sedapnya. . .My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge