Buat Wanita Yang Belum Berkahwin, Perlu Baca!!

Kadang-kadang stress gak kawan-kawan dan rakan sekerja selalu tanya ” Doktor, bila nak kahwin ni? Tahun ni ke?

So aku pun selamba je jawab : “ya, hujung tahun ni” .. Diorang pun excited la. Lepas tu aku tambah lagi: ” Tapi tak tau lagi hujung tahun bila” .. hehehe..  lepas tu, diorang pun gelak lah.

Gambar Siti Nurhaliza
Gambar Hiasan: Siti Nurhaliza berkahwin pada usia 27 tahun dengan Datuk K.

Kenapa aku rasa aku masih muda lagi dan rasa masih awal nak kahwin ni?. atau aku yang tak sedar diri..hahaha. Mungkin sebab sibuk kerja kot. Ataupun mungkin sebab hasrat dan tanggungjawab terhadap ibubapa yang banyak lagi belum tercapai.

Tapi bila fikir lagi, kalau aku kahwin lepas 30 tahun, susah gak, umur aku 50 tahun, dah dekat nak pencen, anak plak baru nak masuk universiti.. macam mana?

Emmmmmmmmmmmmm….

Eh, apasal plak aku tiba-tiba timbul isu wanita kahwin dan tak kahwin ? Sebenarnya, aku terbaca satu ayat yang boleh buat Hatiku Tersentuh dari Blog adik Fatin liyana. Cuba baca kat bawah ni:

” You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn’t change her (aqidah).
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut’s wife, yet that doesn’t mean you’re going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He’s the central focal point of our lives “

– Heba El-Haddad

Dah Baca? Bagi kaum wanita di luar sana yang mungkin dah berumur dan masih belum menemui jodoh , jangan risau, kerana jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Bagi yang sudah berkahwin tapi tidak bahagia, kena bersabar. Setiap berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Apa korang rasa punca utama wanita masa kini banyak lewat berkahwin berbanding zaman ibubapa kita? Kerjaya? Tanggungjawab? Kecewa? Terlalu memilih? Jom kongsi..

29 thoughts on “Buat Wanita Yang Belum Berkahwin, Perlu Baca!!

  1. I umur dah 27 years and having relationship with my bf 7 years.I really… wanted to get married yet my parents said buat yang grand and elok2. But i want nikah only… Whats wrong with that…?!!

  2. sebab perempuan ramai yg kawen lewat sekarang ??? bagi saya..sebab dunie sekarang penoh dengan materialistik..bnyk yg pegang kuat kata2..kalau belum keje,takde rumah,takde kerete..tak boleh kawen. . smpai syariat islam pon susah nak dilaksanakan 🙂 my opinion .

  3. Sama.dulu beriya nak kawen cept,tp bila family sidia dah dtg merisik,makn takt lak nk kwen,hem.buntu

  4. rasanya nak dengan tak je jawapan, kalau tak nak memang ade berjuta reason, tapi kalau nak, reason yang berjuta tu macam takde reaso..haha just my 2 cent opinion…;-)

  5. pada pendapat kami, kebanyakan wanita berkahwin pada umur lewat kerana mahu memantapkan kerjaya dan kewangan, biasanya bila sudah benar-benar bersedia barulah mereka berkahwin. Tapi ini tidak semestinya sama bagi semua wanita. Setiap orang ada sebab peribadi kenapa kawin dilewatkan, er .. bukan dilewatkan cuma direalisasikan pada umur tertentu.
    iAwani recently posted..Sony Xperia Neo L Smartphone Android 4 Pertama Dari SonyMy Profile

  6. Hmm. Kalau sebab-sebab teknikal memang banyak punca perempuan kahwin lambat. Gemok lah. Tak cantik lah. Sibuk kerjaya. Tak pandai cari. Perempuan ramai dan berdozen lagi. Tapi fikir balik, ada je perempuan gemok kahwin. Ade je perempuan hodoh kahwin.
    Ya bagi saya benar sangat, Allah yang Maha Baik, bila mana Dia memberi itulah yang terbaik untuk kita. Bila Dia belum memberi bukan maknanya Dia tak sudi, tapi ada lagi rezeki yang lebih baik untuk kita.
    Iman dihati akan menjawab segalanya.

  7. chii pun terasa muda gak bila tgk org kawin…takut pn ye gak..kawin ni bukan nya utk sehari dua..tp kalau boleh..sehingga akhir hayat…satu tanggungjawab yang bsar harus di pikul
    chii recently posted..Jadual Waktu HarianMy Profile

  8. salah 1 sebab yg popular sekarang… wanita semakin ramai yg berjawatan dan bergaji besar sekarang. Faktor tu antara faktor utama kenapa sukar didekati lelaki. Makin besar gaji dan pangkat, wang hantaran pon makin mahal lah.. tu yg popular sekarang.

  9. ramai juga wanita sekarang memilih untuk membujang bila tengok ragam suami2 zaman sekarang ni sebab ada juga wanita yg selepas berkahwin, dia pula yang tanggung suami dan anak2. huhu… Tapi tak semualah kan. Ramai je pasangan yang bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge