Bajet 2012: Elaun Kerja Lebih Masa Doktor Dinaikkan

Kerja sebagai doktor, yang paling penat adalah masa oncall ataupun kita panggil kerja lebih masa. Bayangkanlah, masuk kerja pukul 8 pagi dan kalau oncall, balik ke rumah pukul 5 petang esoknya, lebih kurang 33  jam bekerja berterusan. Penat gila tau…Kadang-kadang rasa nak pengsan tapi kuatkan semangat je.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Mungkin sebelum ini, apa yang aku perhatikan, aku rasa macam kebajikan doktor tak dijaga sangat, mungkin sebab ramai pegawai perubatan  yang takda masa nak kecoh benda ni sebab masing-masing sangat sibuk. Lagipun, doktor biasanya kalau tak tahan kerja di kerajaan atau tak puas hati, diorang akan keluar terus ke swasta sebabnya gajinya jauh lebih tinggi dan malas nak kecoh-kecoh. Sebab tu masalah kebajikan pegawai perubatan berterusan.  Ini just my opinion. Apa pula pandangan korang?

bajet-2012

Tapi Alhamdulillah, Bajet 2012 kali ini, menghargai jasa khidmat pegawai-pegawai perubatan yang bekerja lebih masa di hospital atau mana-mana pusat kesihatan dengan menaikkan elaun oncall claim atau kerja lebih masa sebanyak RM30 hingga RM80 sehari dari elaun sekarang.

Rezeki… walaupun tak banyak sangat, tapi tetap bersyukur.  Sapa nak bagi kita macam tu kan? Jadi kita kena bersyukur, supaya rezeki dan nikmat Allah bertambah untuk kita. Betul tak?

Namun aku tetap berharap dan berdoa agar gaji pokok doktor dan staf-staf kesihatan yang lain dapat dinaikkan lagi bersesuaian dengan kerja berat yang dilakukannya dan tanggungjawab yang sangat besar, melibatkan nyawa orang lain, masa bersama keluarga terpaksa dikorbankan, risiko terdedah dengan penyakit-penyakit berjangkit seperti AIDS, Hepatitis, Tuberkulosis dan banyak lagi. Harap-harap Bajet 2013 nanti, dapatlah dipertimbangkan ye.. 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

8 thoughts on “Bajet 2012: Elaun Kerja Lebih Masa Doktor Dinaikkan

  1. good 4 doctor la..at least,ndak la kluar dokter dri government kn…nnt tedA doctor plak d ospital tu..huhuhu

  2. elok sgt la tu naikkan elaun on call tu. kesia tengok doketot2 ni kejer teruk giler. bersengkakng mata ak selamatkan nyawa orang. patutnya golongan sektor kejer macm ni yang perlu diberi perhatian. bakal2 doc yang bakal habis belajar dr oversea, habis belajar balik malaysia kene tunggu lg 6 bulan baru dapat tawaran kejer kat hospital kerajaan. Soalnya kenapa smpai 6 bulan? Rugi masa deketot2 kita ni nak kena tunggu 6 bulan baru dapat kejer. takat sebulan tu ok la jugak. Renungkan2 kanlah ye

  3. Elok le naik elaun on-call tu. Lagi pun sekarang doktor dah keje syif. Tak ramai yg akan dibayar elaun on-call. Kerajaan tak rugi banyak le..

  4. aku sokong gaji doktor elaun oncall doktor dinaikkan,,,,,,,,,,,,kesian aku tengok keje teruk gila,,,,,,,,,,,silap22 haribulan tak tidur 33 jam kerana kes tak stabil

  5. sampai 33 jam kerja berterusan.. lamanya…
    isemas recently posted..GOLD Intraday Technical analysis 2011-10-07My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge