Apa Itu Pendapatan Aktif?

Assalamualaikum & Salam Kejayaan rakan-rakan pembaca BloggerWanita.com. Hari ini, saya nak berkongsi berkaitan topik perniagaan.

Apa itu Pendapatan Aktif (Active Income)?

Maksud Pendapatan Aktif adalah pendapatan, keuntungan atau bayaran yang diperolehi setiap kali anda melakukan kerja. Tiada kerja, tiada bayaran.

Apa itu Pendapatan Aktif

 

Contoh Pendapatan Aktif 1

Sebagai contoh pendapatan aktif adalah bertugas sebagai kakitangan atau penjawat awam atau swasta. Saya bekerja sebagai seorang doktor perubatan. Saya dibayar gaji selagi masih bertugas sebagai seorang doktor. Jika saya mengambil cuti melebihi dari cuti rehat yang dibenarkan, maka saya tidak akan dibayar gaji iaitu Cuti Tanpa Gaji.

Tiada kerja, tiada pendapatan.

 

Contoh Pendapatan Aktif 2

Jika anda seorang peniaga, anda akan memperolehi keuntungan apabila jualan terhasil. Contohnya anda menjual pemanis gula Stevia di internet, maka anda hanya memperolehi keuntungan jika jualan pemanis gula Stevia terhasil.
Jika anda kerja lebih atau promosi besar-besaran, maka pendapatan aktif anda juga akan lebih. Jika anda buat kerja berkurangan, maka pendapatan anda juga akan berkurang.

Secara ringkas, pendapatan aktif adalah pendapatan yang dijana menggunakan masa dan tenaga yang banyak.

Jika kita sakit, tiada tenaga digunakan, maka pendapatan aktif juga tidak akan terhasil. Oleh itu, selagi kita masih sihat, maka kita perlu pandai menguruskan kewangan kita. Kita digalakkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji atau pendapatan aktif yang kita perolehi. Setuju? ^^

Apapun kerja yang kita lakukan, minat ataupun tidak.. suka ataupun tidak..
Kita perlu melakukan kerja tersebut, bersungguh-sungguh agar rezeki yang kita perolehi diberkati-Nya.

Saya suka kata-kata motivasi Jim Rohn iaitu Pakar Motivasi Amerika.

“Always do more than you get paid for as an investment in your future”

 

Maksudnya buat sesuatu kerja bersungguh-sungguh dan lebih baik daripada nilai bayaran yang diterima sebagai pelaburan untuk masa hadapan iaitu pelaburan perkembangan diri kita sendiri. In Sha Allah.

Pendapatan aktif saya sekarang adalah:

1. Gaji Doktor Perubatan
2. Peniaga Pemanis Semulajadi Stevia
3. Peniaga Simkad Toneplus

Anda pula bagaimana? ^^

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

4 thoughts on “Apa Itu Pendapatan Aktif?

  1. pndapatan yg trbaik adalah yg berkah,

  2. Bermula dengan pendapatan aktif kemudian ke pendapatan pasif. Robert Kiyosaki pekerkenlkan 4 Kuadrant dari Employee –> Self Employed –> Business Owner –> Investor. Perlu berada di kuadrant ke 3 iaitu Business Owner.
    akubiomed recently posted..PG Mall Malaysia online shopping membeli belah guna emasMy Profile

  3. saya pulak nak gabungkan pendapatan aktif dan pasif..

    matlamat jangka panjang untuk mencapai kebebasan kewangan..
    Hero Borneo recently posted..Tentu Seronok Jadi Orang KayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge