Berakhirnya Tahun 2012

Hampir 4 bulan tak update blog. Lama sangat sampai webhosting BloggerWanita dot com kena suspended beberapa hari yang lepas pun, aku tak perasan.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

BloggerWanita Dot Com

Mungkin ada yang bertanya ” Sejak bergelar isteri ni, Aya dah berhenti blogging ke? ”

Sebenarnya aku nak sangat berblogging tapi banyak halangan yang terjadi. Yelah, kitakan manusia biasa, hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.

Sebenarnya, aku mengalami morning sickness beberapa bulan ini. Alhamdulillah, Allah berikanku rezeki mengandung lebih awal. Yelah, usiaku pun dah 18 tahun, tapi 10 tahun yang lepas. hehehe. Sebelum ni, aku memang merancang nak ada zuriat sebelum umur 30 tahun. Alhamdulillah, rezeki Tuhan beri dan mudah-mudahan takda masalah sepanjang kehamilan ini. Amin. Sekarang ni, usia kandunganku dah hampir 4 bulan lebih. Morning sickness pun dah hilang.

Selain itu, aku juga sangat sibuk dengan kerjaya. Bosku sekali lagi mengikuti rombongan perubatan haji ke Mekah selama 2 bulan, jadi aku telah diamanahkan untuk memangku tugas beliau. So, memang agak sibuk. Selain terlibat dalam aktiviti klinikal, aku juga sibuk dengan bab-bab pengurusan hospital. Mesyuarat di sana-sini aku kena hadiri. Memang sengsara sedikit sebab pada masa sama aku alami morning sickness. Huhu. Tapi Alhamdulillah, sekarang busy dah kurang sedikit. Minatku berblogging, dapat aku lakukan semula.

Semoga kita semua dapat terus berblogging dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang masing-masing.

Keep Blogging & Happy New Year 2013

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

11 thoughts on “Berakhirnya Tahun 2012

  1. moga tiap2 tahun baru itu tercapai cita2 kita yang belum terlaksana..

  2. tahniah kak aya 😀
    Nana AMeer recently posted..Kisah Pensil dan PemadamMy Profile

  3. patutler sunyi je blog….owner morning sickness….tahniah yea…

  4. First time singgah sini and luckily empunya baru aje update the latest entry..happy new year year and don’t stop blogging ok..you will be missed !!!
    Raudzah recently posted..AWAS: Lagi Kes Wang Kertas Palsu RM100My Profile

  5. ohh..baru 18 tahun rupanya..
    titan recently posted..Lelaki ni kekadang banyak bangangnya..My Profile

  6. Tanniah bakal menimang cahaya mata sulung. Selamat tahun baru.:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge