Cecair Keputihan dan Kegatalan Pada Kemaluan, Jangkitan Kulat?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Sebenarnya aku ada menerima beberapa soalan daripada pembaca-pembaca Bloggerwanita.com tentang masalah cecair keputihan dan kegatalan pada kemaluan wanita. Antara soalan dari 2 pembaca adalah seperti di bawah:

Dari saudari Ealisz
“Saya ealis, saya adalah masalah sedikit dengan vagina saya jika cecair keputihan saya keluar ia rasa sedikit gatal dan membuatkan saya tidak selesa. dan saya pun menggaru vagina saya setelah itu saya Nampak kesan nya adalah vagina saya macam melecet dan terdapat sedikit luka dan merah . . ia amat pedih dan gatal .. saya selalu mencucinya dengan puncuci wanita daun sirih . . tapi hasilnya sama juga . . dan saya juga ada masalah jika saya memakai tuala wanita jenama kotex . . saya pelukan jawapan dari anda . . kerana saya amat takut . “

Dari saudari Lala
“Nak tanya kak aya. sejak beberapa bulan ni saya kerap kegatalan di bahagian vagina and banyak keputihan. apabila saya garu dia melecet dan saya mengalami kepedihan setiap masa. adakah saya dah kena jangkitan kulat di bahagian vagina? ada apa apa saranan kak aya untuk masalah saya ni selain berjumpa doktor? macam produk produk ke. thanks”

Ramai wanita mungkin mengalami masalah cecair keputihan keluar dari kemaluan dan berasa gatal pada bahagian faraj tetapi segan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Betul tak?

Walaupun aku seorang doktor, aku hanya boleh memberi info yang boleh menjadi panduan untuk rakan pembaca, namun diagnosis yang tepat bagi penyakit atau masalah keputihan ini perlu dilakukan oleh doktor masing-masing ye. Ini kerana, pemeriksaan dan mungkin beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengetahui penyakit yang sebenar.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan cecair yang abnormal keluar dari kemaluan wanita seperti jangkitan bakteria, kulat dan mungkin juga kanser pangkal rahim.

Post kali ini, aya fokus untuk jangkitan kulat kerana jangkitan ini adalah masalah yang biasa dialami oleh seseorang wanita. Dikatakan 75 peratus daripada wanita akan mengalami sekali jangkitan kulat ini dalam hidupnya. Manakala, 40 hingga 45 peratus wanita akan mengalami 2 atau lebih jangkitan kulat sepanjang hidupnya.

Apa jangkitan kulat yang dimaksudkan?

Jangkitan kulat yang dimaksudkan adalah jangkitan pada kemaluan yang disebabkan oleh sejenis kulat atau fungas yang menjadi normal flora dalam kemaluan wanita iaitu Candida Albicans. Dalam ilmu perubatan, jangkitan ini dipanggil sebagai Vaginal Candidiasis atau Vulvovagina Candidiasis.

Untuk pengetahuan semua, kulat Candida Albicans ini sememangnya hidup dalam badan manusia seperti di bahagian usus, faraj dan juga mulut dan ianya dipanggil sebagai organisma normal flora kerana tidak mendatangkan bahaya jika dalam jumlah yang kecil.

Candida Albicans
Gambar Candida Albicans yang dilihat melalui mikroskopi

Apakah tanda atau simptom yang biasa dialami oleh pesakit?

Cecair keputihan seperti keju atau berketul-ketul akan keluar daripada faraj wanita. Biasanya,pesakit akan mengadu gatal-gatal pada bahagian kemaluan. Disebabkan kegatalan kemaluan tersebut, mereka kerap menggaru pada kemaluan dan ada yang sampai terluka dan kemerahan. Jika kemaluan pesakit terluka, kemungkinan jangkitan kedua seperti jangkitan bakteria mungkin boleh berlaku. Ada juga pesakit yang mengadu sakit faraj ketika kencing atau selepas melakukan hubungan seks.

Biasanya cecair keputihan yang disebabkan jangkitan kulat ini tidak berbau busuk dan tidak melibatkan pendarahan.

Jangkitan Kulat Candidiasis
Ini adalah gambar cecair keputihan yang disebabkan jangkitan kulat dalam faraj wanita

Ada juga rakan pembaca pernah bertanya, adakah jangkitan seperti ini boleh menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks?

Vulvavaginal candidiasis bukanlah sejenis penyakit kelamin yang berjangkit (Sexually transmitted disease) . Namun si suami mungkin boleh mengalami kemerahan dan pedih pada zakar jika si isteri mempunyai jangkitan kulat yang teruk.

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh berlaku? Apakah punca atau risikonya?

Kulat Candida Albican adalah kulat yang hidup secara normal flora di bahagian kemaluan dan juga mulut manusia tapi dalam jumlah yang kecil dan tidak menyebabkan simptoms.

Namun begitu, jika seseorang itu mengalami sistem pertahanan badan yang lemah seperti menghidap kencing manis, HIV atau lain-lain penyakit, maka kulat ini akan tumbuh berlebihan pada bahagian kemaluan dan seterusnya menyebabkan simptom.

Selain itu, jika pesakit pernah mengambil antibiotik yang broad-spectrum atau penggunaan steroid pada jangka masa panjang, maka mereka juga antara orang yang berisiko mendapat jangkitan ini.

Ibu yang mengandung itu sendiri juga cenderung mengalami jangkitan kulat disebabkan perubahan pada sistem pertahanan badan dan juga perubahan keasidan atau pH pada bahagian faraj.

Jika berjumpa dengan doktor, apa pemeriksaan yang akan dilakukan?

Aku faham ramai wanita malu berjumpa dengan doktor kerana mungkin risau doktor lelaki yang akan membuat pemeriksaan ke atas mereka, terutamanya wanita-wanita yang masih bujang ni . Betul tak? ^_^

Sebenarnya, korang boleh request minta doktor wanita yang periksa jika pada masa itu, klinik tak terlalu sibuk. Lagipun, setiap prosedur yang akan dilakukan perlu mendapat kebenaran daripada pesakit terlebih dahulu.

Biasanya di klinik, doktor akan bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat tentang simptom korang. Maklumat tentang aktiviti seks dan pasangan juga akan ditanya. Korang mesti berfikiran terbuka bila ditanya soalan-soalan yang personal macam ini dan pastikan korang memberi maklumat yang betul agar diagnosis yang tepat boleh dibuat.

Jika korang sudah berkahwin, pemeriksaan seperti per speculum akan dilakukan untuk melihat sendiri jenis cecair keputihan yang terdapat dalam faraj wanita dan kemudian sampel untuk vaginal swab (high vaginal swab) akan diambil.

Bagaimana prosedur per speculum dan ujian HVS dilakukan? Nanti aku terangkan secara detail pada post seterusnya. Okey.

Apa tujuan vaginal swab ini?

Tujuannya adalah untuk mengetahui jenis kuman atau kulat yang menyebabkan cecair keputihan tersebut. Keputusan ujian ini akan mengambil masa untuk beberapa hari kerana perlu dihantar ke makmal. Ujian ini perlu dilakukan bagi memastikan rawatan dan ubat yang tepat boleh diberikan.

Terdapat beberapa organisma atau kulat yang mungkin resistan kepada ubat tertentu dan bila resistan berlaku, biasanya simptom tak akan hilang.

Apakah ubat atau rawatan yang ada?

Haa.. mesti ramai nak tahu kan apa ubat yang sesuai untuk jangkitan kulat ini? Mesti kes malu nak jumpa doktor ni. Hehe

Okey..okey.. Biasanya ubat yang doktor akan beri jika cecair keputihan tersebut disebabkan jangkitan kulat adalah ubat anti-kulat seperti Clo-Trimazole,  Miconazole dan Nystatin.

Ubat Clo-Trimazole boleh didapati dalam bentuk krim (Cream) atau tablet ( Pessary). Ubat jenis pessary hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin. Kenapa? Sebabnya ubat ini perlu dimasukkan ke dalam faraj pada waktu malam, iaitu sebelum tidur. So, memang tak sesuai untuk wanita yang masih dara.

Bagaimana pula kalau wanita itu masih dara ( virgin)? Apa ubat yang sesuai?

Biasanya ubat jenis oral atau makan seperti Fluconazole juga boleh diambil, namun ubat jenis ini perlu diambil secara berhati-hati kerana terdapat banyak kesan sampingan. Dan ubat ini bukanlah rawatan yang pertama (Bukan 1st line treatment).

Tapi aku kena ingatkan kepada semua, jangan ambil ubat ini tanpa membuat pemeriksaan dan memperolehi diagnosis yang tepat kerana mungkin korang boleh mengalami resistant terhadap ubat tersebut. Maksudnya, jika korang kena jangkitan ini semula, maka ubat tersebut sudah tidak berkesan.

Bagaimana cara untuk mengelakkan jangkitan kulat ini?
Okey..okey.. mesti semua tak sabar nak tahu cara mengelakkan jangkitan kulat ini kan? Betul tak? Sabar-sabar ye.. Tunggu post seterusnya. Dah panjang dah post ni.. ^_^

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

22 thoughts on “Cecair Keputihan dan Kegatalan Pada Kemaluan, Jangkitan Kulat?

  1. Akak , sya belum brkhwin , sya mngalami cecair keputihan y berwarna merah dan sering berasa sakit dibahagian faraj serta terasa gatal dibahahian faraj .Saya malu untk brjmpa doktor .

  2. Tapi jika jangkitan dah terlalu lama,adakah mungkin boleh menyebabkan sakit atau jangkitab lain.

  3. salam doc,knapa ye,slepas sy bsalin,smasa mula2 nk mlakukn hubungan kelamin,trasa pedih sgt,smpai la skarang,padahal ank dah brusia 1thun 8bln

  4. salam, sy mengalami kesakitan semasa dan selepas bersama dgn suami sy.. sebelum bersama, keputihan sy sebelum ni tiada masalah.. slps bersama keputihan bertukar menjd berwarna kekuningan dan berbau. dan setiap kali sy kencing ari2 sy berasa pedih dan gatal. mcm mana ye nak megatasi masalah ni?

  5. saya disahkan hamil 1 bln lebih ttp menghidap sakit candida albicans,adakah bahaya untuk baby dan saya?

  6. Salam doktor..skrg ni saya mengalami kesakitan yang teramat sangat pada bahagian bibir faraj yg ditumbuhi seakan2 jerawat..amat pedih walaupun terkena air..sudah 5hari..daripada 1 skrg sudah 6 jerawat..saya memang tidak berani pergi ke klinik

  7. Salam..sy baru mngalami masalah ni sebulan kblkangan ni..kemaluan terasa gatal dan bira garu terasa kepedihan dan bila bersama suami terasa pedih..apa yang saya perlu buat?

  8. salam akk , saya masih belum berkahwin . saya dah 5 hari gatal2 dan terdapat cecair ketul2 dalam kemaluan saya . saya takut untuk berjumpa dengan doktor . kalau ubat2 dari farmasi agak agak membantu x ?

  9. Salam.. doktor.. jika mengalami keputihan macam nie.. wajib ke perjumpa doktor? Masalah saya nie dah 4hari macam nie.. terasa amat gatal pada kemaluan dan keputihan keluar dengan banyak pada waktu malam.

  10. emm , harap kaq aya dapat bagitau rawatan yang tepat dan kesannya secepat mgkin. =)
    Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-TubiMy Profile

  11. rasanya tak la alami keputihan yang sebegini kut..cuma gatal2 tu kadang ada juga.tp jrng2 la terjadi..
    Mimie Najib recently posted..Kenduri Kahwin – Majlis Akad NikahMy Profile

  12. ehehek.. terima kasih infonya doktor.. lazaac mmg suka baca topik2 kesihatan mcm ni.. lebih2 lg berkaitan org pompuan.. leh tambah ilmu pengetahuan lg.. huhu..

  13. saya mengalami keadaan yang sama , cuma tidaklah terlalu teruk , tapi boleh saya tahu adkah dia beri effect pada dara wanita sebab kalau terlalu banyak garu , akan keluar darah melecet , ada kaitan dgn darah dara ke ?

  14. kebanyakan kaum wanita memang mengalami keputihan. kadang2 sy pun pernah. thanks 4 the info. =)
    Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-TubiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge