Blogger! Jana Pendapatan Pasif Dengan Affiliate Zarraz Paramedical

Assalamualaikum semua, rakan-rakan blogger. Hari ini, Aya nak kongsikan satu peluang jana pendapatan pasif seumur hidup dengan produk kecantikan kulit, Zarraz Paramedical.

Jana pendapatan pasif seumur hidup? Dengan produk kecantikan kulit? Bagaimana?

Sekarang, Blogger-blogger Malaysia boleh buat duit dengan Program Affliate Zarraz Paramedical. Produk kecantikan & rawatan kulit bermasalah untuk orang-orang Malaysia.

Wow! Memang awesome ini, rugi kalau blogger-blogger Malaysia tak join program affiliate jana pendapatan pasif seumur hidup. Kenapa blogger WAJIB sertai program affiliate Zarraz Paramedical?

Haa.. biar Aya terangkan kenapa rakan-rakan blogger perlu join kerja sambilan yang santai ini. Aya sendiri pun dah join, rugi kalau Aya tak join, blog ini pun dah lebih 1.5 Juta Pelawat dengan lebih 8 Juta Pageviews. Betul tak? hehehe

Apa itu Pendapatan Pasif?

Pendapatan pasif bermaksud pendapatan yang kita perolehi sampai bila-bila walaupun kita hanya melakukan kerja tersebut sekali sahaja. Contohnya dalam konsep jana pendapatan pasif dengan program affiliate Zarraz Paramedical, blogger hanya perlu buat satu artikel berkaitan produk kecantikan & rawatan kulit tersebut. Apabila pelanggan membeli produk tersebut melalui link rujukan affiliate blogger, maka blogger akan memperolehi komisen tersebut sampai bila-bila . Ini kerana, program affiliate Zarraz Paramedical menggunakan konsep Lifetime Commission.

Apa itu Program Affiliate?

Program Affiliate adalah salah satu cara kita menjana pendapatan sampingan secara online. Bagaimana? Blogger hanya perlu daftar sebagai agen atau orang tengah yang akan mempromosikan produk orang lain seperti produk kecantikan Zarraz Paramedical dan akan menerima bayaran komisen setiap kali blogger menjual produk tersebut melalui link rujukan affiliate kita.

Apa yang menarik dengan program Affiliate berbanding dropshipping adalah kita tidak perlu berurusan dengan pelanggan atas penjualan produk tersebut. Semuanya akan diuruskan oleh syarikat. Kita hanya perlu mempromosikan produk melalui link affiliate kita sahaja.

Apa itu Zarraz Paramedical?

Zarraz Paramedical merupakan produk penjagaan kulit buatan Malaysia yang dihasilkan 100% menggunakan bahan-bahan alami seperti White Lily, Apple Stem Cell, Freesia, Frangipany, Peppermint dan Rosemary. Produk-produk Zarraz Paramedical terbukti sangat berkesan untuk penjagaan, pencegahan dan rawatan kulit kerana ia dihasilkan menggunakan teknologi nano dan bahan-bahan alami yang berkualiti tinggi.

Pengasas Zarraz Paramedical - Puan Ima Zara

Pengasas Zarraz Paramedical – Puan Ima Zara.. Manis orangnya.. :)

Keunikan produk Zarraz Paramedical adalah produk penjagaan kulit yang berkualiti, suci, halal dan selamat digunakan.

Berkualiti: Produk kecantikan Zarraz Paramedical mendapat pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practice) dan dikilangkan sepenuhnya di Malaysia.

Suci: Produk Zarraz Paramedical boleh digunakan tanpa was-was dan diperbuat daripada bahan semulajadi.

Halal: Susah nak dapat produk kecantikan yang disahkan halal oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) seperti produk Zarraz Paramedical.

Selamat: Produk Zarraz Paramedical telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Affiliate Zarraz Paramedical Jana Pendapatan Pasif untuk Blogger

SET RAWATAN KULIT ZARRAZ PARAMEDICAL

Antara produk & set kecantikan kulit Zarraz Paramedical adalah:
1. Set Kulit Normal
2. Set Kulit Kering
3. Set Kulit Matang
4. Set Kulit Sensitif
5. Set Kulit Hypersensitif
6. Set Kulit Berminyak/Jerawat
7. Set Kulit Gabungan
8. Set Kulit Pigmentasi/Melasma
9. Set Kulit Bintik-bintik (Freckles)
10. Set Kulit Kusam

Kenapa Rakan Blogger Perlu Join Program Affiliate Zarraz Paramedical?

KEUNIKAN & KELEBIHAN PROGRAM AFFIIATE ZARRAZ PARAMEDICAL

 

1. Pendaftaran Percuma.

  • Sudah tentu untuk menjadi agen affiliate Zarraz Paramedical, rakan-rakan blogger tidak perlu keluar modal pun. Anda hanya perlu daftar sebagai agen affiliate di sini: Agen Affiliate Zarraz Paramedical 

2. Pendapatan Pasif Sampai Bila-bila

  • Rakan blogger hanya perlu promosikan produk kecantikan Zarraz sekali sahaja, dan boleh dapat pendapatan berkali-kali tanpa had setiap kali pelanggan repeat order. Ini kita panggil jana pendapatan pasif sampai bila-bila. Bagaimana?
  • Jenis komisen affiliate yang digunakan adalah komisen seumur hidup atau dipanggil Life Time Commissions. Setiap jualan yang terhasil daripada link affiliate di blog kita, maka komisen sebanyak 20% per jualan akan diberikan. Setiap kali pelanggan tersebut repeat order, maka kita akan terus memperolehi komisen tersebut. Untungkan?

3.Website Referral Yang Profesional

  • Secara jujur, pertama kali Aya jenguk laman web Zarraz Malaysia ni, memang Aya kagum dengan design laman webnya. Look really profesional. Gambar produk pun nampak memang menarik. Sampai Aya pun rasa nak beli.
  • Bagi Aya, salah satu tips nak pilih program Affiliate di Malaysia atau di mana-mana pun, design laman web dan ecover produk mesti nampak menarik & profesional. Ini akan mudah menyakinkan prospek untuk membuat pembelian. Betul tak?

4.Produk Hot, Unik & Banyak Permintaan

  • Ramai orang jadi jutawan disebabkan penjualan produk kecantikan dan kosmetik. Zarraz Paramedical adalah peluang untuk rakan blogger menjadi agen promosi produk kecantikan kulit ini tanpa perlu modal. Lagipun, Aya suka sebab produk Malaysia, halal dan diluluskan oleh KKM.

5.Komisyen Lumayan

  • Haa. Duit? Semua orang suka duit termasuk blogger. Betul tak? hehehe .. Rugi kalau kita tak mencuba nasib menjadi agen affiliate Zarraz Paramedical. Kenapa?
  • Komisen seumur hidup dan komisennya juga lumayan. Komisen setinggi RM 82.40 boleh diperolehi oleh agen affiliate. Lumayan tu..
  • Jika sebulan boleh hasilkan 10 jualan dengan komisen tersebut, maka untung adalah RM824.00 (RM82.40 X 10)

Nak tahu lebih lanjut tentang program Affiliate Zarraz Paramedical, Rakan blogger boleh klik di sini: http://bit.ly/1LGjopX

Jika rakan-rakan blogger ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi no telefon  018-9867727 (Banktif)

Harap info ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang masih tercari-cari peluang buat duit dengan produk kecantikan & jana pendapatan pasif seumur hidup.

Apa komen rakan-rakan blogger?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

9 thoughts on “Blogger! Jana Pendapatan Pasif Dengan Affiliate Zarraz Paramedical

  1. owh… dah tutup ker program affiliate tu… patutlah nak cuba daftar baru2 nie tak lepas.
    Peluang dah terlepas … huhuhu
    yangbaik recently posted..Antara dusta dan fajirMy Profile

  2. nampak menarik jugak jual produk kecantikan camni..
    tq sharing…
    cik tom recently posted..Sakit Belakang? Tips Penjagaan Tulang BelakangMy Profile

  3. haa..

    sesuai untuk orang perempuan.

    senang nak buat sales nih.
    titan recently posted..Kini, SEMUA orang boleh bayar zakat dengan lebih MUDAH.My Profile

  4. masyukk…boleh pakat buat duit lagi tu…

  5. boleh tahan tinggi jugak margin keuntungan tu sampai RM80.. terasa nak try pulak..
    musadun recently posted..Sinopsis Drama Tersuka Tanpa SengajaMy Profile

  6. kalau macam nie nak cuba juga ..mana tahu rezeki yang hebat dari produk tersebut
    Hanafi Hanafi recently posted..Cara Buat Kuih Cheese TartMy Profile

  7. ok saya daftar sekarang juga! nak cuba niche kecantikan :)

  8. nampak menarik tu..kena try ni supaya tak terlepas peluang jana pendapatan lumayan
    reezluv recently posted..Review Teknik Forex SebenarMy Profile

  9. Kos sara hidup semakin menghimpit inilah masanya untuk mencari pendapatan sampingan menampung mana yang perlu.
    akubiomed recently posted..Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge