Bayi 5 Hari Merana Kejang Seluruh Badan

Aku kerja malam semalam. Lebih kurang pukul 8 malam, datang seorang ayah membawa anaknya yang kejang seluruh badannya , berbiuh air liur dan tidak dapat menyusu sejak pagi lagi. Apabila badan bayi tu kejang, dia tak boleh nak bernafas, oksigen dalam badan jatuh dari 98 % ke 78% sahaja.

neonatal-tetanus
Gambar dari Google

Mula-mula fikir, bayi ini kena sawan. Maklumat lebih lanjut aku dapat dari ayah bayi tersebut, Bayi ini baru berusia 5 hari. Semasa ibunya mengandungkan bayi ini, dia tidak pernah berklinik dan tidak pernah menerima sebarang imunisasi kerana masalah kewangan dan tinggal di kawasan ladang. Bayi ini dilahirkan di rumah dan kelahirannya disambut oleh bidan kampung. Dan malangnya, tali pusat bayi ini hanya dipotong dengan pisau yang tidak bersih. Semasa pemeriksaan ke atas bayi ini, didapati pusatnya ada nanah dan berbauh busuk.

Pemeriksaan lanjut juga menunjukkan bayi ini telah dijangkiti penyakit Kancing Gigi atau dalam bahasa perubatan Neonatal Tetanus.

Pernah nampak tak bayi kena tetanus? Tak pernah? aku ada jumpa video neonatal tetanus di Youtube.com untuk kongsi info dengan rakan semua, Cuba tengok kat bawah ni:

Bayi yang terkena penyakit Kancing Gigi:
  • Bayi akan alami kekejangan otot setiap beberapa saat. Kita boleh lihat bayi tersebut seperti menahan kesakitan. Memang sakit, cuba kita bayangkan macam mana kalau kita kena kejang otot di betis. Sakitkan?
  • Bayi ini akan sensitif dengan cahaya dan bunyi bising. Setiap kali ada bunyi bising, bayi akan alami kekejangan.
  • Bayi tidak akan dapat menyusu. Kekejangan otot menyebabkan bayi tak dapat nak buka mulut. Kesian kan?

So, kesimpulannya, pastikan kita berklinik dan dapat imunisasi anti-tetanus masa mengandung dan jangan bersalin di rumah bagi mengelakkan terkena jangkitan toksin dari bakteria Clostridium tetani. Bakteria ini suka melekat di kawasan luka yang kotor untuk sebarkan toksinnya dan menyebabkan kekejangan otot berterusan. Harap info ini dapat membantu kita mengenalpasti apa itu kancing gigi di kalangan bayi. Pernah nampak tak bayi kena penyakit ini?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

4 thoughts on “Bayi 5 Hari Merana Kejang Seluruh Badan

  1. ish… kita yg dewasa ni bila kena kejang otot betis memang tak boleh nak cakap sakit bagaimana rasa. Ini pulak terkena pada babby. Tq atas info nya doktor.

  2. sepatutnya demi anak, usahakan la jugak utk dapatkan imunisasi kat klinik kerajaan… tak kena bayar pon…free jerr.. cuma kena sabar tunggu giliran jer la kat klinik tu… demi anak…

  3. bahayanya bila dah terkena neonatal tetanus ni..agaknya apalah nasib bayi tu ye…sedihnya.. =(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge