Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee?

Hari ini, saya ingin berkongsi ilmu nutrisi kepada rakan pembaca iaitu berkaitan Energizing Soy Protein.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Saya sendiri telah mengamalkan pengambilan ESP sebanyak 2 kali sehari bagi tujuan tahan lapar, menurunkan berat badan, kecantikan kulit dan kesihatan badan.

Artikel ini agak panjang supaya saya dapat berkongsi informasi yang berguna dan lengkap buat mereka yang sangat memerlukan ESP ini.

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan:

 

Apa sebenarnya itu Energizing Soy Protein atau ESP?

Gambar Shaklee ESP atau Energizing Soy Protein

Apa itu ESP? Apa itu Energizing Soy Protein? Apa itu Soy Protein Isolated Powder?

Ketiga-ketiga adalah menerangkan produk yang sama.

ESP = Energizing Soy Protein = Soy Protein Isolated Powder

ESP adalah salah satu produk Shaklee yang popular dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Shaklee merupakan syarikat pertama yang telah mencipta makanan tambahan protin (protein) berasaskan kacang soya.

Apa itu Protein?

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen yang penting untuk hormon manusia.

 

 

Apa keunikan ESP Shaklee berbanding produk lain?

Keunikan ESP Shaklee adalah ciri-ciri kacang soya yang digunakan.

Apa beza kacang soya yang terdapat dalam produk Shaklee berbanding kacang soya produk-produk lain?

Kacang Soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” iaitu non Genetically Modified Organism yang mana ia diproses dalam kadar suhu yang rendah. Maksudnya, ia tidak diubahsuai genetiknya daripada proses penanaman sehinggalah penghasilannya.

Setiap satu tin Energizing Soy Protein atau 850 gram dihasilkan daripada 30kg kacang soya. Kandungan kacang soya yang tinggi ini memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

 

Apa kandungan dalam ESP?

Kandungan ESP

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

ESP juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Kandungan Energizing Soy Protein atau ESP

 

 

8 Kelebihan produk Energizing Soy Protein kepada manusia

Fungsi atau Manfaat ESP

Terdapat 8 manfaat yang boleh diperolehi melalui makanan tambahan Energizing Soy Protein ini. Antaranya adalah:

1. Awet Muda : Asid Amino penting untuk membina otot,kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan sebagainya. Pengambilan yang kerap mampu memelihara fungsi tubuh badan kita dan mampu mengekalkan awet muda.

#Apa itu asid amino? Asid amino adalah molekul asas untuk protin. Protin terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Asid amino tak perlu adalah asid amino tertentu yang dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia. Asid Amino perlu pula adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan seperti produk Shaklee ESP.

 

2. Baik untuk hormon : Kacang Soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, di mana fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat : Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya menghalang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia mampu memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.

4. Kulit lebih muda dan anjal : Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan kulit luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Sumber tenaga : Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun atau pertahanan badan.

6. Membaiki pigmentasi : Membaiki masalah pigmentasi,kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki masalah rambut : Masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur boleh dipulihkan.

8. Membaiki memori : Meningkatkan kualiti memori, dorongan seksual dan rangsangan.

 

Siapa yang perlu mengambil ESP ini?

1. Ibu hamil
2. Ibu yang menyusukan anak
3. Wanita yang ingin payudara anjal
3. Lelaki atau wanita yang ingin menurunkan berat badan dan kulit tidak kendur
4. Lelaki atau wanita yang ingin kulit cantik berseri dan halus
5. Lelaki atau wanita yang ingin membantu menghilangkan parut seperti parut jerawat atau parut luka.
6. Wanita yang mengalami masalah kesuburan
7. Lelaki atau wanita yang ingin kesihatan berpanjangan

Secara umumnya, ESP adalah sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah warga emas. Tapi jika anda mempunyai alergik atau alahan pada kacang soya, anda tidak boleh ambil produk ini ye.

 

Bagaimana cara makan atau pengambilan ESP yang betul?

Cara Makan ESP

ESP boleh diambil dalam 2 hingga 3 kali sehari. 1 sudu ESP boleh dicampurkan ke dalam air milo, susu, jus atau air masak sahaja. Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman bergas tidak digalakkan kerana kafein boleh mengganggu penyerapan vitamin dalam usus.

 

Apa rasa ESP Shaklee ini? Sedap ke?

Secara jujurnya, saya suka ESP ini, rasanya sedap iaitu berperisa Vanilla. Kalau sesiapa suka minum susu kacang soya, in Sha Allah akan suka ESP ini. Jangan risau buat mereka yang tak suka kacang soya, sebabnya 1 ESP boleh dicampurkan ke dalam minuman kegemaran anda.

 

Berapa harga Energizing Soy Protein dari Shaklee?

Harga produk ini juga berpatutan dan boleh bertahan 2-3 bulan tau.

Harga Pasaran: RM150 [Semenanjung/Sabah/Sarawak]

+ Pos Penghantaran RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak

Berminat? 🙂 SMS/Whatsapp SHAKLEE ESP ke 0195805181

Tips:

  • Bagi mengelakkan rasa lapar, anda boleh mengambil 1 sudu ESP bersama apa-apa jenis minuman sejam sebelum makan kerana ia akan membuatkan kita terasa kenyang. Sekaligus mengurangkan kuantiti makanan. ESP juga sesuai diambil untuk mereka yang cuba menurunkan berat badan.
  • ESP sangat sesuai buat ibu hamil dan menyusukan badan kerana ia mampu membantu perkembangan bayi dalam kandungan dan juga menggalakkan penghasilan susu ibu.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

2 thoughts on “Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee?

  1. saya pun minum esp dulu. dah habis sekrang hihihi. nak order xdak dut dah . hahaha
    shasha yacob recently posted..Istighfar 🙂My Profile

  2. Untuk orang kurus kering boleh ke Pn. @Aya Norbayah..

    Artikel yang menarik…. (y)
    AminJohar.com (PakarNiaga.com) recently posted..Tukar .blogspot.com kepada .Com PercumaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge