Apakah Tugas-Tugas Jururawat?

Seorang doktor tidak dapat melakukan kerjanya sebaik mungkin tanpa bantuan dari seorang jururawat. Betul tak?

Aku setuju dengan kenyataan ini, setiap prosedur atau rawatan yang dilakukan kepada pesakit memerlukan bantuan dari seorang jururawat. Contohnya, ketika doktor lelaki memberikan rawatan kepada pesakit wanita, jururawat wanita perlu menemani doktor tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Satu contoh lagi, ketika membuat pembedahan, seorang jururawat bedah perlu membantu doktor untuk menyediakan peralatan kelengkapan pembedahan bagi melancarkan prosedur tersebut. Oleh itu, jangan pandang rendah pada tugas seorang jururawat. Mereka adalah kakitangan yang penting dalam sistem kesihatan.

Mungkin ramai adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang jururawat tapi kurang pendedahan atau pengetahuan tentang tugas seorang jururawat. Hari ini, aku nak kongsi info yang berguna kepada adik-adik yang berminat untuk menjadi seorang jururawat. Post kali ini agak panjang ye..

hari-jururawat

Tugas-tugas jururawat ini diperolehi dari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) .

Terlebih dahulu, adik-adik kena tahu jenis-jenis jururawat. Perasan tak, terdapat pelbagai warna jalur pada cap atau tudung jururawat? Setiap warna ini menunjukkan jenis dan tugas yang berlainan pada jururawat. Contohnya, kat hospitalku, jalur biru adalah Jururawat Terlatih U29 dan jalur ungu pula adalah Jururawat Masyarakat U19.

Apakah Jenis-Jenis dan Tugas-Tugas Jururawat?

Jururawat Pelatih

  • Mereka ini masih seorang pelajar kejururawatan. Masih mengikuti latihan jururawat selama 3 tahun di kolej-kolej kejururawatan yang diiktiraf.
  • Bermula tahun 2013, jururawat pelatih peringkat Sijil diberi elaun RM835 sebulan. Manakala jururawat pelatih peringkat Diploma pula diberi elaun RM1166.58 sebulan.
  • Biasanya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa jalur warna.

Jururawat Masyarakat Gred U19

  • Jururawat dari kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf  setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Gaji pokok permulaan adalah RM1284.27 (tidak termasuk elaun lagi)
  • Biasanya dipanggil jururawat kebidanan
  • Jalur warna ungu pada topi atau tudung jururawat
  • Antara tugas-tugas jururawat masyarakat adalah:
  1. Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
  2. Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
  3. Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
  4. Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
  5. Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
  6. Memberi pendidikan kesihatan.
  7. Menyambut kelahiran bayi.

 

Jururawat Terlatih Gred U29

  • Jururawat Gred U29 adalah jururawat dari kelulusan Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Gaji pokok permulaan adalah RM1687.59 (tidak termasuk elaun)
  • Jalur warna biru pada topi atau tudung jururawat
  • Antara tugas-tugas Jururawat Terlatih adalah:

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan ( Bertugas di klinik)

1. Perawatan Kesihatan Keluarga

  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
  • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Pendidikan kesihatan.

2. Latihan

  • Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

3. Menyelia

  • Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
  • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

4. Pentadbiran

  • Mentadbir klinik.
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
  • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

1. Penjagaan Pesakit

  • Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
  • Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
  • Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
  • Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

 

Jururawat Terlatih Gred U41

  • Jururawat Gred U41 pula adalah jururawat dari kelulusan ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Gaji permulaan adalah RM2259.08 ( tidak termasuk elaun lagi)
  • Antara tugas-tugas jururawat gred U41 adalah:

1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan

  • Pemantauan Kejururawatan
  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

3. Kawalan Mutu

  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

4. Latihan Kejururawatan

  • Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.
Jururawat Pergigian U29
  • Jururawat adalah jururawat dari kelulusan Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Tugasnya adalah berbeza dari jururawat terlatih atau masyarakat.
  • Gaji permulaan adalah RM1687.
  • Antara tugas jururawat pergigian adalah:

Tugas-tugas Rawatan Pesakit
1.Am

  • Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.

2.Diagnosis

  • Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.

3.Profilaksis

  • Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.

4.Restorasi

  • Menyedia kaviti dan membuat tempahan.

5.Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
6.Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian
1.Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.

2.Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.

3.Kaunseling

  • Penjagaan kesihatan Oral.
  • Penjagaan di rumah (Home Care).

4.Kawalan Jangkitan
5.Kejururawatan Komuniti
6.Penyelidikan Sistem Kesihatan

  • Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.

7.Pentadbiran dan Pengurusan

  • Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
  • Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Sapa-sapa yang berminat untuk menjadi seorang jururawat, mungkin boleh memahami tugas dan peluang kerjaya seorang jururawat melalui buku yang disediakan oleh KKM iaitu Kerjaya Jururawat.Download

Pastikan adik memilih bidang kejururawatan ini kerana adik berminat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan bukannya sekadar ingin menjadi kakitangan kerajaan sahaja. Jika adik-adik tidak berminat, maka  masalah jururawat tak sopan, garang dan tidak profesional mungkin akan timbul. Kenapa? Ini disebabkan adik bekerja dalam keadaan tertekan kerana tidak berminat dengan tugas tersebut. Bayangkan kita melakukan sesuatu perkara yang kita tidak minat setiap hari, mesti stress kan?

Kan seronok kalau pesakit datang ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan, jururawat atau kakitangan lain memberikan senyuman dan layanan sebaik mungkin. InsyaAllah, pasti dapat mengurangkan serba sedikit kesakitan pesakit tersebut. Betul tak?

Maka, jadilah seorang jururawat yang penyayang dan profesional. Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia.

P/s: Oh ye, ada terjumpa satu ebook Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat di mana penulisnya merupakan salah seorang penjawat awam di KKM mendedahkan rahsia bagaimana boleh dapatkan jawatan jururawat tanpa guna Kabel atau orang dalam.  Klik Sini: Kerjaya Jururawat

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

21 thoughts on “Apakah Tugas-Tugas Jururawat?

  1. deadmouse says:

    Sangat berguna saya interview hari ni …tq a lot….

  2. […] tiba ke klinik lebih awal, so sempatlah menjamu selera dan bersarapan bersama jururawat-jururawat senior yang baru aku kenali. Majoriti mereka telah berkhidmat di klinik kesihatan melebihi 20 […]

  3. cikbawang says:

    kalau yg dh kawin boleh ke x apply spa bagi latihan jururawat ni ek?

  4. Sy minat jadi jururawat & Saya dah buat id, langkah seterusnya apa ya??

  5. perghhh banyaknya tanggungjawab jururawat..hehe
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  6. jururawat, wah menarik, bole search dekat sini je. hihi
    Shasha recently posted..Kerja sudah siapMy Profile (dofollow)

  7. Wahhhh. bagus. boleh jadi rujukan lepas spm nanti. heee tapi saya tak minat jururawat. saya jenis kasar kang pesakit bertambah sakit. ihiks :D
    Anis recently posted..Histeria.My Profile (dofollow)

  8. tugas jururawat sangat mulia jika kena dengan niat
    Sara recently posted..The Apprentice Asia – Nazril Idrus Wakil Malaysia(suami Sazzy Falak)My Profile

  9. Pendapatan Jururawat lebih tinggi dari gaji Juruteknik Biomedikal yang rata-rata dibawah RM1300. Penat belajar kejuruteraan Biomedikal.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – 3 budak CanonMy Profile (dofollow)

  10. tugas jururawat adalah merawat, heheh
    Juan recently posted..Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen Untuk Keluar NegaraMy Profile (dofollow)

  11. banyaknya jenis2 jururawat. thanks share. =)
    Wana wazm recently posted..Segmen : Blogger Pilihan SayaMy Profile (dofollow)

  12. Thanks sharing…ilmu yang sangat berguna..

  13. sy dulu dapat tawaran jugak dip in nursing tapi sya dah masuk UM time tu ambik foundation . so , memang melepas peluang tu . but nursing bukn satu kerja yg mudah ,,

  14. Suka dgn statement ni:”Jika adik-adik tidak berminat, maka masalah jururawat tak sopan, garang dan tidak profesional mungkin akan timbul.” Patutla ramai nurse garang semacam.

    • tapi bukan semua macam tu.. ada juga jururawat yang sangat baik.. :)

    • Saniah binti Gantang says:

      x semua nurse begitu,macam yang dah diperkatakan memang tugas jururawat tu banyak,x heranlah kadang kala misi tu naik angin sebab dalam masa 7 jam semua kena settle,bayangkan kalau berkerja hanya 2-3 orang dalam satu shiff samapaikan kadang kadang nak melepaskan hajat pun terpaksa tahan..Saya dah alami semua tu sebab saya seorang jururawat dan dah 4 kali saya berpindah semata-mata untuk dapatkan pengalaman berbeza.Yelah,kalau berkerja di bawah satu bumbung walaupun berbeza department tapi pengurusan masih sama so lebih baik transfer hospital je walaupun bukan kerja mudah terutama macam saya yang dh berkerluarga ada anak .Kalau nak tahu tugas jururawat,tak payah nak kerja tapi try jaga saudara mara atau sesapa saja yang dimasukkan ke hospital dan tengok keadaan jururawat berkerja.Memang x dinafikan ,time kami duduk dikerusi walaupun tangan ligat menulis report akan dikata nurse duduk je,time dapat peluang makan sekejap dikatakan pulak misi xde keje lain asyik makan je.Tapi x pulak nampak yang misi kadang kala bawak bekal pergi kerja penuh dan bawak balik pun tak terusik.banyak orang hanya pandai bercakap saja tapi yang nyata Allah tahu komitmen kami.Nak puaskan hati orang memang payah tapi kepuasan kami adalah apabila pesakit yang datang masuk guna stretv=cher tapi balik berjalan kaki dan mengucapkan TERIMA KASIH MISI,adalah kata-kata penguat kami.

      • Terima kasih Misi.. Jururawat adalah salah satu penjawat awam yang banyak membantu doktor dan juga memastikan servis berjalan seperti biasa. tanpa bantuan jururawat..siapalah doktor..

        Memang sangat kurang pesakit atau keluarga yang menghargai staf2 hospital.. Mungkin dalam 10-20 percent je kot.. tapi golongan inilah yang memberi lebih semangat untuk kami untuk terus bekerja dan memperbaiki kelemahan diri…
        Aya Norbayah recently posted..Nelayan Selamat Walaupun Ditelan Ikan Jerung?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge