Bella Awards 2013

Semalam sempat juga tengok Bella Awards di channel NTV 7. Pertama kali, aku tahu tentang Bella Awards ni. Rupa-rupanya, Bella Awards ini adalah anugerah penghargaan khas buat wanita yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Anugerah Bella ini diadakan bertujuan mengiktiraf dan menghargai pencapaian dan sumbangan wanita yang besar dalam masyarakat.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Logo Bella Awards

Datuk Ruby Khong dinobatkan sebagai pemenang trofi utama ‘Bella Awards’ (BA) yang diadakan di Hotel Royal Chulan semalam.

Beliau yang turut memenangi kategori ‘Bella Heart’ dipilih kerana terlibat secara aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan kebajikan.

Antara Senarai Pemenang Bella Awards untuk kategori yang dipertandingkan adalah:

Bella Award: Dato Ruby Khong

  • Anugerah yang menghargai sumbangan besar wanita Malaysia kepada masyarakat.

Bella Mars Award: Dato’ Jimmy Choo

  • Anugerah yang menghargai sumbangan lelaki Malaysia terhadap sumbangannya kepada wanita dan masyarakat melalui hasil kerjanya.

Bella Creative Award: Low Ngai Yuen

  • Anugerah buat wanita Malaysia terhadap sumbangannya kepada masyarakat melalui karya seni seperti fotografi, pemilik galeri, dan lain-lain.

Bella Style Award: Gillian Hung

  • Anugerah penghargaan buat wanita Malaysia yang memberi sumbangan kepada masyarakat melalui fesyen dan kecantikan.

Bella Beautiful Award: Dr. Premitha Damodaran

  • Anugerah penghargaan buat wanita Malaysia yang memberi sumbangan kepada masyarakat melaui kecantikan dan kesihatan.

Bella Business Award: Datuk Rosaline Ganendra

  • Anugerah penghargaan buat wanita Malaysia yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat melalui perniagaan.

Bella Heart Award: Datuk Ruby Khong

  • Anugerah penghargaan buat wanita yang berjuang dan memberi inspirasi kepada wanita lain.

Bella On-Screen Award: Debbie Goh

  • Anugerah penghargaan buat wanita Malaysia yang mempunyai pencapaian hebat melalui layar skrin.

Bella On-Stage Award: Datuk Siti Nurhaliza

  • Anugerah buat wanita Malaysia yang mempunyai pencapaian  hebat di pentas hiburan.

Bella Sports Award: Cheong Jun Hoong

  • Anugerah buat wanita yang mempunyai pencapaian yang hebat dalam bidang sukan

Bella Radio Award: Fara Fauzana

  • Anugerah buat wanita Malaysia yang mempunyai pencapaian yang besar dalam bidang radio.

Tahniah buat pemenang dan wanita-wanita yang memberi inspirasi kepada masyarakat. Mungkin tahun depan, Bella Awards kena tambah kategori Bella Blogger Award ni. Amacam? hehe

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

6 thoughts on “Bella Awards 2013

  1. Tak sangka ada awards camtu. lol. ketinggalan betul saya nie 😀
    Anis recently posted..Blog berwajah baru.My Profile

  2. salam aya 🙂

    kenal dgn datuk siti dan fara fauzana jer…
    Ayie Abas recently posted..Enam Anggota Polis Terbunuh Di SempornaMy Profile

  3. ada juga award macam ni rupannya. baru gua tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge