Cara Tidur Yang Betul dan Salah Ketika Hamil

Ketika wanita itu hamil, tubuhnya akan mengalami pelbagai perubahan. Salah satu perubahan adalah masalah kesukaran tidur yang lena.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Oleh itu, hari ini, wanita-wanita yang hamil perlu tahu posisi tidur yang paling baik atau betul bagi membantu mendapatkan tidur yang lena. Cara tidur yang paling baik adalah tidur secara mengiring.

Tidur Mengiring

Ibu yang mengandung boleh baring mengiring ke kanan atau pun ke kiri. Jika wanita yang hamil itu baring mengiring ke kiri, maka aliran darah dan zat makanan kepada bayi melalui placenta akan lebih lancar.

Cara Tidur yang betul ketika Hamil adalah Mengiring

Begitu juga, dengan buah pinggang, ia akan berfungsi dengan lebih berkesan dalam proses penyingkiran bahan kumuhan dan cecair dari badan. Jika buah pinggang berfungsi dengan lebih baik, maka masalah bengkak kaki, buku lali dan tangan dapat diatasi.

2 cara tidur yang perlu dielakkan ketika hamil adalah:

1. Tidur Menelentang

  • Posisi tidur menelentang adalah posisi yang perlu dielakkan terutamanya ketika akhir kandungan. Kenapa?
  • Ini kerana, berat rahim yang membesar akan menekan tulang belakang dan otot belakang wanita hamil dan menyebabkan mereka mengalami  masalah sakit belakang.
  • Berat rahim juga akan menekan usus wanita hamil dan menyebabkan masalah penghadaman dan buasir  (haemorrhoid).
  • Selain itu, berat rahim juga akan menekan salur darah yang besar seperti Aorta dan Inferior Vena Cava dan menyebabkan aliran darah dan oksigen berkurangan kepada jantung dan seterusnya menurunkan tekanan darah ibu mengandung. Wanita mengandung yang mengalami masalah tekanan darah yang rendah selalu mengadu symptom pening dan cepat letih.Cara tidur yang salah ketika hamil adalah menelentang.

 

2. Tidur Meniarap

  • Posisi tidur meniarap adalah posisi yang mesti ibu mengandung elakkan sepanjang hamil. Jangan biasakan diri tidur meniarap. Perubahan rahim yang membesar akan menyukarkan wanita hamil sukar untuk tidur meniarap. Cuba bayangkan berat badan kita menekan si bayi di dalam kandungan dan rahim tersebut.

 

Sepanjang aku mengandung selama 37 minggu 1 hari, aku selalunya tidur mengiring kerana hanya posisi tersebut yang membolehkan aku tidur dengan sedikit selesa. Kalau tak sengaja tidur menelentang, keesokan paginya ,pasti terasa badan begitu penat dan lenguh pada otot-otot belakang. Oleh itu, aku nasihatkan wanita-wanita hamil di luar sana mengamalkan posisi tidur yang betul, InsyaAllah, posisi ini serba sedikit dapat membantu mengurangkan masalah tidur ketika mengandung.

Apa pandangan korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

7 thoughts on “Cara Tidur Yang Betul dan Salah Ketika Hamil

  1. […] File Name : Cara tidur yang betul dan salah ketika hamil Source : http://www.bloggerwanita.com Download : Cara tidur yang betul dan salah ketika hamil […]

  2. cara tidur yang selesa akan memberikan kesan positif pada kandungan..hehe
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  3. perkongsian yang baik..boleh jadi informasi bagi bakal2 ibu…

  4. pernah satu kes dekt hosp , abang sya kna handle org punya ketuban pecah sebab tdur meniarap .

  5. walaupun sy belum kawin, insyaAllah perkongsian ni amat bermakna untuk 1 hari nanti.. selalu juga terbaca tntng panduan tidur ni..
    Mimie Najib recently posted..Sebenarnya Saya Isteri DiaMy Profile

  6. betul tu. kita kena jaga kandungan tu. hm , susah jgak yea. kena guna cara tidur yang betul. =)
    Wana wazm recently posted..Rezeki Bulan Mei #8My Profile

  7. Ibu mengandung waktu tidurnya kurang nyenyak apabila kandungan sudah membesar. Lagi-lagi kandungan aktif bergerak didalam rahim.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – 3 budak CanonMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge