Cuci Rambut kat Kedai Salon Memang Seronok lah…

Seronoknya, dapat cuti dan bebas dari hal-hal kerja. Apa lagi, seperti biasa aku akan pergi ke kedai Salon rambut untuk cuci rambut aku ini. Boleh dikatakan 1 atau 2 kali sebulan aku akan relakskan kepala aku  kat kedai Saloon.

Memang seronok..

Cuci Rambut kat Kedai SaloonPhoto Credit : Caroline’s Crayons

Tidak semestinya kita pakai tudung, tidak perlu buat jagaan rapi kat rambut. Kena pandai lah pilih kedai Salon yang mana pekerjanya adalah perempuan dan bukannya lelaki atau jenis-jenis yang lain. 🙂

Kenapa nak rambut cantik dan sihat? Bagi aku, semuanya untuk tingkatkan keyakinan diri dan keselesaan rambut aku.

Biasanya apa yang pekerja kedai Salon ini akan lakukan?

  • Mereka akan tanya sama ada nak cuci je, gunting rambut atau nak buat rawatan kepala sekali.
  • Mereka akan tanya sama ada nak jenis shampoo jenama apa, Loreal ? atau yang biasa je? Biasanya, setiap shampoo yang kita pilih mempunyai harga yang berbeza. So ikutlah budget kita.
  • Mereka akan cuci rambut kita lebih kurang 20 min atau 30 min
  • Mereka akan buat massage sekali, dari kepala, leher dan hingga ke bahu.. yang part ini, memang best..
  • Lepas tu rambut akan dibilas dan pelembap akan diletakkan.
  • Kemudian Rambut akan dikeringkan dengan pengering rambut.

Lebih kurang macam tu lah rawatan cuci rambut kat kedai saloon. Lain kedai saloon mungkin lain caranya. Harga yang biasa dikenakan lebih kurang RM 8 hingga RM 29.

Saja je nak kongsi pengalaman dengan rakan blogger  yang tak pernah atau tak berpeluang lagi cuci rambut kat kedai saloon…

15 thoughts on “Cuci Rambut kat Kedai Salon Memang Seronok lah…

  1. D’Creative Professional Muslimah Hair Salon.
    Khusus buat Muslimah bertudung..kunjungi kami untuk rawatan atau perkhidmatan rambut dari Hairstylist wanita kami yang terlatih.

  2. tu la…nak carik jugak saloon pompuan…lama dah x basuh rambut yg siap urut ni…dulu selalu buat tyme dok asrama…syok!! gilir2 basuh rambut kengkawan

    1. seronok gak tu cuci rambut sama kawan2 kan..hehe.. Aya skang ni selalu buat macam tu dgn anak sedara pompuan kalo malas nak pi kedai..hehe

  3. Salam.. cik Aya, nk bertanya, salon ni kat mana? bleh kasi detail? hihi kte tgh duk sevey2 salon rambut area kl. nk potong rambut. huhu susah btol nk cari kedai yg tukang guntingnya melayu. sebuleh2 nya nk jaga lah aurat nih.. tp tamo laa byr mahal2 utk g salon yg ada private room tu..

    tq.. 🙂
    Azra recently posted..My MemoriesMy Profile

  4. Saya pula memang ambil pakej rawatan rambut di Nexhs Herbal. Selepas melakukan proses rawatan, mereka akan mencuci rambut sambil mengurut kepala. memang mengasyikkan ! Perkhidmatan menggunting rambut juga disediakan di situ. tp harga asing la.
    mekar recently posted..Stres dan Cara Unik HindarinyaMy Profile

    1. memang lembut Adele.. Akak pakai shampoo loreal… so lebih lembut juga..
      yang paling seronok cuci rambut kat kedai salon ni , time kena urut kat kepala..itu paling best..sampai nak tertido..hehhehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge