Bonus Raya 2013

[quote]KUALA LUMPUR; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. – Bernama[/quote]

Alhamdulillah, rezeki. Bonus raya dapat lagi untuk tahun 2013.  Dipanggil sebagai Bantuan Khas Kewangan bernilai RM500 untuk kakitangan kerajaan dari Gred 1 hingga Gred 54 dan RM250 kepada pesara. Tahun lepas 2012,  dapat bonus duit raya setengah gaji.

Surat Pekeliling Bonus Hari Raya untuk Kakitangan Kerajaan 2013

Bila dapat bayaran bonus hari raya ini?

InsyaAllah, kakitangan kerajaan akan dapat bonus hari raya ini pada 31 Julai 2013. Syukur. Boleh beli barang-barang untuk hari raya kan? 🙂

Kelebihan kerja kerajaan, ada je bonus atau bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada masa-masa tertentu. Tapi gaji takdalah banyak macam kerja kat swasta. Apa pandangan korang?

18 thoughts on “Bonus Raya 2013

  1. saya bersyukur je dpt rm500. daripada tak dapat langsung. dah 3 tahun kerja kerajaan, kalau hitung2 banyak jugak duit2 bonos atau tambahan di beri oleh kerajaan. tangga gaji pun dah revise.. tak la serendah dulu.

    apa-apa pun, jaminan kerajaan ni, sampai kita tua.. tak bertuah ke??? Alhamdulillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge