Apa itu Dropship? 5 Langkah Dalam Konsep Dropshipping

Assalamualaikum & Salam Kejayaan rakan pembaca BloggerWanita.com. Artikel kali ini, saya akan menerangkan kepada anda, apa itu dropship? Apa itu agen dropship? Apa itu pembekal dropship? Apa itu model bisnes dropshipping?

Jika anda masih tercari-cari apa perniagaan internet atau kerja sambilan di rumah yang boleh dibuat, anda boleh mencuba bisnes dropship. Bisnes yang semakin popular sejak berkembangnya internet dan sosial media.

APA ITU DROPSHIP?

gambar-apa-itu-dropship-antarabangsa

 

Apa itu Dropship? Bisnes Dropship?

Drop + Ship. Bukan Jatuh + Kapal ye.. hehe

Dropship atau Dropshipping adalah satu model perniagaan di internet yang sama seperti perniagaan konvensional. Dalam perniagaan konvesional, ada pembekal/peniaga , pemborong (orang tengah),dan pembeli.

Dalam perniagaan dropship, ada pembekal, orang tengah dan juga pembeli. Anda adalah bertindak sebagai orang tengah di antara pembekal/peniaga dengan pembeli anda.

Anda adalah Agen dropship.

Tugas anda hanya perlu mempromosikan produk dropship tersebut dan menerima tempahan daripada pelanggan anda. Apabila anda telah menerima bayaran, anda hanya perlu menghubungi pembekal produk tersebut dan membuat bayaran kepada mereka pada harga borong.

Pembekal tersebut adalah pembekal dropship.

Segala urusan pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal.

Inilah maksud BISNES DROPSHIP.

 

Siapa yang boleh buat bisnes dropship?

Sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan sambilan atau sepenuh masa di Internet. Bisnes dropship boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tidak perlu kedai atau pekerja.

 

Apa keuntungan bisnes dropship?

Sama seperti peniaga offline atau peniaga konvensional iaitu untung runcit hasil jualan produk dropship tersebut. Anda jual pada harga runcit dan anda bayar pembekal pada harga yang jauh lebih rendah (harga borong).

Contohnya, anda menjual beg kosmetik pada harga RM150 dan harga pembekal dropship hanya RM90, maka anda telah untung RM60. Ini contoh sahaja.

 

5 Langkah Dalam Model Dropship

Di bawah ini adalah 5 Langkah Dalam Konsep Dropship agar mudah difahami.

LANGKAH 1
Anda menghubungi pembekal dropship untuk produk yang ingin dijual.

 

LANGKAH 2
Anda mendapatkan gambar dan maklumat produk daripada pembekal untuk dipromosikan sama ada di Facebook,Whatsapp, kedai online atau blog anda.

 

LANGKAH 3
Anda menerima pembelian daripada pelanggan anda.

 

LANGKAH 4
Anda membuat pembayaran kepada pembekal dan memberikan maklumat alamat pelanggan kepada mereka.

 

LANGKAH 5
Pembekal dropship akan membuat pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan anda.

Ini adalah penerangan ringkas berkaitan apa itu dropship dan konsep dalam perniagaan dropship. Jika rakan ingin baca lebih lanjut, boleh download ebook percuma Rahsia Dropship Antarabangsa Didedahkan.

 

Jika rakan ingin mempelajari lebih mendalam tentang bisnes dropship, boleh belajar melalui kursus lengkap WooXpress dari Tuan Nazrin & Tuan Rashvin.

 

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

3 thoughts on “Apa itu Dropship? 5 Langkah Dalam Konsep Dropshipping

  1. tak rajin wat.

    tapi bila buat, memang best.
    titan recently posted..Melancong Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka.My Profile

  2. Menarik juga bisnes dropship..

    Tak guna modal banyak..

    Pandai buat sales.. Banyak untung..
    mrhanafi recently posted..3 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dalam DiamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge