Bantuan Sekolah RM100 untuk KFC?

Hari ini, aku ada merawat seorang pesakit, yang juga seorang ibu. Si ibu membawa anaknya untuk menemankannya ketika temujanji dengan doktor. Anaknya berusia 7 tahun yang lengkap berpakaian sekolah.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

So, aku tanyalah si ibu tadi, “Kenapa bawa anak sekali ke Klinik, dia tidak sekolah?” menyibuklah skit..hehe..

Lepas tu si ibu pun berkata ” Oh, sebab lepas temujanji dengan doktor ni, saya kena bawa anak saya ke sekolah untuk dapatkan bantuan persekolahan RM100″

Oh macam tu ke? so aku pun saja nak bercerita dengan si kecil ini, “Dapat duit rm100 nanti, adik mau beli apa?” dalam loghat Sabah.

Jadi si kecil pun menjawab ” Aku mau beli KFC” . Bila dengar jawapan si kecil tadi, kami kat klinik, semua tergelak, si kecil ni pun memeluk ibunya dan tersenyum malu.

Ayam KFC

“Ala adik, janganlah beli KFC, belilah buku nanti ya..” Si ibu pun turut tersenyum.

Memang rasa lucu bila dapat jawapan spontan dari si kecil tadi. Zaman sekarang, sangat kuatnya pengaruh makanan fast food di kalangan kanak-kanak. RM100 yang sepatutnya untuk pembelajaran, si kecil ni nak beli ayam KFC pula.. Hehehe.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

7 thoughts on “Bantuan Sekolah RM100 untuk KFC?

  1. kalau gua pun, gua nak kfc. hoho..
    titan recently posted..Teh O Ais Laici.My Profile

  2. confirm banyak tu kfc yg boleh beli pakai duit rm100 tu. hehe.

  3. sek sy 25 jan ni bru mula bayar.xtaula ragam parents camner.kbetulan plak sy guru kelas thun ni.huhu…

  4. Kalau itulah kali pertama dia nak merasa makan KFC dalam hidupnya tak salah nak tunaikan hajatnya.

  5. Kanak-kanak cakap dari hati. 🙂

  6. Buku beli – kfc pun nak jugak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge