Cikgu Pukul Pelajar.. Pelajar Pukul Cikgu…

Macam-macam je sekarang ni.. beberapa hari yang lepas, kita digemparkan dengan kisah budak 7 tahun iaitu pelajar sekolah agama dipukul selama 2 jam oleh guru agamanya disebabkan tuduhan mencuri RM7. Hari ini pula, Seorang pelajar tingkatan 2 pula menumbuk muka guru perempuannya sehingga mangsa patah hidung .

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Apalah dah jadi sekarang ni?

Cikgu pukul pelajar.. mungkin niat untuk mendidik tapi kalau siap ikat tangan dan pukul pelajar 2 jam sampai koma, itu memang melampau. Budak 7 tahun, apalah sangat dia tahu. Lagi-lagi yang memukul adalah seorang guru agama, sepatutnya dia lebih tahu cara mendidik muridnya mengikut ajaran agama. Nafsu marah mengatasi diri dah ni..

Pelajar pukul cikgu pula… sekarang ni, pelajar makin berani dan makin tidak hormat cikgu mereka. Bergaya ala gengster kat sekolah sedangkan baru umur 14 tahun. Mungkin baru je akil baligh , dah buat perangai. Nakal boleh nakal, tapi janganlah jahat sampai pukul cikgu lah pula. Macam mana lah nak cerah masa depan kalau muda-muda dah kurang ajar dengan guru. Ceh!! macam penceramah bebas pula aku. Hehe

gambar-kartun-cikguPhoto credit : guysdiaries

Dulu dan sekarang sangat berbeza….

Apa pandangan korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

10 thoughts on “Cikgu Pukul Pelajar.. Pelajar Pukul Cikgu…

  1. budak dan mak bapak budak berubah. Sebab tu jadi macam ni. Sebab apa berubah..banyakk..

    cikgu pun berubah. Sebab apa? Pun banyak sebabnya..

    Kalau saya jadi cikgu, memang saya tampar aje budak-budak tak makan saman nih..
    titan recently posted..Komisen kedua dari PanduanDplicomMy Profile

  2. Camnilah kerjaya seorang Guru. Marah salah, tak marah salah. Sampaikan anak tak flush jamban pun mak bapak complen kata cikgu tak ajar. Fuhhhh cabaran sungguh dengan kerjaya ni.
    Cikgu Hairul recently posted..5 blog sering dikunjungiMy Profile

    • kena bersabar sedikit Cikgu Hairul.. Makin lama pelanggan kita makin cerewet… lumrah hidup..
      Pelanggan Cikgu = Murid dan Ibubapa
      Pelanggan Doktor= Pesakit dan Keluarga mereka.

      🙂

  3. sy masih ingt kawan2 sy penah ditampar + dipukul oleh cikgu bi sebab xsiap kerja sekolah..mmg ngeri tgk die pkul mmber sy tu..dan sy pn penah skali kena dgn cikgu tu sbb xtaaw cmne blh lupe wat kije sekolah..tp sy xpenah pn balik mengadu kt parents kena blasah ngan cikgu sbb sy tahu tu slh sy xbuat hmwork..tp adik2 sy skrg laen..kena cket dgn cikgu dah balik repot kt parent sy..haish

    • hehe… lagi lucu, ada satu pesakit Aya, budak 14 tahun lelaki, baru kena cubit skit, buat laporan polis dan ingin pemeriksaan lengkap dari doktor sebab risau ada fobia dekat anak dia sampai taknak pi sekolah.. Siasat punya siasat bukan budak tu je kena cubit, semua pelajar kat kelas dia kena cubit sebab tak siap kerja.. macam-macm jak..

  4. Salam admin,

    Zaman saya belajar dulu masih sempat lagi di mana ibu ayah sangat menghormati guru dan guru juga sangat ikhlas dan tegas dalam mendidik.

    Kalau saya dulu bila dirotan atau dimarahi guru tak berani nak balik bagaitau kepada keluarga,sebab bukan disokongnya kita,tambah lagi kot atas adalah.

    Dari kena 2 kali baik kena sekali je.Kena dengan ibu atau ayah lagi teruk.
    PakarBuahPinggang recently posted..Potassium &amp Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang KronikBah 2My Profile

    • samalah…Aya pun macam tu… kalo cikgu marah…mak dapat tahu…confirm kena marah lagi..huhu… siap kena rotan lagi… wuaaarrrghh…

  5. it’s parent that changed..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge