Ashraf Muslim akan Bertunang dengan Bakal Doktor

Tahniah buat pelakon Ashraf Muslim berusia 30 tahun yang akan bertunang pada 23 April 2011 ini di Gombak bersama buah hatinya yang bakal bergelar doktor , berusia 24 tahun.

Ashraf Muslim

Sempena Majlis pertunangan, perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah turut dirasmikan pada hari yang sama.
Baguslah juga , Pengamal perubatan tradisional dan bakal doktor perubatan bersatu dan hidup bersama. 🙂

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya.

“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya: “Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.

“Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”

Sumber: mStar

P/s: Tahniah buat Ashraf Muslim, Harap wartawan dan semua pihak menghormati prinsip Ashraf tentang  keputusan hubungan kerja dengan wanita. Inilah pelakon islam yang perlu dicontohi. Kenapalah perlu bergambar berpeluk-pelukan?  Tak berpelukan pun, boleh popular juga, yang penting ada bakat. Betul tak? 🙂

8 thoughts on “Ashraf Muslim akan Bertunang dengan Bakal Doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge