Belanjawan 2012: Berita Gembira untuk Penjawat Awam dan Pesara

Dalam budget 2012 ini, lebih banyak kelebihan diberikan kepada penjawat awam dan Pesara. Baguslah.

bajet-2012

Bajet 2012 untuk Penjawat Awam

  • Bonus setengah bulan gaji akan diberikan sekali lagi pada hujung tahun ini kepada semua kakitangan kerajaan. Bonus ini akan diberikan masa gaji bulan Disember 2011 nanti. Bonus paling rendah adalah RM500.
  • Mulai 2012, semua kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tahunan dalam RM80 hingga RM320 setahun. Maksudnya anjakan gaji tahunan.
  • Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
  • Khas buat keluarga tentera: RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

 

Bajet 2012 untuk Pesara

  • Semua pesara akan memperolehi bonus sebanyak RM500 setiap orang hujung tahun ini.
  • Umur wajib pesara dinaikkan dari umur 58 ke 60 tahun.
  • 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Syukur Alhamdulillah. Ini berita gembira untuk kakitangan kerajaan.. 🙂

Apa pandangan korang?

14 thoughts on “Belanjawan 2012: Berita Gembira untuk Penjawat Awam dan Pesara

  1. memang sikit kenaikan untuk pesara .selaraskan lah pencen minimum rm500 .terlalu perit bagi saya dan rakan -rakan yang mendapat pencen tak sampai rm150 sebulan.

  2. kenaikan 2% berapa sangatla untuk yang dapat pencen RM200sb. Baru rm4.00 sahaja. Minta selaraskan pencen minimum RM500 untuk semua pesara termasuk kakitangan yang diswastakan seperti TNB, Telekom dan Pos… Apapun terima kasih PM DSN.

  3. kakitangan swasta kebanyakkan yer gaji dh besar kalo nk bandingkan dgn penjawat awam…security guard pun gaji mcm pegawai gred B (penjawat awam) bersyukur ngn aper yg ader…

  4. Just nak share info.. petikan yg diambil dari teks ucapan..

    Kenaikan gaji tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7- 13 peratus.

    Berdasarkan petikan ni, selain menikmati kenaikan tahunan 80 – 320 ringgit, kenaikan gaji juga akan dapat antara 7 – 13 peratus.
    Faina recently posted..Ulasan Bajet 2012My Profile

  5. krajaan cuma memberi kenaikan thnan saje…sy amat kecewa,sy berharap sgt…supaya kenaikan gaji kpd tentera setimpal dgn tgs yg diberikn….

    1. yang tu tak pasti.. tapi rasanya ye.. sebab keluarga yang ditinggal pun perlu duit untuk perbelanjaan…

    1. Duit imbuhan untuk Pelajar sekolah menengah dan rendah RM100, Potongan Duit Yuran, semua tu kan juga bantuan… dan kalau di tengokkan bukan nyer banyak sanggat yang pekerja kerajaan dapat… bezanya bonus di aanounce tapi bila pekerja swasta dapat bonus 6 bulan tak der pula ader yang kata apa yang pekerja kerajaan dapat…

      1. betul gak tu.. selalunya pekerja swasta dapat bonus 2 bulan gaji..tapi pekerja kerajaan tak pernah pun… sebenarnya masing2 ada kelebihan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge