Cukai Prepaid 6 Peratus Ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus ke atas 26 juta pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.

“Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, DiGi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu semalam. -Kosmo-

logo-maxis-digi-celcom

Nampaknya, cukai 6% untuk kad prabayar dan simkad ditangguhkan, mungkin selepas mendapat banyak bantahan dari rakyat Malaysia. Bagi aku, walaupun 60 sen atau 6% kelihatan nilai yang kecil, tapi bila didarabkan dengan 100 kali atau 1000 kali membeli reload atau topup ini, maka jumlahnya akan banyak. Betul tak? 🙂 .

Janganlah kita terlalu mementingkan keuntungan sehingga menyusahkan rakyat atau pengguna..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

2 thoughts on “Cukai Prepaid 6 Peratus Ditangguhkan

  1. bagus la ditangguhkan, sekarang semua dah naik harga.
    eiela recently posted..Selamat Berjuang SayangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge