Beli Kereta Vios VS Beli Tanah?

Dalam dilema, antara nak beli kereta Vios atau beli tanah?

kereta-vios

Sebenarnya dalam sebulan yang lepas, aku ada plan nak beli kereta Vios menggantikan kereta Saga aku, tapi 2 hari lepas, emak aku ada beritahu, geran tanah yang telah dibeli dari kawan dia sejak 10 tahun dulu telah keluar. Selama lebih kurang 10 tahun ini, tanah tersebut hanya dibeli melalui perjanjian Mahkamah. So, emak beritahu untuk tukar nama kat geran tu, at least kena bayar dalam RM3000 lebih macam tu. Aku pun tak pasti kenapa, tapi kawanku cakap itu termasuk bayaran peguam sekali.

Tapi bila aku fikir semula, baik aku keluarkan modal untuk tanah tu dulu, bila ada duit lebih skit, baru beli kereta vios pula. Yelah, nak beli kereta Toyota, at least kena ada wang deposit kan? lebih kurang RM7000 hingga RM10000.  Lagipun, tanah makin hari, makin mahal, macam emas jugalah. Kereta pula, harganya makin lama, makin jatuh. Betul tak? Apa pula pendapat korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

16 thoughts on “Beli Kereta Vios VS Beli Tanah?

  1. beli tanah lah..untuk hari tua…

  2. akak tukar nama geran tanah dulu, pastu bakinya belanja la kitorang…hehe

  3. beli kereta bagus. Beli dua2 lagi bagus…

  4. Beli tanah dong, harga selalu naik 🙂

  5. beli tanah..
    harta tak alih lebih berbaloi baloi baloi…
    daripada harta alih..tika ini.
    (”,)

  6. Beli tanah, lepas tu upah orang usahakan pertanian. Setahun lepas tu boleh beli keta cash. Tak caya? Cuba dulu.

  7. Pelaburan untuk tanah berbaloi dan lebih berbaloi kalau tanah tersebut diusahakan daripada dibiarkan tumbuh lalang. 🙂

  8. kalau mak wan, mesti dia suruh wan beli tanah, sebab tanah harga dia sentiasa meningkat. kereta harga makin jatuh

  9. salam..
    belilah tanah..pelaburan meningkat
    setiap hari (harga)..kalau kereta
    hari ni beli besok dah jadi second
    hand..

  10. baik beli tanah, for futre, kalau kereta nanti in future harga turun, tanah harga naik..

  11. saya rasa elok akak beli tanah sbb sama mcm akak ckp tu tanah makin lama makin mahal and kereta maki. murah n nanti banyak model baru akan keluar.

  12. kak aya, nk tnya.klu tuk fresh grad kan and gaji lam 1800. mana patut diutamakan dulu? beli umah atau beli kete(import)?

    • kalo kin rasa kereta tu satu keperluan, untuk mudahkan kin pergi balik keja, bagi akak, baik kin beli kereta dulu, bulanan pun dalam rm500- rm600 macam tu.. tapi kalo kin dah ada kereta, baik kin beli rumah, dan boleh sewakan dulu dengan orang lain kalo masih tak mampu nak bayar sendiri…

      • kan dah ada proton sekarang..
        asal boleh jalan sudah..apa
        nak melaram lagi (orang dah cantik)
        🙂

        • pd pendapat sya,baik beli tanah…sya br jer beli tanah
          kt kg n tanam kelapa sawit…lg 2 tahun lebih,dpt la hasil..
          sblom ni pn, sya penah gak terfikir nk beli kereta, tp
          bila fikir balik,tak bebaloi pn…nti dh “kaya”, bleh la
          beli cash kereta kn…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge