Cara Daftar Mengundi, Mudahnya!

Orang lain dah ramai yang daftar mengundi. Aku pula baru ada masa pergi daftar mengundi petang kelmarin. Menyahut seruan kerajaan ni supaya mengundi.. Hehe. Aku terpaksa ambil cuti rehat untuk pergi mengundi dan buat urusan lain. Aku fikir susah nak daftar undi pilihan raya umum ni, rupanya simple je. Bagaimana?

  • Kita pergi ke pejabat Pos Malaysia atau mana-mana tempat mengundi
  • Serahkan kad pengenalan kepada pegawai SPR atau pegawai pos tersebut dan dia akan isikan borang pendaftaran
  • Bila dah pasti maklumat adalah tepat, kita kena turunkan tandatangan di borang tersebut.
  • Pastikan kita menerima dan menyimpan salinan borang pendaftaran sebagai bukti.gambar Suruhanjaya Pilihan Raya SPR.

 

Adakah cara daftar mengundi secara online @ melalui internet?

Takdanya, kita hanya boleh download borang A di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan borang tu, kita kena isi   dan hantar sendiri ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, pejabat pos, pejabat-pejabat pilihan raya negeri atau mana-mana pejabat tempat mengundi. TIDAK BOLEH hantar borang A melalui emel, faks atau pos, OK. Lagi satu, Borang A tu juga kita perlu tandatangan. Oh ya, pastikan lepas isi borang A tu, kena buat dua salinan borang tersebut sebelum menghantar ke pejabat SPR.

Aku dah daftar mengundi, korang bila lagi? :)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Rui 07/03/2012 at 11:40 am

    daftar di pejabat pos? pejabat pos mini boleh ke?

    • Aya 07/03/2012 at 10:06 pm

      tak silap pejabat pos berkomputer jak.. biasanya pejabat pos yang besar2 skit.. :)

  • zulkbo 02/03/2012 at 9:32 pm

    salam..
    ermm..baru daftar nampak gaya tak
    berpeluang membuang undi tahun ni..
    rasanya mereka akan guna daftar
    undi tahun sebelumnya..apa pun
    tunggulah nanti bila hari mengundi..
    nak semak nama anda ada dalam
    daftar undi anda..sila ke blog saya
    dan buat carian “semak daftar pemilih PRU-13″

    • Aya 03/03/2012 at 1:29 pm

      salam, ye, rasanya macam tak dapat undi tahun ni kot.. tapi mungkin boleh gak, tapi tak pasti lagi..hehe .. anyway thanks.

  • alkhattab batik 02/03/2012 at 9:39 am

    hmm.. Pilihanraya biar telus. itu lebih penting. :)

    KAFTAN FOUR SEASONS

    • Aya 03/03/2012 at 1:32 pm

      dan tiada penipuan..

  • Patrick Star 01/03/2012 at 8:14 am

    saya pun daftar kat pjbt pos. senang & cepat.

    btw saya dah review blog anda di alexa.. harap sudi2 laa review blog saya balik yer ;)

    • Aya 03/03/2012 at 1:38 pm

      Terima kasih Patrick star…

  • saifulAllah 29/02/2012 at 5:39 pm

    hehe..sy dah lame dftar…nk tgh tgu PRU je ni..mengundi untuk kali kedua…(undi rahsia)

    • Aya 03/03/2012 at 1:41 pm

      hebat ni… hehe.. Aya plak baru mendaftar…huhu