Bajet 2012: Bonus VS Kenaikan Gaji

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Sumber: Malaysian insider

Harap-harap adalah berita baik untuk Budget 2012 ini..

Pada pendapatku, lebih baik  bagi kenaikan gaji kepada penjawat awam  berbanding bonus sebabnya memberi kesan jangka panjang. Tapi semuanya bergantung kepada kestabilan kewangan negara kita.

Antara Bonus dan Kenaikan gaji, yang mana korang pilih? Kalo diberi peluang memilihlah… hehe

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

7 thoughts on “Bajet 2012: Bonus VS Kenaikan Gaji

  1. kongkekman says:

    taik gigie jerr

  2. Kenaikan gaji akan menyebabkan kenaikan kadar cukai. Bonus cuma akan menaikkan cukai sikit shj….kadar cukai sama…

  3. kongkekman says:

    nok 2 2 sekalie

  4. Pada saya yang terbaiknya ialah kurangkan harga kenaikan barang.Sebab bila harag barang diturunkan semua rakyat,tak kira swasta atau kerajaan akan merasai nikmatnya.Kalau naikkan gaji atau bonus kepada penjawat,tidak adil kepada pekerja swasta.

    Kerana mereka juga rakyat Malaysia yang dibebankan dengan pelbagai cukai oleh pihak pemerintah.
    InfoBuahPinggang recently posted..Bagaimana Untuk Memulihkan Kerosakan Buah PinggangMy Profile

  5. nape la asik pndang pd penjawat awm je??penjawat swasta pn turut dn lg byk menyumbng kpd kerajaan..npa x dipndang lgsung ea?susah btul org keje swasta ni nk dpt berita gembira mcm ni tiap2 tahun..sedeyyyyyyyyyyyyyyy sgt!
    are-rull recently posted..Dasar anak tak sedar diuntung zaman sekarangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge