Din Beramboi telah Meninggalkan Kita Semua..Al-Fatihah

Berita yang mengatakan Din Beramboi telah beransur pulih adalah tidak benar. Ucapan Takziah buat keluarga Din Beramboi.

Din Beramboi  iaitu pelawak dan penyampai radio Era FM ,telah disahkan meninggal dunia tengah malam tadi selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kerana dijangkiti demam denggi berdarah.

Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.

Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.

Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.

 Sumber: MyMetro

 

Replay video di atas jika tersekat-sekat

 

Jenazah Allahyarham Din Beramboi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan Kepong pukul 11 pagi tadi.

Innalillahiwainnalilahirajiun, yang hidup pasti akan mati, bezanya, kita tidak pasti masa dan tempat ajal menemui kita. Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

One thought on “Din Beramboi telah Meninggalkan Kita Semua..Al-Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge