Buat Baik, Dibalas Baik

Hari ini, aku bertugas seperti biasa di klinik pesakit luar hospitalku. Hatiku tersentuh seketika. Seorang pesakit lelaki berumur 73 tahun, memasuki klinik dengan menggunakan kerusi roda. Kerusi roda tersebut ditolak oleh seorang wanita, lingkungan usia 30 -an. Layanan wanita tersebut cukup mesra dengan pakcik tersebut.

Pesakit ini tidak boleh berjalan sejak terkena penyakit angin ahmar atau stroke sejak beberapa bulan yang lepas. Beliau juga telah mengalami komplikasi dari stroke tersebut di mana beliau mengalami luka tekanan (kudis tekanan) atau bedsore di bahagian punggung kerana terlalu lama berbaring. Hari ini adalah temujanjinya bersama doktor untuk melihat perkembangan lukanya. Alhamdulillah luka tekanan di punggungnya semakin pulih.

Gambar Kudis Tekanan atau Luka Tekanan

Sekadar ingin tahu, aku bertanya kepada wanita yang menolong pakcik tersebut, “Puan ini, anak pakcik ke?”

Wanita tadi menjawab dengan senyuman, “Oh, ini bapa mertua saya,doktor. Suami saya tiada di sini, dia bekerja di Kuala Lumpur sekarang”

Aku terkejut sejenak,  “Jadi, siapa yang tinggal di rumah bersama dengan puan dan pakcik ?”

Wanita tadi menjawab lagi’ “Saya dan dua anak saya tinggal bersama bapa mertua saya”

Aku bertanya lagi, “Pakcik, ada berapa orang anak?”

Wanita ini menjawab, “Bapa mertua saya ada 2 orang anak sahaja, Anaknya seorang lagi perempuan tapi dah bekeluarga dan tinggal di Kota Kinabalu”

Aku cukup kagum dengan wanita ini, kerana walaupun dia hanya seorang anak menantu tapi dia berusaha bersungguh-sungguh menjaga pakcik ini sebaik mungkin walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Sanggup menghantar pakcik ke hospital setiap 2 minggu untuk mendapatkan rawatan bagi stroke dan bedsore-nya. Beliau juga yang mencuci luka atau kudis tekanan di punggung pakcik setiap hari di rumah.

Dengan senyuman,aku memuji wanita ini, “Baiknya puan, jarang dapat berjumpa orang seperti puan, sanggup menjaga bapa mentua”

Wanita ini menjawab dengan senyuman, ” Bapa mentua saya ini seorang yang sangat baik, dulu masa saya mengandung, dialah yang jaga saya sebaik mungkin, siap tolong masakkan untuk saya lagi”

Sayu mendengar jawapan wanita tersebut.Melihat muka pakcik pun, sejuk rasa hati.  Aku terus terfikir, Tuhan itu maha adil, Kalau kita berbuat baik dengan orang lain, InsyaAllah,satu masa, kita akan mendapat balasan yang baik juga. Mungkin di hari tua kita.

Orang Tua Senyum

Gambar Hiasan

Apa yang boleh dikongsikan di sini, berbuat baiklah dengan orang tua kita samaada mereka itu ibubapa kandung kita atau sekadar ibubapa mertua sahaja. Kalau kita berkelakuan tidak baik kepada mereka, percayalah, satu masa, anak-anak kita juga akan berkelakuan seperti itu. Betul tak?

Mari sama-sama kita berfikir dan ambil pengajaran dari apa yang dialami oleh pesakit ini. Kita kena ingat, bukan setiap masa kita akan sihat, dan bukan setiap masa kita akan muda. Masa tua akan mendekati kita. Dan mungkin pelbagai masalah dan penyakit akan dialami.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

14 thoughts on “Buat Baik, Dibalas Baik

  1. berusaha ke arah itu..

  2. dah memg ketentuan dari-Nya.. yg baik pasti dibalas baik dan sebaliknye..
    nurul azieyan recently posted..Wordless Wednesday : Satu Masa DahuluMy Profile

  3. buat baik, memang harus dibalas dengan baik.
    titan recently posted..Tukarkan batu menjadi emas.My Profile

  4. Wana wazm says:

    yea , betul tu , buat baik dibalas baik. sama-samalah kita ambil iktibar. =’)

  5. setiap perbuatan , pasti ada balasannya ..
    Hiburan recently posted..Polis Pembelot Negara Membantu PengganasMy Profile

  6. Wah ! Jarang2 sekali menantu mesra ngan mertua…
    Semoga Pak CIk itu bahagia 😀
    Aiman Aziz recently posted..Datang Sini… Nak bagi RM50 nie !!!My Profile

  7. salam aya 🙂

    masih ramai menantu yg baik dan anggap bapa mentua mcm bapanya sendiri.

    kisah masyarakat yg dpt dijadikan teladan. 🙂
    Ayie Abas recently posted..Ops Daulat – 5 kawasan keselamatan khas Dan Tambahan 5 Batalion Anggota KeselamatanMy Profile

  8. btul tu kak .. x kira la dia parents kandung, angkat or mertua .. as long as kita dah agp mereka sbg org tua kita .. wjib kita jga mereka elok2 kan? huhuhu ..
    diarisakura recently posted..Chanel Perfume Birthday GiftMy Profile

  9. Benar sekali budi yang baik akan dikenang jua. Berbuat baik akan dibalas baik.

  10. betul tu kak, selalu tengok cmtu menantu xnk tlg mentua walhal klu dh khwin mentua tu juga dh jd sebahagian dr diri dia dh kira fmily sendiri. lg2 klau elok lyanan diorg baik la hasil yg diorg dpt.

  11. balasan itu mmg pasti, cuma antara lambat dgn cepat je. buatlah baik dgn org tua selagi mereka ada.
    fariq recently posted..Katil Antik Berusia 400 tahunMy Profile

  12. yups betul tu,sy sokong 100%..kita kena yakin yg tuhan tu maha adil lg bijaksana,baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat,pembalasan samaada didunia atau diakhirat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge