BloggerWanita.com Sepanjang 3 Tahun

Logo Bloggerwanita dot com

Alhamdulillah, hari ini 20 Mac 2013, genaplah sudah BloggerWanita.com berusia 3 tahun di dunia blogging. Hari ini juga adalah bersamaan dengan hari jadi pemilik blog ini iaitu Aya. Hee.. Nak kek, boleh? ^_^

Hari jadi Aya

Sepanjang 3 tahun Bloggerwanita dot com beroperasi, tidak banyak perubahan yang berlaku kerana pemilik blog ini agak sibuk dengan kerjayanya sebelum ini.
Kadang-kadang tak sempat nak update blog. Namun, Alhamdulillah, bermula tahun ini, Aya kembali aktif berblogging. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja artikel terbaru di blog ini.

Aya juga kembali aktif berblogwalking. Melawat blog dan membaca post-post terbaru dari rakan-rakan blogger yang lain. Hidupnya sebagai seorang doktor tidak menghalangnya melakukan minatnya iaitu internet dan blogging.

Bersyukur juga, sepanjang 3 tahun ini, jumlah trafik Bloggerwanita dot com telah mencecah 850,335 pelawat.  Bulan ini sahaja, jumlah pelawat blog telah melebihi 1000 orang sehari.

Statistik Bloggerwanita.com Mac 2013
Statistik sehingga pukul 8.00 malam, 19 Mac 2013

Untuk pengetahuan rakan blogger yang baru singgah ke Bloggerwanita dot com, sekarang ini, blog ini ada menyediakan insentif wang tunai RM5000 kepada rakan blogger yang menjadi Top 10 Referrer ke Bloggerwanita dot com setiap bulan dan juga wang tunai RM50 kepada seorang Top komentator bulanan. Insentif wang tunai ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada pembaca Bloggerwanita dot com selama ini. Insentif ini masih berjalan pada tahun ini iaitu 2013.

Insentif Wang Tunai

  1. Wang Tunai RM5000 untuk blogger
  2. Wang Tunai RM50 untuk Top Komentator bulanan

Sempena ulang tahun ke-3, selagi penulis blog ini dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik, InsyaAllah, Bloggerwanita.com akan berusaha menyediakan info-info yang menarik dan berguna kepada blogger dan pembaca. Mudah-mudahan Bloggerwanita.com akan terus maju dalam dunia blogging. Amin.

23 thoughts on “BloggerWanita.com Sepanjang 3 Tahun

  1. wishing happy happy happy belated 3rd anniversary utk bloggerwanita.com. rasanya, its better late than never kan 🙂 and im sure tht i am the last person in this world wishes you — sigh 🙁

    btw, keep on mantap and meletopss!!

    cheers!
    misszita – blogger’s junior

  2. happy happy happy belated 3rd anniversary utk bloggerwanita.com. rasanya, its better late than never kan 🙂 and im sure tht i am the last person in this world wishes you — sigh 🙁

    btw, keep on mantap and meletopss!!

    cheers!
    misszita – blogger’s junior

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge