Baby Bullet Blender Di Malaysia, Harga Murah Diskaun 80%?

Aku sangat-sangat gembira hari ini, sebab aku dapat beli Baby Bullet Food Blender pada harga yang sangat murah. Dah macam harga borong dah. Sebelum ni, cari dekat online tapi dapat harga USD59.99.. Tapi alhamdulillah, dapat juga stok dari Malaysia..

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Aku belikan khas untuk anak lelakiku, Syathir atau nama glamournya Si Bulat Awish.. hihihi

Kalau anda terbaca post ni, mungkin anda salah seorang yang mencari info, review atau ulasan tentang produk yang popular ini iaitu Baby Bullet Blender atau dalam bahasa Melayu pengisar Baby Bullet, khas untuk membuat makanan bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas.

 

Apa itu Baby Bullet Blender?

Baby Bullet Blender adalah pengisar yang direka khas untuk membuat makanan bayi yang sihat, sedap dan cepat. Malah dengan pengisar ini juga, ibu-ibu mampu berjimat kerana ia boleh disimpan dan diletakkan di peti sejuk dalam keadaan yang selamat.

Baby Bullet Food Blender

Kenapa ibu perlu ada Baby Bullet Food Blender?

Sebagai ibu bapa, kita semua ingin menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anak kita.Betul tak? Menyediakan makanan organik untuk bayi kita adalah jauh lebih baik berbanding makanan dalam tin. Ia bebas dari bahan kimia yang bahaya dan juga perasa atau pewarna.

Ibu-ibu perlu memiliki Baby Bullet Blender jika ingin menyediakan makanan yang sihat dan segar untuk anak dalam keadaan yang mudah, jimat masa, dan jimat wang ringgit.

 

Apa Kelebihan Baby Bullet Blender? Adakah Ia Selamat Digunakan?

  • Selamat digunakan kerana BPA free
  • Mudah digunakan kerana mempunyai bekas dan cawan yang khas
  • Cepat disediakan
  • Mudah dicuci
  • Boleh mengawal tahap kehalusan kisaran mengikut umur
  • Jimat kerana boleh dibuat dalam kuantiti yang kecil. Oleh itu, kurang pembaziran makanan
  • Boleh disimpan dan diletakkan di tempat sejuk atau beku
  • Tarikh penyimpanan juga boleh diletakkan bagi memastikan ibu-ibu tahu tahap kesegaran makanan tersebut

Baby Bullet Food Blender di Malaysia

Bagaimana Cara Pengisar Baby Bullet Berfungsi?

Sesetengah makanan bayi organik yang kita beli dari kedai mungkin ditambah dengan gula atau pengisi. Tetapi dengan Baby Bullet Blender, kita boleh mengawal apa yang bayi makan. Dengan pisau yang direka khas yang boleh mengisar apa-apa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kita boleh mengisar campuran pisang dan mangga dalam masa 7 saat! Dan, bayi akan mendapat semua vitamin dan zat tanpa tambahan gula atau perasa dan pewarna tiruan.

Baby Bullet Food Blender adalah sesuai untuk mana-mana bayi dan kanak-kanak mengikut peringkat umur. Sayuran, bijirin dan buah-buahan boleh dikisar mengikut tekstur yang diinginkan.

Langkah demi langkah menggunakan pengisar Baby Bullet ini akan diterangkan pada post yang seterusnya.

 

Berapa Harga Baby Bullet Di Malaysia?

Harga biasa Baby Bullet di pasaran Malaysia adalah RM399. Tapi jika ibu-ibu bernasib baik, anda boleh dapat pada harga yang murah atau diskaun antara 27-80% mengikut tawaran promosi yang ada. Ketika ini saya beli pengisar Baby Bullet ini pada harga yang sangat murah iaitu , diskaun 83%.. Jimat sangat.. 🙂

Jadi sesiapa yang minat nak dapatkan produk ini pada harga promosi, kena cepat sementara stok masih ada dan sebelum harga kembali ke asal. Klik Sini untuk maklumat lanjut

Harap info ini dapat membantu ibu-ibu yang bersemangat untuk menyediakan makanan yang sihat untuk bayi masing-masing.

 

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

4 thoughts on “Baby Bullet Blender Di Malaysia, Harga Murah Diskaun 80%?

  1. Baby bullet ni memang byk membantu dlm penyediaan mkanan untuk bayi.
    BPA free…
    din recently posted..CAR BOOT ORGANIZER – MYR30.00My Profile

  2. murahnya. Saya tak pernah lagi beli barang kat lazada ni. Nanti nak try jugak la guna lazada.
    nasslimdiet2 recently posted..Promosi Bee VenomMy Profile

  3. Pernah jugak beli set baby bullet ni tahun lepas, memang suka sebab comey..ada gambar smiley gitu, tapi dia punya material tak tahan kalo guna panas dan sejuk, nak2 yang dial storage tuh. Nanti akan ada macam kesan2 crack (tapi kat dalam la). So, kalo sesapa nak pakai di nasihatkan jangan guna untuk panas dan sejuk..kalo nk blend yang panas, tunggu sejuk dulu baru masukkan dlam dial storage tu. Then leh simpan dlm fridge.
    Lain2 review, baby bullet ni memang best. Bila anak dah umo 20bulan ni, maknya pulak guna blender yg besar tuh buat jus..hihi
    ayu abdullah recently posted..Merah Menyala Semangat WajaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge