Apa itu Fan Page atau Facebook Page?

Hari ini, kita kembali kepada asas…

Apa itu Facebook?

Facebook adalah sebuah laman sosial yang popular pada masa ini. Pengguna Facebook di Malaysia sahaja telah mencapai lebih 10 juta pengguna. Facebook ini bukan sahaja dijadikan medium untuk bersosial, berkomunikasi dan menambah rakan kenalan tetapi dijadikan sebagai salah satu medium pengiklanan dan pemasaran produk dan servis oleh syarikat-syarikat besar dan juga secara persendirian.

Apa itu Facebook Profile?

Facebook profile adalah satu akaun di dalam facebook yang utama dan bersifat peribadi di mana terdapat senarai rakan-rakan, gambar, album dan sebagainya. Melalui akaun profile, kita boleh chat dengan rakan-rakan Facebook yang lain. Kekurangan Facebook Profile berbanding Facebook Page, kita hanya boleh memiliki tidak lebih 5000 kawan dalam satu akaun.

Contoh: Akaun Facebook Profile saya

Apa itu Facebook Profile

Apa itu Fan page atau Facebook Page?

Fan page atau Facebook page adalah sebuah laman dalam facebook yang digunakan untuk tujuan mempromosikan sesuatu produk, servis, syarikat, individu dan sebagainya. Fan page ini banyak digunakan untuk tujuan perniagaan, membina komuniti dan peminat tersendiri. Satu akaun Facebook boleh membina banyak Facebook page.

Contoh: Akaun Fanpage BloggerWanita.com saya

Apa itu Fan Page atau Facebook Page?

Blogger banyak menggunakan Facebook page untuk mempromosikan artikel-artikel blog mereka. Blog Bloggerwanita.com sendiri menjana trafik yang tinggi melalui teknik pemasaran di Facebook.

P/s: Bagi rakan blogger yang belum mempunyai Fan page atau jumlah Like yang masih kurang, Anda boleh menggunakan Fan page MajalahBlogger dot Net secara percuma untuk mempromosikan artikel blog anda . Tapi sebelum itu, sesiapa yang berminat, perlu daftar menjadi admin page terlebih dahulu.klik sini @Majalahblogger dot Net

13 thoughts on “Apa itu Fan Page atau Facebook Page?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge