Attachment Pelajar Perubatan dari Moscow, Russian

Hari ini, aku kerja seperti biasa. Rawat pesakit seperti biasa. Tapi hari ini, ada seorang pelajar perempuan tempatan membuat attachment di Hospital tempat aku kerja. Adik ini adalah pelajar perubatan Tahun kedua dari Universiti di Moscow. Kecil dan comel je orangnya. Actually dia dah ada kat Hospital tempat aku ni hampir 3 minggu da. tapi baru attach kat ward aku.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Hospital Attachment kali ini, hanya untuk berikan pendedahan kepada adik tu bagaimana kerjaya sebagai seorang doktor di Hospital tempatan.

Bagi aku, attachment ini penting supaya boleh bagi pendedahan awal kat adik-adik perubatan bagaimana hidup sebagai seorang doktor. Busy kerja itu perkara biasa. 🙂

Mula-mula dia tengok darah kat badan pesakit, dia bagitau kat aku, dia agak pening skit.. tapi after almost 3 weeks attachment di hospital ni, dia semakin confident dan dah tak pening da..hehe.

pelajar-perubatan

Sambil-sambil tu, aku sempat juga berbual-bual dengan adik ni tentang kehidupan kat Moscow. She told me, walaupun mata wang Rusia lebih rendah dari mata wang Malaysia, tapi kos hidup di Moscow sangat tinggi. Contohnya, sewa rumah dia je, mencecah RM4000 sebulan. Nasib baik kongsi dengan beberapa orang pelajar lain. Jimat skit.

Lagi satu yang pelik juga, dia kata orang Rusia suka marah. Betul ke? Contoh paling mudah, bila kita membeli barang kat kedai dan takda duit kecil, penjual tu akan marah kita dan suruh juga cari wang kecil itu. Pelik kan. Kalo kat Malaysia, pembeli adalah bos.. jarangnya penjual marah-marah. hehe..

Apa-apa pun.. Seronok gak belajar kat oversea. Boleh belajar cara hidup orang lain. Hope the best for her. InsyaAllah, 4 Tahun lagi, baru boleh bergelar Doktor. 🙂 . Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

5 thoughts on “Attachment Pelajar Perubatan dari Moscow, Russian

  1. Adele…hehe..saya pun masa kerja dulu selalu jg tnya ada duit syiling x..sebab malas nak pening pale kira duit..hehe..

  2. Memang best dengar pengalaman orang di tempat orang. Cik Aya ada hajat nak sambung belajar ke obacee ke?
    Cikgu Hairul recently posted..Shopping RayaMy Profile

    • Hajat tu memang ada…sejak kecil lagi.. InsyaAllah kalo ada rezeki, boleh sambung kat oversea… 🙂

  3. tapi kat Malaysia ni ada satu perkara sy tak suka kt peniaga2 nih,suka tanya : “ada duit syiling x?”.

    sy selalu tipu cakap xde,padahal banyak.tgungjwb dia lah sediakan duit syiling 😀
    adele recently posted..Blogger Kacak Contest Review 2011My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge