Berapa Gaji Seorang Doktor Kerajaan? RM 1.2 Juta?

Bila sebut je kerja doktor, mesti fikir, “Wah! mesti gaji dia banyak”

Bila sebut je kerja doktor, mesti fikir “Kaya dia tu, banyak gajinya sebab kerja doktor”

Namun hakikatnya, mungkin tidak pada mulanya..

Aku masih teringat lagi, masa mula-mula masuk kuliah kat universiti. Salah seorang pensyarah kami bertanya,

” Siapa yang nak jadi doktor sebab nak kaya cepat?

Kalau sebab nak kaya cepat, sila tukar bidang. Buat bisnes kalau nak banyak duit”

Sampai sekarang, aku tak pernah lupa kata-kata pensyarah tu. Sampai hari ini selepas lebih 10 tahun berlalu, masih terngiang-ngiang di telinga ini.

Wahai adik-adikku, sesiapa nak jadi doktor sebab nak kaya, tukarlah bidang. Sebab mula-mula kerja, gaji tak sebanyak yang mungkin korang idamkan. Jadilah seorang doktor kerana minat.

Berapa gaji seorang doktor

Teknik Menjawab Soalan Temuduga – Klik Sini

Berapa gaji seorang doktor kerajaan?

Masa mula-mula berkhidmat sebagai kakitangan awam dan menjadi doktor pelatih dulu, iaitu gred UD41, gaji pokok hanya dalam RM2400 lebih. Dan bila tambah dengan elaun perumahan, elaun kritikal,elaun wilayah dan gaji oncall. Jumlah gaji dalam RM4K ribu  lebih. RM4k?

Mungkin sesetengah orang rasa jumlahnya banyak kan? tapi beban kerja pun banyak juga, kerja boleh mencapai sehingga 34 jam sehari.

Setelah 2 tahun bekerja sebagai pegawai perubatan, gred UD41 bertukar ke gred UD44. Gaji doktor juga akan meningkat. Gaji pokok bertambah dan elaun juga meningkat. Gaji pokok bermula dalam RM3000 lebih dan tambah elaun dan oncall, boleh capai RM7000 lebih. Kadang-kadang mencapai RM10K ribu jika rajin kerja lebih masa.

Sekarang tengah menunggu kelulusan untuk gred U48, gaji pokok dalam RM5000 lebih dan total gaji termasuk elaun, dekat RM8000. Jika tambah dengan duit oncall, mungkin boleh dalam RM10,000 – RM12000 sebulan.

Harap-harap dipermudahkan urusan kenaikan pangkat dan gred UD48 ini. Amin

Mari kita buat pengiraan;

Bayangkan gaji setiap bulan RM10,000

RM10,000 X 12 bulan X 10 tahun = RM1,200,000

 

Boleh banyak pendapatan jika jadi doktor, malah boleh jadi jutawan dalam masa 10 tahun, tapi itupun kalau korang tak belanja apa-apa. Hehe. Mustahil tak belanja apa-apa kan.

Makan, Minum, Rumah, Kereta, duit untuk orang tua, anak-anak, dan isteri, semuanya kena pakai duit. Kena pandai berjimat dan menyimpan lah jawabnya.

Jadi, adik-adikku terutamanya lepasan SPM, yang masih tercari-cari bidang kerjaya yang ingin dipilih, dah tahu secara kasar berapa gaji seorang doktor kan, Bagaimana? Berminat?

Tapi diingatkan sekali lagi, pilih bidang ini kerana anda berminat, jika tidak anda akan merana hidup sebagai seorang doktor.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

40 thoughts on “Berapa Gaji Seorang Doktor Kerajaan? RM 1.2 Juta?

  1. masa saya mula2 kerja dulu gaji MO rm1600. oncall EOD kat gynae lak…perghhh…kerja setengah mati gitu. gajirm1600 je. keta ayah tolong bayarkan sikit.ha ha

  2. Kerja 34 jam sehari? Doktor sekarang senang naik pangkat. Waktu saya dulu terlalu sukar nak dapat U54. Sekarang guarrantee selepas 10 tahun kerja. On call pun tak dapat elaun dan kerap on call kerana kurang doktor tidak seperti sekarang berlebihan doktor. Pelik ya lebih ramai doktor lebih baik ganjaran dan peluang naik pangkat. Doktor yang sebelum time saya lagi teruk ada yang tak naik pangkat sehingga pencen. Anyway you deserve it. Don’t worry with the new circular when you are stuck at maximum salary at UD54 you’ll get further yearly kenaikan at 3% of current maximum salary. Oh such good fortune under Najib when a doctor like Mahatir couldn’t care less about our welfare. Work hard and serve the patients as that is what doctors are supposed to do.

    • ya dr Czree.. masa sy, 6 tahun yg lepas, sy masuk kerja kul 8 pagi dan disebabkan oncall.. dapat balik rumah 5 petang esoknya.. sy kerja di sabah, so doktor selalu tak cukup.. sekarang ni pun masih kurang juga cuma ada improvement sikit lah..

      Mungkin disebabkan keadaan dulu lah, banyak penambahbaikan dilakukan untuk doktor2 .kelebihan banyak diberikan kepada doktor masa menteri kesihatan Tan sri Dr.Chua Soi Lek… Semoga lebih banyak welfare untuk para doktor.
      Aya Norbayah recently posted..KOMISEN KE-1 : Kerja Part Time Jual Gula SteviaMy Profile

      • Somehow terbaca comment that I posted some time ago. What I meant was there are only 24hrs in a day (sehari). I have done a full weekend call and 48 hr calls “for free” and the afternoon offs were the day after were really unofficial. I am still sore after all these years that we were not at least compensated monetarily for our sacrifice as I know our service was critical and there was shortage of doctors. That’s the least they could have done.

  3. Alya Ahmad
    Twitter:
    says:

    Gaji seorang doktor gigi kerajaan dan swasta berapa?

  4. Jurutera kkm says:

    Gaji banyak.. Kerja xde la sesusah mana pun..at one time deal dgn 1 nyawa je..phuuuuiii

  5. banyak juga kerja doktor nih kan. saya xnak jadi doktor takut. jarum haha
    shasha yacob recently posted..Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi PelawakMy Profile

  6. […] tak sedar, aku dah berkhidmat sebagai doktor di hospital daerah selama 3 tahun 6 bulan. Sebelum ini, bekerja di hospital pakar. Banyak kenangan […]

  7. Kerja gaji RM10K sekalipun, kalau kerja tak syok, tension hari2x.. tak ada guna.. boleh pendek umur.. Kerja lah y syok & minat mendalam. Walaupun income hanya RM1K atau tak menentu bulanan.. ada bulan ada, ada bulan takda.. (adui… inilah nasib si blogger terpencil…)

    Iklhas,

    AMIN JOHAR
    (Jurutera SEO Malaysia)
    PAKAR NIAGA
    PakarNiaga.com (AMIN) recently posted..TEKNIK SEO | KATA-KUNCI ITU DUITMy Profile

  8. Hebat. Macam mana boleh ada masa nak manage blog?
    ariff recently posted..Memilih CincinMy Profile

  9. kerja biar padan dengan gaji..tapi kalau kerja dengan minat lagi bagus…dan lagi terbaik adalah kita kerja dapat pahala sebab buat kerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab
    eddie recently posted..Hukum Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dengan SengajaMy Profile

  10. Assalamualaikum.. saya bakal melanjutkn dlm MD di moscow medical univ,russia sekitar bulan 9 ini.. Namun saya dalam dilema.. hal ini kerana memikirkan perihal situasi di sana, cuaca, makanan, dan juga bahasa.. malah juga mempengaruhi sy.. sy ada mempelajari bahasa kedua, utk persediaan di sana nanti namun, sy cukup risau sekiranya mengalami masalah komunikasi bersama, tatkala di tahun 3, pastinya sy akan menjalani tahun klinikal bukan? justeru ini membuatkan sy agak terfikir, namun sahabat seangkatan sering menasihati supaya “chill sahaja”.. sy seorang yg aktif, tambahan pula lelaki tunggal dlm keluarga, maka beban agak besar bagi sy utk jaga adik beradik memandangkan parents pun sudah berumur.. kadang2 sy berasa runsing, ada kalanya sy hanya relaks sahaja, kerana persediaan tinggal sebulan sahaja (selepas raya).. sy sorg yg aktif, suka bersosial(commnity), kawan2, dan sebenarnya menyukai kerja yg relaks2.. dan skrg ada juga terfikir utk menukar ke bidang lain (engineer seumpamanya).. :( jadi sy harap boleh mendapat pandangan dari akak sbgi seorg doktor? Terima kasih..
    izzat recently posted..Final Fantasy XIV : A Realm Reborn Collector’s Edition PLUS PS3/PC Custom ThemesMy Profile

  11. betapa banyak pengorbanan masa yang perlu diraih untuk mendapat jumlah juta itu .. masa untuk bersama famili terpaksa dikurangkan..

  12. Nak gaji RM10,000 sebulan tu pun dalam 10 tahun kan kalau dikira dengan tempoh belajar?
    Naziman Azlye recently posted..Manusia dan Nasihat Berpisah TiadaMy Profile

  13. kerja doktor bagus sebab dapat bantu orang..ada pahala tu..soal duit boleh buka klinik sendiri kalau mau duit banyak ..
    kakiblog recently posted..Main Facebook Dapat Trafik Masuk BlogMy Profile

  14. Emm banyak mana pun gaji, memang layak sangat lah dengan jawatan yang dipikul..tak kan gaji tukang kebun cecah 4k sama taraf dengan doktor..tak logik kan..mcm kak aya katakan lah..nak kaya, buatlah perniagaan sendiri..
    Hafizul recently posted..Jahit – Iklan Raya Petronas 2013My Profile

  15. good luck, Aya. InsyaAllah Berjaya. baru tahu gaji doctor. thanks for sharing
    Sya Isya recently posted..BUFFET RAMADHAN 2013 DI HOTEL GRAND PARAGON JOHOR BAHRU SEDAP & BANYAK PILIHANMy Profile

  16. bukan senang nak jadi doktor. berbaloilah dengan pengorbanannya. Syukur saya cuti banyak dan sempat melancong. hehe
    Cikgu Syahir recently posted..GAMBAR FARHAN SUAMI ABBY ABADIMy Profile

  17. Salam..
    ermm..begitu rupanya gaji seorang doktor
    saya baru tahu..khabarnya ramai doktor
    kerajaan yang buat part time kerja luar
    di klinik swasta nak tambah pendapatan,
    betul ke tu? Saya setuju sangat kalau nak
    kaya hanya dengan meniaga contoh rakan
    saya yang hanya lulusan SPM, berusia awal
    30an, dengan meniaga kini dan jutawan muda
    Bro Zulkbo recently posted..Gambar Dan Video Saat Kemalangan Maut Keretapi Di SepanyolMy Profile

  18. Apa2 pekerjaan pun mesti ada minat jika tak minat kerja yg dibuat tidak sepenuh hati. Sebenarnya semua kerja terbeban sebab sistem yg x betul!
    teratai recently posted..Bawal Masak Sweet Sour BerkentangMy Profile

  19. gudluck kak aya..semoga lulus ke gred UD48..
    syu90 recently posted..Nak ayam goreng KFC percuma?My Profile

  20. Memang boleh kaya. Syarat tu yg tak larat. Mungkin jugak boleh buat part time affiliate untuk belanja bulanan. Duit gaji simpan je 10tahun. Lepas tu Makcik Kayooooo… hhee
    Cikgu Hairul recently posted..Lupa SahurMy Profile

  21. tak mampu nak jadi doktor medik. doktor falsafah mungkin…insyaAllah
    MK Kimi recently posted..Alhamdulillah…Dah Boleh GraduateMy Profile

  22. bagi saya banyak lah tu gaji sebegitu
    Juan recently posted..Google Adsense Text Ads FaviconsMy Profile

  23. tak minat jadi doktor..sebab takut darah..tengok darah sendiri pun leh pengsan..:D
    reezluv recently posted..Tabung Dana Beli Barang Kehendak PeribadiMy Profile

  24. ada sedara benti jadi doktor sebab tak tahan on call tu la.

  25. wahh..kasi belanja cendol laa..hoho
    titan recently posted..Senarai Blog Contest yang boleh anda sertai.My Profile

  26. Boleh dikira banyak dan berbaloi dengan tempoh pembalajaran ketika di universiti. Rata-rata hendak menjadi adalah terbaik dari segi akademik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge