Semalam, 1 Mac 2013, kami pekerja hospital yang bekerja pada waktu pejabat diarahkan balik awal kerana dikatakan tindakan berjaga-jaga diistiharkan di bahagian Lahad Datu, Semporna dan Kunak disebabkan oleh perang yang berlaku di Felda Sahabat 17, Lahad Datu, Sabah, antara tentera Malaysia dan tentera Kesultanan Sulu, Filipina.
Ramai gak yang panik. Pesakit-pesakit aku pun ada yang risau sampai tekanan darah mereka tinggi-tinggi belaka. Hehe.. Kedai-kedai semuanya tutup. Nak beli barang pun susah. Sunyi sepi jadinya pekan dan bandar. Pertama kali menghadapi keadaan genting begini sepanjang hidupku. Terus terfikir, bagaimana rakan muslim kita yang berada di Palestin dan Afganistan yang selalu menghadapi keadaan perang seperti ini. Tapi, Alhamdulillah, buat masa ini, keadaan di pekan dan bandar adalah terkawal.
Staf-staf hospital yang bertugas dan oncall kena standby untuk sebarang kemungkinan. Dikatakan 2 komando polis Malaysia telah terbunuh dan 3 lagi cedera dalam insiden tembak-menembak ini.
Buat masa ini, hospital kami, tidak menerima lagi sebarang pesakit dari mangsa peperangan tersebut.
Polis trafik juga menjalankan tugas mereka dengan membuat beberapa sekatan dan pemeriksaan jalan raya sejak berlakunya pencerobohan di Lahad Datu. Maklumlah, kat Sabah ni, ramai pendatang tanpa izin dari keturunan kesultanan Sulu juga dan ini sedikit merisaukan pihak berkuasa kerana khuatir mereka boleh menggangu ketenteraman penduduk tempatan. Buat masa ini, takda masalah lagi. So jalan raya, selalu sesak je. Sakit kaki ni menekan minyak. Maklumlah kereta manual.huhu. Tapi takpalah, mereka hanya menjalankan tugas kan.
Harap-harap masalah pencerobohan ini segera selesai dan berdoa agar pegawai-pegawai keamanan kita iaitu polis dan tentera selamat dan sentiasa dilindungiNya dan semoga negara kita sentiasa aman. Amin.
Semoga kembali aman…amin
teratai recently posted..KKG 2013 : OBJEKTIF KAJIAN
Amin…
mendoakan kembali pulih seperti biasa lahad datu
Amin..
Aya recently posted..Isu Pencerobohan Lahad Datu, Banyak Khabar Angin
Apa yang kita mahukan adalah masalah ini diselesaikan dengan meja rundingan. Isu ini perlu ditangani seperti ‘Menarik rambut tak putus dan tepung tidak berselerak’.
akubiomed recently posted..Majlis Akad Nikah adik ipar
Hope sume selamat pasni. Takziah pada keluarga Allahyarham
Que recently posted..Artikel 88 FAM : Bila Kerabat Diraja Buat Kenyataan Media Baru Nak Mansuh?
takziah pd 2 anggota komando polis yg terbunuh…
semoga ketegasan yg lebih diambil utk selesaikan isu pencerobohan oleh tentera asing tersebut…
Ayie Abas recently posted..Komando Polis Terbunuh Di Lahad Datu, Sabah
mudahan tiada lagi melibatkan nyawa dan dapat diselesaikan cara baik.
Denaihati recently posted..iPhone 5 Pengalaman Menggunakan Mode Panorama
Cute jgk ko ni
semoga semua selamat…rakyat Malaysia mendoakan untuk anda semua
Shahrul recently posted..#PrayForLahadDatu, Perlu ke Kita Serang Balas?