Apa Kelebihan Pekerja Swasta Dalam Bajet 2012?

Setiap kali ada pembentangan bajet setiap tahun, yang paling tak sabar-sabar nak tahu intipati  ini, adalah penjawat awam. Biasanya, pekerja swasta tak kisah sangat sebab kelebihan jarang diberikan khas untuk pekerja swasta. Mungkin yelah gaji pun dibayar oleh syarikat swasta tu sendiri dan kerajaan takda boleh nak kacau kan.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Tapi apa yang aku tengok untuk Belanjawan 2012 ini, ada juga kelebihan diberikan untuk pekerja-pekerja di sektor Swasta sama ada secara langsung ataupun tidak. Antaranya:

  • Simpanan persaraan – KWSP
    Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Jadi adalah kenaikan 1%. Ini kelebihan secara langsung kepada pekerja swasta.
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
  • Pelbagai pengecualian cukai
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara. Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara. Ini serba sedikit dapat meringankan beban anak-anak pekerja swasta dan kerajaan.
  • Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
  • Penerusan subsidi bil elektrik RM20
  • Meringankan beban pemilik teksi dan kereta sewa dengan memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian, pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan dan banyak lagi.

Korang nak tahu lebih lanjut intipati atau isi kandungan pembentangan Bajet 2012. Boleh layari www.1malaysia.com.my atau klik sini.

[thumb]http://www.1malaysia.com.my[/thumb]

Aku harap sangat pihak majikan swasta dapat menaikkan gaji minimum setiap pekerja mereka. Kadang-kadang aku simpati juga dengan jiran atau kenalan yang gaji mereka hanya RM200 – RM300 sebulan. Sangat sedikit. Dengan keluarga dan anak-anak yang perlu ditanggung, memang agak susah untuk hidup dengan gaji yang minimum seperti ini.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

9 thoughts on “Apa Kelebihan Pekerja Swasta Dalam Bajet 2012?

  1. Untung ada rugi pun ada…jadi kena usaha lebih la klau kt swasta nih
    yas recently posted..VIDEO TEASER PROTON PRE’VE & BEHIND THE NAMEMy Profile

  2. kje gomen byk sgt kelebihan..mmg untung 😀

  3. kelebihan ini nmpk biasa jak..cuba la bgi gaji minima tuk swasta..ada jgk la bole tolng kn..sbr jak la!

    • betul2..kl kat kelantan ni, gaji pekerja swasta memang rendah giler, kl kerani gaji Rm400 je.,kl operator kilang lak rm200 je basic. kl di fikirkan cukup ke untuk buat belanja rumah tangga.kesian kan??

  4. Saya tak berapa berkenan ngan bajet tu.. Bila pekerja gomen dapat kenaikan yang bermacam2 confirm lepas ni barang akan naik.. so apa jadi ngan pekerja swasta, gaji tak naik tapi barang naik berganda2.. bagi staff gomen kenaikan tu takda impak coz dah di cover ngan kenaikan yang mereka dapat. Tapi bagi pekerja swasta yang berpendapatan bawah Rm2,000 & tinggal di bandar2 seperti KL ia akan beri impak besar pada mereka.. lepas ni tax juga akan naik.. minyak, gula, tepung dan banyak lagi berang keperluan akan naik harga.. haru…………..

  5. 1. 1% aje….untuk gaji RM5000.00 ke bawah iaitu RM50.00 bertambah sebulan. Tapi kena ingat ini duit masuk dalam KWSP. Kita takdapat sentuh pun. Duit KWSP kerajaan guna balik untuk pelaburan dan projek2 kerajaan. 2 x 5 aje. Untuk yang ambil skim KWSP saje.
    2. Pemberian RM500.00 untuk isi rumah pendapatan RM3000.00 kebawah. Ok. Cuba bagi 12 bulan dapat berapa iaitu RM41.67 sebulan. Pekerja kerajaan dan Pekerja Swasta pun dapat.
    3. Pelbagai pengecualian cukai. Pengecualian cukai apa? Tapi kena ingat zakat kena bayar (Nisab adalah RM10,300). Kalau gaji RM3000.00 x 12 bulan sama dengan RM36,000.00. Inie dah kena zakat iaitu RM36,000.00 x 2.5% = RM900.00 (Cara penggiraan dari pendapatan kasar).
    4. Untuk bantuan RM100.00 bagi seorang anak bersekolah. Ok. RM100.00 / 12 bulan dapat RM8.33 sebulan untuk seorang anak. Untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta. Untuk pelajar U pulak RM200.00 baucer beli buku. Cukup ke beli buku RM200.00 untuk setahun yang ada 2 semester. Ini untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta.
    5. Meneruskan pemberi subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion. Inie untuk semua rakyat Malaysia. Tak kira kaya ataupun miskin.
    6. Penerusan subsidi bil elektrik RM20. Ini pun sama untuk siapa, untuk rakyat Malaysia tak kira kaya atau pun miskin.
    7. Meringankan beban pemilik teksi dan kereta sewa dengan memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian, pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan dan banyak lagi. Ok. Ini untuk siapa untuk teksi-teksi persendirian dan jugak untuk orang-orang yang ada kepentingan dalam memiliki lesen teksi persendirian. (Orang2 yang dah kaya yang mempunyai lesen2 teksi persendirian).

    Apa yang bagusnya pekerja swasta dapat????? hanya RM100.00 (RM50.00 + RM41.67 + RM8.33) sebulan itu pun RM50.00 masuk ke KWSP. Adakah cukup untuk keperluan pada zaman sekarang nie. Fikir-fikirkan la……wahai pekerja2 swasta.

  6. Cik Blogger wanita…..
    Benefit2 yg disenaraikan dlm bjet tu sebenarnya benefit untuk rakyat bukan khusus unutk sektor swasta……kakitangan kerajaan pun bileh terima benefit2 yg sama sebab mereka pun rakyat Malaysia seperti pekerja swasta….cuma caruman Kwsp tu mgkin ada kelebihan tp impak nye x sehebat kakitangan kerajaan dapat…sebabnya ada majikan2 yang boleh bagi lebih dari tu caruman kwsp bergantung pada budi bicara majikan….boleh kata kakitangan kerajaan 80% menerima benefit dari bajet tersebut berbanding pekerja swasta….dari konteks rakyat…ia agak memadai….
    kylephytrie recently posted..MyDiary: Aku Seorang Seniman PicisanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge