Apa itu Pendapatan Pasif? 10 Contoh Pendapatan Pasif…

Assalamulaikum & Salam Kejayaan buat rakan-rakan pembaca BloggerWanita.com

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

 

Apa itu Pendapatan Pasif?

Maksud Pendapatan Pasif adalah pendapatan yang diterima untuk kerja-kerja yang telah dilakukan sebelumnya dan pendapatan terus diperolehi walaupun telah terhenti melakukan kerja tersebut.

Bukan bermakna anda tidak buat kerja. Anda hanya melakukan kerja permulaan sahaja tetapi anda boleh menikmati pendapatan secara berpanjangan daripada kerja tersebut.

Anda buat kerja sekali, tetapi anda untung berkali-kali.

Secara ringkas, pendapatan pasif adalah pendapatan yang terhasil tanpa menggunakan masa dan tenaga yang banyak.

Orang-orang kaya lebih mengutamakan pendapatan pasif kerana ingin menjana pendapatan untuk jangka panjang.

Apa itu Pendapatan Pasif

10 Contoh Pendapatan Pasif

1. Penyanyi

Penyanyi akan menghasilkan album dan mereka akan dibayar royalti keuntungan penjualan album tersebut mengikut kontrak yang telah ditetapkan. Royalti keuntungan inilah yang menjadi pendapatan pasif penyanyi. Tetapi bukan semua orang boleh menyanyi kan? Saya boleh menyanyi dan buat konsert.. Tapi.. konsert dalam tandas je.. hehehe

 

2. Penulis Buku atau Novel

Penulis akan menulis buku atau novel dan mereka akan menerima bayaran royalti keuntungan penjualan buku atau novel tersebut. Royalti buku tersebut adalah pendapatan pasif penulis. Salah satu impian saya adalah menghasilkan buku saya sendiri. In Sha Allah.. Satu masa nanti jika dipanjangkan usia. Amin ^^

 

3. Pelabur Saham atau hartanah

Pelabur Saham juga mudah memperolehi pendapatan pasif untuk jangka panjang. Penduduk Malaysia sekarang ramai cuba mempelajari pelaburan saham terbitan awam atau Initial Public Offer (IPO). Saya sendiri pun tengah mula belajar pelaburan saham IPO ni. In Sha Allah

Pelabur hartanah juga mudah memperolehi pendapatan pasif untuk jangka panjang tetapi mungkin memerlukan modal yang besar. Anda boleh membeli rumah dan menyewakan rumah tersebut dan memperolehi keuntungan hasil lebihan sewa bulanan pelanggan anda. Tetapi pastikan sewa bulanan mesti melebihi hutang bulanan anda. Jika tak, memang rugi. Pelaburan hartanah juga merupakan salah satu impian saya. Saya suka baca buku-buku Robert Kiyosaki. ^^

 

4. Agen Takaful atau Insurans

Agen takaful atau agen insurans juga memperolehi pendapatan pasif. Mereka memperolehi keuntungan melalui komisen yang diperolehi daripada bayaran bulanan pelanggan takaful/insurans mereka. Biasanya komisen ini diterima pada tempoh masa tertentu. Ramai kawan yang ajak saya menjadi agen takaful tetapi buat masa ini, saya lebih suka melakukan perniagaan internet. ^^

 

5. Pembina Aplikasi/ Perisian

Haa… jika rakan-rakan pakar aplikasi atau ada kenalan yang boleh buat aplikasi atau perisian. Anda boleh jual aplikasi tersebut di kedai-kedai aplikasi atas talian seperti Play Store dan memperolehi keuntungan hasil penjualan aplikasi tersebut. Buat kerja sekali sahaja iaitu buat aplikasi dan menerima bayaran setiap kali orang jumpa dan beli aplikasi anda.

Bayangkan anda jual aplikasi tersebut pada harga USD1 untuk pasaran seluruh dunia. Jika 100,000 orang beli aplikasi tersebut, anda telah memperolehi keuntungan USD100,000 (Lebih kurang RM400,000) . Kaya ooo.. hehe

 

6. Agen Networking

Jika anda tidak banyak modal untuk memulakan perniagaan offline seperti kedai, restoran dan sebagainya. Saya mencadangkan boleh mencuba perniagaan Networking kerana tidak banyak modal yang diperlukan. Modal utama anda adalah anda pandai berkongsi dan menerangkan kelebihan produk networking tersebut. Jika dilakukan secara atas talian (online), anda hanya perlu pandai berkongsi dan menulis artikel kelebihan produk jualan networking anda.

Contohnya saya sendiri, menjual simkad Toneplus. Modal hanya kurang RM100 sahaja iaitu hanya perlu membeli sekeping simkad. Saya hanya melakukan secara online dengan membina web autodownline untuk membantu team networking saya di www.grouptoneplus.com. Saya akan memperolehi keuntungan sehingga 13% komisen topup setiap kali pelanggan saya topup setiap bulan selagi mereka pakai handphone dengan simkad Toneplus. Untungkan?

Contoh pelanggan anda topup RM100, maka anda akan memperolehi komisen RM13. Bayangkan jika selepas 5 tahun, pelanggan anda dah ada 1000 orang, maka komisen topup anda adalah RM13 X 1000 = RM13,000 sebulan. Wow!!

Saya yakin orang akan pakai handphone sampai ke liang lahad ^^

Modal memang sangat rendah dan boleh dilakukan secara sambilan dan santai sahaja. ^^

 

7. Penulis Ebook

Ramai penulis ebook di Malaysia yang semakin menempah nama dan menjana pendapatan secara pasif. Anda hanya perlu menghasilkan ebook, bina web jualan, kuasai SEO enjin carian Google dan terima keuntungan hasil jualan anda. Saya mencadangkan anda menggunakan sistem bayaran onpay untuk mengautomasikan jualan anda.

 

8. Penulis Blog (Blogger)

Penulis blog memang boleh jana pendapatan pasif. Lagi-lagi jika blog anda dah mempunyai pelawat blog atau pembaca yang ramai. Contohnya blog ini telah memperolehi hampir 2 juta pembaca. Alhamdulillah.

Anda boleh buat blog dengan niche/topik tertentu atau mungkin blog peribadi dan letak pengiklanan seperti Google Adsense, Nuffnang, Innity dan sebagainya dan terima bayaran hasil dari klik iklan tersebut.

Jika blog anda dah ramai pelawat, anda boleh menawarkan khidmat pengiklanan di blog anda dan terima bayaran hasil penulisan anda (Iklan Advertorial).

 

9. Pengguna Youtube (Vblogger)

Pengguna atau penggemar video Youtube juga boleh menjana pendapatan pasif secara berterusan. Anda hanya perlu membuat video perkongsian atau tutorial mengikut kemahiran masing-masing dan menjana pendapatan melalui pengiklanan yang keluar dalam video anda. Ramai Vlogger antarabangsa yang menjadi jutawan disebabkan peluang pendapatan pasif anda.

 

10. Pemasar Affiliate

Ramai juga pemasar affiliate di Malaysia yang menjana pendapatan melalui program affiliate. Anda hanya perlu membuat website atau blog untuk niche tertentu dan kemudian anda review produk orang lain iaitu produk affiliate. Anda juga boleh menggunakan Facebook untuk mempromosikan produk affiliate. Anda akan menerima bayaran komisen setiap kali jualan anda terhasil melalui link rujukan affiliate anda. Saya sendiri menerima komisen affiliate dari Jobdirumah.

 

Saya harap penerangan ringkas saya berkaitan dengan definisi pendapatan pasif dan contoh pendapatan pasif di atas mampu memberi gambaran peluang-peluang yang ada di depan mata rakan-rakan pembaca.

Apapun yang ingin anda lakukan, saya ingin berkongsi kata-kata motivasi Robert Kiyosaki, Pakar Kewangan Amerika.

“FOCUS : Follow One Course Until Successful”

Buat satu projek dahulu sehingga berjaya sebelum memulakan projek yang lain.

 

Saya harap info di atas memberi manfaat. Apa komen anda? ^^

 

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.

7 thoughts on “Apa itu Pendapatan Pasif? 10 Contoh Pendapatan Pasif…

  1. kita tahu main affiliate aje.

    tu je tahu.

    yang lain, tak tahu.
    titan recently posted..Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.My Profile

  2. jadi affiliate pun boleh jana pendapatan pasif..

    namun perlu strategi dan teknik yang luarbiasa dan sungguh..
    mrhanafi recently posted..Pendapatan Pasif : Jadikan Aku Yang KeduaMy Profile

  3. saya cuma buat satu sahaja pendapatan pasif…

    semoga kali ini berjaya dan memberi pendapatan yang berterusan
    mrhanafi recently posted..Pendapatan Pasif Terbaik Bukan Aplikasi DuitMy Profile

  4. ada sumber pendapatan pasif kini telah dibuka untuk umum..

    rugi kalau tidak direbut segera..
    mrhanafi recently posted..Orang Kaya Nak Bagi Hadiah RM50 RibuMy Profile

  5. buat kerja sekali dan hasilnya yang berkali-kali ..

    memang berbaloi juga nak buat tu..
    mrhanafi recently posted..Kisah Cik Serba Tahu Buat Duit OnlineMy Profile

  6. Jadi blogger ambil masa yang lama juga untuk naik..

    tetapi berbaloi sekiranya terus aktif dan boleh menjana duit secara pasif
    Hero Borneo recently posted..Portal Senarai Kerja Kosong TerkiniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge