Baru Puasa 10 hari, Dah Jadi….

Alhamdulillah, hari ini, dah cukup 10 hari kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdullilah juga, Tuhan berikan kita masa untuk lebih banyak beramal di bulan puasa ini.

So korang macam mana puasa? OK?

So far sepanjang 10 hari berpuasa ini, puasa yang ke-5 adalah hari yang aku rasa  sangat tak larat. Apa taknya, masa tu aku oncall dan busy dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 malam, lepas tu baru dapat rehat skit. Nasib baik aku tak pengsan masa oncall, kalo tak confirm masuk news ” Doktor pengsan masa oncall di bulan Ramadhan ni” hehe.. Nauzubillah.

Tapi itulah dugaan kita semasa berpuasa. Kerja dan tanggungjawab kita harus diteruskan, Jangan sebab puasa, kita bagi banyak alasan untuk tidak lakukan tanggungjawab kita sebaik mungkin. Betul tak? 🙂

Tapi, aku lebih seronok, sebab ramai dah tegur aku kurus skit, walaupun baru 10 hari berpuasa. Aku dapat turunkan berat aku hampir 4 kg dalam masa 10 hari ini. Hepi sangat.. hehe…Memang tengah berdiet ni.. Yipieee…

Korang plak macam mana?

6 thoughts on “Baru Puasa 10 hari, Dah Jadi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge