Bila Gaji SBPA Dibayar? Kenaikan RM700 hingga RM2500?

Bilalah gaji SBPA ini dibayar ye? semua penjawat awam tak sabar-sabar nak rasa gaji baru. Sebelum ini ditangguhkan bayaran SBPA disebabkan oleh beberapa aduan dan rasa tidak puas terhadap Sistem Saraan Baru Perkhidmatan awam ini. Jadi SBPA ini perlu menjalani semakan semula.

Bila tengok laman web rasmi SBPA, nampak gayanya gaji macam dibayar SELEPAS  16 April 2012 je. Cuba korang screenshot dan ayat yang aku highlightkan kat bawah ni. Mereka nak buat kajian lagi dalam masa 2 bulan sebelum gaji masuk.

Laman-Rasmi-Jabatan-Perkhidmatan-Awam-Malaysia-SBPA
Klik gambar untuk melihat screenshot dengan jelas..

Cuepacs pun ada menuntut sesuatu kepada kerajaan, Apa dia?

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500). -Bernama-

Agak-agak korang kerajaan setuju ke dengan permintaan Cuepacs ni?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

4 thoughts on “Bila Gaji SBPA Dibayar? Kenaikan RM700 hingga RM2500?

  1. bes blog ni ahehehe… ooo cik kak teman nak tumpang ambik topik tutorial exchange link yer… halal kan ek =)

  2. Harap-harap kerajaan dapatlah pertimbangkan permintaan cuepacs.. 🙂

  3. untunglah kan gomen staff…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge