3 Berita Gembira 2013

Sedar tak sedar, aku dah berkhidmat sebagai doktor di hospital daerah selama 3 tahun 6 bulan. Sebelum ini, bekerja di hospital pakar. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku tempuhi. Alhamdulillah, banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi sama ada dari segi klinikal mahupun pentadbiran.

3 Berita gembira yang aku perolehi untuk tahun 2013.

1. Aku dikurniakan seorang anak lelaki yang comel dan montel iaitu Muhammad Syathir Darwish. Sekarang dah berusia 6 bulan lebih. Sekarang dalam usaha nak buat sebuah blog khas untuk si kecil ini.

Baby syathir berusia 6 bulan..

Baby Syathir berusia 6 bulan..

2. Aku dapat kelulusan untuk berpindah ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak berdekatan dengan rumahku. Akhirnya aku dapat kembali berkhidmat di kampung halaman disebabkan oleh anak. Sebelum ini, aku bekerja di daerah lain, suami pula di Kota Kinabalu dan anak pula dijaga oleh orang tuaku di Tawau. 3 Daerah yang berbeza di Sabah.

Aku terpaksa melepaskan jawatan untuk menjadi pengarah hospital pada tahun depan jika pengarahku berjaya melanjutkan pelajaran ke UK. Sebelum ni, aku sebenarnya adalah timbalan pengarah hospital tanpa pakar. Mesti korang tak sangka kan? Aku berani beritahu sekarang sebab aku dah lepaskan jawatan tu demi anak dan keluarga. hehe .

Sebelum ini, aku telah memangku jawatan sebagai pengarah hospital sebanyak 2 kali ketika bosku mengikut rombongan perubatan haji ke Mekah. Banyak pengalaman yang aku perolehi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran hospital.

Aya Norbayah 2013

3. Aku telah berjaya mendapat kelulusan kenaikan pangkat ke Gred U48 berkuatkuasa pada 14 Mei 2013. Alhamdulillah, rezeki anak. 🙂

Syukur sangat-sangat. Semoga aku dapat bertugas dengan lebih baik di tempat baru dan memberi khidmat yang terbaik kepada pesakitku. Amin.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

24 thoughts on “3 Berita Gembira 2013

  1. apa apa pun kak, anak juga perlu diutamakan.. perlukan kasih sayang dari ibunya.. 😉

    lawa la kak aya ni..lembut je airmuka.. =)
    syamimi recently posted..Sedapnya. . .My Profile

  2. Assalamualaikum kak. Sy baru habis spm, dan sekarang tgh memikirkan tentang kerjaya yg sesuai untuk sy. Act. drpd sy kecil, mmg sy simpan cita2 untuk jd doktor. Sy sebenarnya suka tau pasal hal2 yg berkaitan dgn badan manusia ni, tp bila sy tgk balik result biology sy sepanjg 2 tahun (f4-5), sy xpernah dpt A dan markah yg baik pon, dan sy xpernah baca buku bio yg tebal tu smpai habis. Sy xrasa berminat pon nk baca buku tu dan baca pon sbab terpaksa. So, sy takut nnti bila sy ambil medic nnti yg mengambil masa yg lama dan mcm2 cabaran yg kena tempuh, sy risau kalau sy terus give up. So, sy skrg mmbuat research tth kerjaya engineer yg sy agak minat jugak. Apa pendapat dr.?

  3. muka anak sama dengan mak. haha..
    titan recently posted..Hadiah istimewa untuk kekasih hati yang comel.My Profile

  4. comell baby syathir macam mama dia. hehe Tahniah semoga sis terus sukses senantiasa. 🙂
    Syazwanie Afandi recently posted..Tonton Online: Ku Cinta Kau Seorang Episode 2My Profile

  5. Tahniah kepada akak.. nanti boleh lah buat kenduri..jangan lupa jemput kami 😀
    LabiLabi recently posted..Ukiran Labu Halloween Yang MenakjubkanMy Profile

  6. Tahniah dr atas kenaikan pangkat.Dr memang cepat naik pangkat jika dibandingkan jawatan lain dalam KKM
    Resepi.org recently posted..Agar-Agar Kastard JellyMy Profile

  7. dokter yaa,hebat juga dokter suka blogging<a href

  8. besar dah anak kak aya..saya baru seminggu complete miscarriage.sedih! tapi tak apa, usia masih muda.hehe
    Adele recently posted..Nasi Lemak Sambal KerangMy Profile

  9. Oooooo,, baru cek tau…. Lepas ni nak kena panggil @Aya Norbayah, doktor..

    Alhamdulillah pangkat Gread U48. Wow…

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Webmaster
    Pakar Niaga
    PakarNiaga.com (Amin) recently posted..Tukar .blogspot.com kepada .Com PercumaMy Profile

  10. tahniah.. semua yang baik datangnya dari Allah… bersyukur dan beringat ketika senang.. moga semuanya akan terus baik-baik saja untuk Dr.
    erwan recently posted..The Secret to Personal ChangeMy Profile

  11. tahniah.. semoga terus success didalam apa saja bidang yang dilakukan…
    Akuro San recently posted..7 Sebab Kenapa Anda Mesti Tahu Asas Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  12. tahniah Dr..semoga menjadi pemangkin untuk lebih gembira di tahun 2014.
    cikgunas recently posted..Logo Baharu Kementerian Pendidikan MalaysiaMy Profile

  13. Saya dilepaskan peluang tetapi disebabkan sayangkan anak dan keluarga. Nak buat macam mana.

    Hati tidak seronok akan menjejaskan tumpuan kerja pula.
    akubiomed recently posted..Celup celup di Sungai ChilingMy Profile

  14. Baru tahu pemilik blog ni adalah seorang doktor. Tahniah doktor atas kenaikan pangkat tersebut.
    Hazmin Hamudin recently posted..No Pain, No GainMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge