Cabaran Kerjaya Doktor di Hospital Daerah

Lamanya aku tak update blog ni, hampir seminggu.. Kenapa? Sebab kali ini, memang sangat busy di hospital sebabnya sebelum ni kami 5 orang doktor kerja kat hospital dan sekarang ni hanya tinggal 2 orang doktor je. Seorang ikut rombongan perubatan haji ke Mekah, seorang lagi cuti kahwin dan seorang lagi cuti sebab baru dapat baby. Memang penat gila.. Yelah kena tengok pesakit di Unit Pesakit Luar, Kecemasan dan juga wad. Sibuk kerja sampai turun berat badan aku 1 kilo dalam masa seminggu.. walaupun penat, tapi hepi sebab dapat kurangkan berat badan.. hehehe..

photo doctor cartoon

Sekadar hiburan... :)

Kerja di mana-mana hospital daerah sebenarnya memenatkan walaupun kita lihat dari luar hospitalnya nampak sunyi berbanding hospital-hospital besar. Walaupun katil di hospital ini hanya 48  hingga 72 katil tapi doktor yang bekerja di mana-mana hospital daerah hanya 4 ke 7 orang je dan  kena cover pesakit luar, kecemasan dan juga wad.

Cabaran kerjayanya memang sangat berbeza dengan doktor yang berkerja di hospital besar atau hospital rujukan, Antaranya:

  • Kena melibatkan diri lebih aktif dalam bidang klinikal dan juga pentadbiran.
  • Kena tahu semua bidang perubatan seperti perubatan umum, pembedahan minor, sakit puan, forensik, mata dan banyak lagi.
  • Bagi kes-kes yang kritikal, kita kena uruskan dan pastikan pesakit selamat dipindahkan ke hospital besar untuk mendapat rawatan lanjut. dan inilah yang memenatkan juga dan kita merisikokan nyawa kita travel dalam 1 jam lebih ke hospital lain untuk menghantar pesakit. Ini cabaran yang paling besar di hospital daerah.
  • Kes-kes kemalangan perlu diuruskan dengan keadaan staf yang tidak mencukupi.
  • Terlibat dengan pesakit-pesakit yang lebih percayakan rawatan tradisional dan kepercayaan tersendiri.
  • Tidak ada doktor pakar dan doktor pelatih. Kebanyakan kerja doktor pelatih dan pakar, kami juga yang buat. Doktor pakar hanya datang melawat secara berjadual. Biasanya dalam 2 – 3 bulan macam tu.

Biasanya, doktor yang dihantar ke hospital daerah atau kita panggil Hospital Tanpa Pakar, adalah doktor yang baru je habis latihan siswazah di hospital berpakar. Ramai doktor yang telah diarahkan berpindah ke hospital daerah, tidak bersetuju untuk dipindahkan. Aku cadangkan sapa-sapa yang dihantar ke hospital daerah, pergilah. Ini adalah peluang keemasan untuk kita cari pengalaman dan pendidikan dalam kerjaya kita. Tidak kisahlah, doktor ke, penolong pegawai perubatan ke,jururawat ke atau mana-mana staf pun, janganlah menolak.

InsyaAllah, bila korang stay kat hospital daerah, korang akan rasa lebih berdikari dan confident dalam usaha merawat pesakit. Cari pengalaman dalam 1 atau 2 tahun, korang boleh apply transfer kalau tak minat tinggal kat district. Kalau semua nak kerja di bandar-bandar besar, sapa pula nak kerja kat hospital daerah kan? :)

Apa pandangan korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

8 thoughts on “Cabaran Kerjaya Doktor di Hospital Daerah

  1. setiap pekerjan yang kita ceburi tu msti ada cabaran..so trpulang kpd individu tu mcmna nak menghadapi nya..hehe

  2. akak,,,saya dpt tawaran prubatan di ukm,,alhamdulillah,,tapi saya ragu2 selepas bce cabaran2 doktor,,,betul ke doktor ny xde life?? katenye mmg dalam fikiran sentiase ingat pesakit je,,ssh nk luangkan masa dgn family,,

  3. Apa khabar doktor aya
    alziyadnews recently posted..Tertipu pakej umrah ustazMy Profile

  4. ooh, kak aya doktor rupanya..bru tau..hehe..
    syu90 recently posted..Projek 100 Bloggers oleh Bro FramestoneMy Profile

  5. perkerjaan yg mcabar fizikal ngn mental..truskn dgn hati yg murni..blsn nya akn tiba nnt!

  6. salam..
    TAHNIAH kerana anda seorang Doktor
    pekerjaan yang mulia nih..senyum kena
    lebih erkk..SENYUM penawar sakit..
    tak gitu Doc?
    zulkbo recently posted..Disiplin Blog : Jangan Ada Yang Ambil Hati Pulak Ye?My Profile

  7. hakikat sebenarnya kakitangan kerajaan ni kurang terutamanya bahagian kesihatan. Bukan setakat doktor,malah pembantu perubatan pun kurang kuantitinya.
    blackrosehunter recently posted..Facebook Menjual Maklumat PenggunanyaMy Profile

  8. Bila kerja memerlukan kita menggunakan seluruh kepakaran tanpa bergantung kepada orang lain, disitu akan timbul keyakinan diri. Insyallah lepas tu letaklah dalam situasi dan tempat manapun, pasti akan takkan takut lagi.
    Cikgu Hairul recently posted..Mak… Janganlah Marah AdikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge