Apa itu Trafik Blog?

Apa itu trafik blog?

Trafik adalah pengguna internet yang datang ke blog kita, biasanya untuk mendapatkan maklumat tertentu dari blog kita. Lebih mudah difahami sebagai pelawat blog. Satu trafik bersamaan dengan satu pelawat.

Kenapa blogger perlu mementingkan trafik?

[quote]Dalam dunia internet, trafik adalah duit. Kenapa saya katakan begitu?[/quote]

Jutawan blogger, Pete Cashmore memperolehi pendapatan melebihi Euro 60 juta melalui blognya, Mashable.com. Trafik blog beliau melebihi 20 juta unique visitor dalam sebulan. Beliau memperolehi pendapatan ini melalui pengiklanan di blog, dan juga melalui affiliate program yang disertainya. Ramai pengiklan ingin beriklan di blog beliau kerana pelawat blognya yang terlalu tinggi.

Apa itu trafik blog

Trafik blog hanya penting jika seseorang blogger itu ingin menjana pendapatan melalui blognya. Jika kita hanya seorang yang menulis blog sekadar suka-suka, maka trafik adalah tidak penting untuk kita.

Bagaimana cara untuk mendapatkan dan meningkatkan trafik ke blog?

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan trafik ke blog sama ada secara percuma ataupun berbayar.

Contoh sumber trafik ke blog secara percuma adalah:

  • Enjin Carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya
  • Social media seperti Facebook, Twitter dan Google+
  • Email
  • Forum

Contoh sumber trafik blog secara berbayar adalah:

  • Pengiklanan berbayar seperti Google Adword, Facebook Ads
  • Review berbayar dari blog lain,
  • Pengiklanan banner dari laman web atau blog orang lain

Secara kesimpulannya, trafik blog sebenarnya boleh datang dari pelbagai sumber, Namun begitu, bagaimana caranya untuk kita mendapatkan dan meningkatkan trafik yang berkualiti ke blog kita?.

Trafik yang berkualiti ini bermaksud pelawat blog yang boleh bertukar menjadi pembeli untuk sesuatu produk kita jual atau produk affiliate yang kita promosikan.

Salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan trafik yang berkualiti adalah melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo. Oleh itu, penguasaan SEO adalah sangat penting.

Jika sesiapa masih  kurang mahir tentang SEO, mungkin boleh belajar SEO melalui Panduan Asas SEO.

P/s: Oh ye, nantikan eBook Case Study SEO ye..

18 thoughts on “Apa itu Trafik Blog?

  1. Pingback: Apa itu INNITY?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge