Apa Itu Stevia? 6 Keunikan Stevia Pengganti Gula Pasir

Apa itu Stevia? 6 Keunikan Stevia Pengganti Gula Pasir

Lamanya, Aya tak berkongsi tentang info kesihatan. Hari ini, Aya nak kongsi pengganti gula pasir yang terbaik untuk kita amalkan iaitu pemanis gula Stevia.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Gambar Gula Daun Stevia Rebaudiana

Apa itu Stevia?

Sebenarnya Aya pun lambat tahu tentang apa itu Stevia, Aya tahu info tentang Stevia ini daripada seorang rakan doktor yang sekarang ini menyambung kepakaran dalam Pakar Kesihatan Awam. Beliau yang kongsikan info-info dan kajian-kajian tentang Stevia ini. Ramai juga kawan-kawan doktor yang lain tak tahu tentang Stevia. hihihi

Sebab Aya bukan jenis yang percaya kebaikan sesuatu produk atau bahan tanpa bukti kajian saintifik.

Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi dan merupakan pengganti gula pasir terbaik. Stevia adalah jauh lebih baik daripada gula sintetik. Gula sintetik (Artificial Sugar) boleh meningkatkan risiko kanser.

Orang-orang di Jepun telah mengamalkan pemanis gula Stevia sejak 30 tahun dulu. Malaysia baru sahaja meningkat penggunaannya kerana kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan diri semakin meningkat.

Stevia adalah pemanis semulajadi yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan iaitu daun Stevia Rebaudiana yang berasal dari keluarga bunga matahari (Asterecea).

 

Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh Red Indian Guarani di Paraquay sejak 1500 tahun dahulu sebagai pemanis semulajadi dan juga sebagai rawatan dan penyembuhan luka.

Kajian secara meluas hanya bermula pada awal kurun ke-19 selepas penyelidik Brazil iaitu juga seorang ahli Botani Paraguay bernama Moises S.Bertoni melakukan kajian dan menulis artikel-artikel tentang kebaikan dan kegunaan Stevia. Kajian ini bermula sejak mereka mendapati sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.
Di bawah ini, beberapa bukti kajian saintifik berkaitan dengan daun Stevia.

Kajian Saintifik Berkaitan Stevia Rebaudiana Stevia RCC

Kajian Saintifik tentang Stevia RCC

Kajian Saintifik Tentang Stevia Rebaudiana – Pemanis Semulajadi

Apa Keunikan dan Kelebihan Daun Stevia sebagai pengganti gula pasir terbaik?

Pemanis gula stevia dikenali sebagai Gula Sihat. Ia juga dikenali sebagai Gula Tanpa Kalori @ Gula Sifar Kalori.

Antara 6 keunikan pemanis gula Stevia adalah:

  1. Keunikan Stevia adalah pemanis semulajadi dari tumbuh-tumbuhan yang 200-300 kali lebih manis dari gula pasir (pokok tebu).
  2. Gula Stevia adalah gula tanpa kalori
  3. Tiada lemak dan tiada kolesterol
  4. Gula Stevia SELAMAT digunakan pada peringkat usia termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung.
  5. Pemanis yang tidak toksik
  6. Gula Stevia mempunyai kesan kebaikan untuk kesihatan dan perubatan

In Sha Allah, Aya akan kongsikan khasiat-khasiat Stevia untuk artikel yang seterusnya.

Alhamdulillah, Aya sendiri dah amalkan pemanis Stevia berbentuk cecair iaitu Royal Sweetener Stevia dah dekat 5 bulan dah.. Alhamdulillah, Aya rasa perbezaannya, badan lebih bertenaga, kurang dahaga, mudah untuk tidur dan badan lebih segar apabila bangun tidur. Dan yang best , sbb Stevia ini adalah gula tanpa kalori. Aya dah berjaya menurunkan 3 kg berat badan. Itu yang paling best..hihi..

Apa komen anda pula?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

30 thoughts on “Apa Itu Stevia? 6 Keunikan Stevia Pengganti Gula Pasir

  1. jaid aman ya untuk pasien diabet memang menarik gula stevia ini
    islam di dadaku recently posted..Tidak Pernah Shalat Dan Puasa Di Masa Muda Masih Adakah Tobat untukkuMy Profile

  2. […] Aya nak kongsi berita gembira buat rakan-rakan pembaca atau blogger yang berminat buat duit dengan gula Stevia. Tiada yang mustahil. Sebab semua orang makan gula, jadi sangat mudah dapat prospek atau […]

  3. ada try haritu. rasa lain macam. haha
    Datin Tyka recently posted..Jumpa Dia LagiMy Profile

  4. ohh..

    ni rupanya kebenda stevia tu..
    titan recently posted..Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

  5. dulu saya ada niat nak buat bisnes daun stevia ni tapi mendapat halangan.. memang bagus khasiat daun ni sebagai pengganti gula.
    kerja sendiri recently posted..The Customer is Always Right?My Profile

  6. Belum pernah cuba lagi tapi kalau guna sikit pun dah manis , memang jimat bunyinya. Nak GST ni kan jadi kena cari alternatif.
    emalinmohd recently posted..Ubat Berhenti MerokokMy Profile

  7. Macam menarik, tapi memang pun tahap kesedaran tentang kesihatan kita masih lemah.
    Mencegah lebih baik daripada mengubati.

    Salam kenal Aya 🙂
    myliferia recently posted..Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanyaMy Profile

  8. yalah kan..kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan sangat perlahan..dan menggantikan gula dengan stevia merupakan langkah yang cukup bijak
    Hero Borneo recently posted..Kisah Hebat Kejayaan Pengasas HyundaiMy Profile

  9. guna sikit je boleh manis satu jug.
    Ikhwan Fahmi recently posted..Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di AshadeeMy Profile

  10. Suami saya yang amalkan..
    Saya belum amalkan lagi.
    Memang ramai dah stevia untuk kesihatan kan.
    Tapi bila baca boleh turunkan berat badan, mesti cuba nie.
    Nak sihat kan.
    AZENI AHMAD recently posted..Lempeng Cicah Kari Mengamit KenanganMy Profile

  11. Kurang gula dalam makanan dan lebihkan senyuman manis. 🙂
    akubiomed recently posted..Famili outing merasai aiskrim pasu pantai Klebang MelakaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge