Ayu Juara OIAM Sah telah Berkahwin dan Ada Anak

Satu lagi kejayaan seorang wanita dalam dunia hiburan yang ingin aku kongsikan hari ni. Dari seorang Gadis Kampung Sabah kepada menjadi seorang Jutawan Muda dalam usia 18 tahun.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Ayu adalah Juara One In a Million musim ke-2

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit adalah bekas Juara One in a Million musim ke-2 . Ayu telah berjaya mengalahkan saingannya Nur Shahila Amir Amzah @ Shila dan memenangi hadiah sebanyak RM1 juta . Wow, bestnya..muda-muda lagi dah dah dapat 1 juta ringgit. rezeki..rezeki . 🙂

One In A Million musim ke-2 2008, Ayu mengalahkan Shila dengan kekuatan vokalnya

Ayu yang dikatakan bujang di awal pembabitannya dalam dunia hiburan adalah tidak benar. Gosip yang mengatakan dia terlanjur dengan kekasihnya iaitu duda dan mengandung adalah juga tidak benar. Jadi, apa yang BENAR sebenarnya?  🙄

Ayu telah muncul kembali dan ditemui di Pejabat 8TV Sri Pentas dan menjelaskan segala gosip tentang dirinya setelah hampir setahun lebih menghilang.

” Ya, memang saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki “. kata Ayu terus terang.

Ayu telah mengambil keputusan berehat seketika daripada nyanyian semata-mata untuk beri tumpuan yang lebih kepada rumahtangga yang baru dibina.

Ayu OIAM dah kahwin dulu dan mempunyai seorang cahaya mata

Ayu juga memohon maaf kepada peminat dan pihak pengurusannya kerana telah merahsiakan perkahwinannya atas permintaan keluarga pihak suaminya yang tidak mahu perkahwinannya dihebahkan. Ayu telah berkahwin dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23 tahun, seorang duda dan seorang pekerja di kedai perabot tahun lalu. Perkahwinannya dilangsungkan secara tertutup di Kuala Kangsar, Perak dan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Syed Nashrul Haikal.

Ayu akan aktif semula menyanyi

Now, Ayu nak aktif semula dalam nyanyiannya.

Kredit to: MyMetro, mStar, Gua


Replay jika video di atas tersekat-sekat.


P/S : Semoga Ayu berjaya dengan lagu-lagunya. Nampaknya kita rakyat Malaysia, semakin bijak menilai artis , bukan paras rupa atau status seorang artis yang menjadikannya glamour tetapi paling penting adalah bakat yang tak ternilai. Mungkin paras rupa da status itu adalah satu kelebihan. Betul tak?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

4 thoughts on “Ayu Juara OIAM Sah telah Berkahwin dan Ada Anak

  1. one big LOL! penting ke berita nih?

  2. baru je lps kahwin, trus dpt anak..nmpk sgt dia mngandung sblm kahwin..sbb tu khwin tergesa2..xlogik artis tgh nk naik, dh amik kputusan nk khwin..xmasuk akal lgsg

    • Dikatakan dia dah kahwin sebelum join one in a million tapi dia difikirkan bujang. dia menghilang diri untuk rumahtangga dia. tapi tak pastilah juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge