Apa Kecoh-kecoh Pasal Telur Ayam Tiruan ni?….

Dalam minggu ini, ramai blogger kecoh tentang telur ayam tiruan yang dikatakan dijual di Pulau Pinang. Aku sebenarnya mula-mula tak berminat nak bincang pasal benda ini, sehinggalah aku terbaca info di Berita Harian tentang telur tiruan yang dikatakan itu ” Bukan Telur Tiruan” sebenarnya. Jadi apalah ye?

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

PUTRAJAYA: Telur ayam tiruan yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijual di pasaran negara ini sebenarnya adalah ‘telur ayam cacat’ yang berkualiti rendah dan biasanya tidak dijual kepada umum.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini.

“Berdasarkan pemeriksaan juga, telur tiruan yang didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yang ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna dan dianggap telur ayam tiruan,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan perkara itu, semalam.
Beliau berkata, penghasilan telur tiruan memerlukan kos yang tinggi dan tidak mungkin boleh dijual lebih rendah daripada telur ayam asli iaitu antara 32 sen hingga 25 sen sebiji mengikut gred.

Datuk-Abd-Aziz-telur-tiruan

Laa.. Telur ayam cacat rupanya…

Tapi betul juga kata Datuk Dr. Abd Aziz, tentulah kos nak buat telur tiruan ini lagi mahal kan.. sebab mesti susah nak buat tiruan tu. Apa-apa pun, kita dah dapat jawapannya ..

Aku ini memang suka sangat makan telur ayam, dari kecil sampai sekarang. Memang dibesarkan dengan makan telur ayam je. Nasib baik muka tak macam telur..Hehehe..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

12 thoughts on “Apa Kecoh-kecoh Pasal Telur Ayam Tiruan ni?….

  1. moga kita berhati-hati dalam membeli..
    Syafrizal recently posted..Pemasaran email yang sangat berkesanMy Profile

  2. mkn telur itik la…

  3. makan telur ayam kampung lg bagus. bahan kimia pun tak der. nasib baik ada ayam kampung kat rumah makcik….hehehh
    JUTAWANSAWIT recently posted..Tuesday Trading Tip- Bulls vs BearsMy Profile

  4. syukhairey says:

    takut gak kejap bila tau ade telur tiruan…lbh2 lg CAP yg wat kenyataan mcm tu. huhu…

  5. macam pelik je berita nih…

    ntah la, macam dorang nak cover je, sebab, cos membuat telur ayam tiruan takde r mahal sangat… ntah kat mne aku bce dulu…

    well, ape2 jelah, ahaks~
    kaizen recently posted..TeNSioN GaMBaR aNDa DiKuTuK JaNGaN uPLoaD!!!My Profile

  6. sian kat tlur ayam cacat..trus dipandang hina.. 😀
    adele recently posted..Prihatin Terhadap Pengunjung Blog dengan Comment Reply Notification PluginMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge