Cukai Topup Prepaid dan Simpack 6 Peratus, Kenapa?

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Kenapa ada cukai?

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Sumber asal: Bharian

logo-maxis-digi-celcom

Aku pun memang tak setujulah ada cukai topup prepaid 6 peratus untuk pembelian Prabayar atau prepaid topup ni atau pembelian simkad ni. Memang tak setuju. Dahlah harga barang makin bertambah, gaji pokok pula tak naik-naik, makan kat restoran pun kena bayar cukai (tax), Malah beli top up pun kena cukai. Macam-macam je kat Malaysia.

Aku yakin ramai tak setuju dengan kewujudan cukai top up ini, 6 peratus dilihat macam skit kan.Tapi sebenarnya banyak. Aku bagi contoh pengiraan ye..

Contohlah kita beli top up RM10, maka termasuk cukai , harga RM10.60. Kena bayar extra 60 sen.

Kalau kita beli topup RM50, maka harga termasuk cukai 6% adalah RM53.00. Kena bayar extra RM3.00

Bayangkan kita beli topup RM50 sebanyak 100 kali, maka wang yang dikeluarkan sahaja untuk bayar tax topup adalah RM300 ( 100 X RM3.00 ). Mahal gak tu. So kalau 10,000 orang membayar cukai RM300, maka untunglah kerajaan sebab dapat RM3,00 0,000.

Sebagai tanda aku membantah, aku kena sokong FB “Kami bantah cukai 6% untuk produk reload dan Simpack. Baru sehari, orang LIKE FB ni dah lebih 36 ribu orang. Sekadar nak meluahkan rasa hak pengguna.. :)

P/s: Kalau Cukai 1% tu, kira ok lagi, ini 6 %, mahal tu. Apa komen korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

9 thoughts on “Cukai Topup Prepaid dan Simpack 6 Peratus, Kenapa?

  1. kata GST tidak akan dikenakan ke atas pengguna…
    pastu peniaga cas kat atas kita… mmg diaorg byr tp dah kaut dari kita…
    lebih je iklan….

  2. good post,thank you very much.

  3. gov sengal.. says:

    abis, kalau yg pakai postpaid/line plak cane?da tax gak ke?

    senang jek nak ajar gomen nie, undi dah nak dkt.. aku pn 1 st time nk mngundi nie,, kita bakor je goment nie!
    tamak haloba tui,dahla harga kete mahal,roadtax,cukai pintu,tol lagi,…. sebab tu kes ragut bertambah,org dok mencuri sbb nak byr CUKAI je. merapu byk sgt

  4. Imbangi CUKAI TOPUP 6%.

    Sertai KPE TOPUP, dan dapatkan reload dengan harga yang lebih murah! Kami menawarkan diskaun sehingga 12%

    Topup Celcom RM10 = RM 9.70 + CUKAI RM 0.60 = RM 10.30 SAHAJA!
    Kami serap 3% daripada Cukai dan anda UNTUNG RM0.30!!!!!!

    Daftar lah sebagai ahli sekarang, PERCUMA !!!!!
    kpetopup recently posted..Promosi !!!My Profile

  5. sukenye akuu says:

    Mcmane ye nk cover expenses aku, fmly n kroni? brapa byk buleh cilok?
    1- LHDN? – 2009 = RM 88b xckup la..
    2- EPF? – 2009 = RM 33b brape sen jer..
    3- 10% Cukai Jualan? – peniaga x ramai kot..
    4- 5% Cukai perkhidmatan? – brape je yg wat servis.. (pelacur ade tax ke? hahaha)
    5- Zakat Pendapatan? – brape kerat je yg byr..
    6- GLC i.e MAS, TNB, CELCOM, syarikat bekalan air negeri, Khazanah, etc – eh, brape sgt la untung dorg, xsmpi 100 Company pun..
    7- byk lg la..

    GVM says – Eh, mane cukup nih.. cmane nk cover fmly aku, ank2 buah aku, kroni2 aku.. cmane nk nk korek duit lg nih.. ?… La.. ape la bengap sgt nih.. rakyat kn ade duit… ni best ni korek poket dorg nih.. –

    8- naikkan la lgi cukai, kalo cukai naik, duit aku pun b+ la.. alah naik brape sen je.. x trasa punya……
    9- GST? – rakyat bodo.. mane dorg tau sgt GST tu apebende..
    10- Naikkan harga barangan – bila harga barang naik, jumlah cukai jualan naik, b+ lg la duit tuh..
    11- Saman.. – hampir 18juta saman polis n jpj dr 2000 ke 2010 je. kalo average RM50/saman pun dah brape.. itu br RM50.. kalo RM150? @_@ kayo pakcik kayo…
    12- PTPTN – 5 juta budak skolah rendah, mngh n tadika ade kt msia. RM 20 sorg?… tu br RM 20 tuh..
    13- cukai 6% utk prepaid n simpack. – mane la rakyat tau 5% mmg syarikat telco da byr.. 6% lg wo.. ade 26juta pengguna prpaid kat msia..? WOW…

    lg 1.. simpan la duit byk2 kat bank, melabur la byk2 kat bank.. berhutang la byk2.. semua tu ade % side income tuh… hahaha

    sekian TQVM
    RAKYAT DIDAHULUKAN (miskin), PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (utk fmly n kroni)

  6. saya tak berapa nampak relation antara tax 6% dgn kompetitif prabayar mudah alih.
    dinsblog recently posted..Harga emas diparas $1,900 seaunMy Profile

  7. apa ke bengap sgt lah pihak2 yg tlibat nih.. geram betul dgn isu ni..huhu
    adele recently posted..Mari Kembali Ke SekolahMy Profile

  8. Maksudnya..masa beli ,kita tak bayar lebih tp bila top up.. kredit kena tolak la kan.. tq for the info
    Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge