Bagaimana Cara Install Script Blog WordPress Guna Fantastico?

Hari ini kita akan mempelajari bagaimana cara mudah untuk install script blog wordpress dengan menggunakan Fantastico. Mudah je..

Apa itu Fantastico?

Fantastico adalah sebuah perisian yang terdapat di akaun hosting cPanel anda . Perisian ini mengandungi pelbagai skrip (scripts ) yang membolehkan kita memasang skrip-skrip ini dengan mudah ke laman web kita. Contoh skrip adalah skrip blog wordpress, skrip forum , skrip joomla dan banyak lagi.

Langkah-langkah menginstall skrip blog wordpress menggunakan Fantastico

  • Mula-mula, kita perlu login ke akaun cpanel di hosting kita selepas domain dan webhosting dibeli dari mana-mana syarikat penyedia webhosting. Gunakan username dan password masing-masing.
  • Kemudian, kita perlu scroll down akaun cpanel dan klik pada simbol ‘senyum‘ seperti di bawah:

symbol fantastico

  • Kemudian kita akan dibawa ke ruang Fantastico di mana pelbagai scripts disediakan dan pilih  script WordPress.
  • Kita akan dibawa ke langkah seterusnya di mana kita perlu memilih nama Subdomain atau Subdirectory bagi script blog wordpress yang kita pilih tadi.

Contoh:
Subdomain adalah seperti http://demo.bloggerwanita.com
Subdirectory adalah seperti http://www.bloggerwanita.com/demo

  • Dalam panduan ini, kita memilih subdirectory demo iaitu http://bloggerwanita.com/demo untuk menginstall script wordpress untuk blog demo tersebut.
  • Kita perlu mengisi Username dan Password untuk login ke blog kita nanti.
  • Isikan juga ruang pada Base configuration seperti dalam gambar screenshot di bawah mengikut nama blog masing-masing.

Lengkapkan Fantastico

  • Setelah selesai proses yang seterusnya , klik butang Install WordPress.
  • Setelah berjaya, klik butang Finish Installation.
  • Contoh blog demo yang berjaya seperti di screenshot di bawah:

http://www.bloggerwanita.com/demo

  • URL untuk login ke dashboard blog tersebut adalah seperti dibawah ( hanya perlu tambah wp-admin di hujung url) :

http://www.bloggerwanita.com/demo/wp-admin

 

P/s: Rakan blogger boleh dapatkan panduan fantastico ini dalam bentuk ebook yang lebih banyak screenshot bagi memudahkan pemahaman. Ini adalah ebook pertamaku. Hopefully membantu :)Klik Sini

Sebarang masalah, boleh ajukan melalui komen dibawah, apa yang boleh dibantu akanku cuba bantu…

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

9 thoughts on “Bagaimana Cara Install Script Blog WordPress Guna Fantastico?

  1. [...] Bagaimana Cara Install Script Blog WordPress Guna Fantastico? [...]

  2. yup betul tu,,klau pakai softaculous pun best
    cermin mata recently posted..Hello world!My Profile

  3. sekarang ada altrnatif yang saya fikir lagi bagus … softaculous … macam fantastico juga tapi lebih banyak pilihan menu dalam nya ..

    • betul tu, sekarang ni webhosting exabytes pun dah guna softculous… lebih banyak pilihan..tak sempat nak explore lagi..hehee

  4. Terima kasih admin atas perkongsian info menarik ni.Kiranya proses ni untuk mereka yang nak buat satu lagi blog menggunakan platform wordpress lah ye.

    Terima kasih juga dengan pemberian ebook percuma tu.

    • ye..ni sesuai kalo tak nak pening belajar database..ataupun nak cepat buat blog.. apa-apa pun, kita kena belajar juga tentang database…perlahan-lahan pun takpa..janji kena usaha untuk belajar kalo berminat nak ada blog sendiri..

  5. abangxxx said:
    This site is very educative. Trims. Nampaknya tuan punya site ni sudah pakar benar cara desain blognya.
    .-= Ahmad Hj Abang´s last blog ..Notes from a Far Away Place =-.

    • takdalah pakar lagi… masih pertengahan ni. Aya kena banyak belajar lagi.. setiap hari kena tuntut ilmu baru.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge