Apa itu Bounce Rate?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Dah lama Aya tidak berkongsi ilmu internet marketing. Mungkin sebab sibuk bisnes Shaklee kot..hehehe

Majoriti blogger ingin blog masing-masing mempunyai trafik yang tinggi. Betul tak?

Dalam dunia blogging, trafik adalah duit. Apa itu trafik blog? Aya dah terangkan dalam post sebelum ini.

Jika blog kita mempunyai trafik yang tinggi atau pelawat blog yang ramai, sudah pasti kita mudah menawarkan perkhidmatan pengiklanan atau artikel berbayar ( advertorial post). Topik ini hanya sesuai buat blogger yang ingin buat duit dengan blog mereka.

Apa itu bounce rate dalam statistik blog?

Nampak tak screenshot Google Analytic Bloggerwanita.com di atas?

Alhamdulillah, Sejak Bloggerwanita.com diwujudkan,ia mempunyai Bounce Rate sebanyak 1.93%.

Apakah maksud Bounce Rate sebenarnya dalam statistik blog?


Haa, inilah yang Aya nak kongsikan sedikit ilmu tentang pemasaran internet. Bounce Rate ini boleh digunakan untuk sebuah laman web dan juga blog.

 

Apa itu Bounce Rate untuk sebuah blog?

Bounce Rate atau dalam bahasa Melayu “kadar Lantunan” atau “kadar lantunan keluar” adalah istilah pemasaran internet yang digunakan dalam analisis trafik web atau blog. Ia menunjukkan jumlah peratusan pengunjung blog yang memasuki blog tersebut dan terus meninggalkannya tanpa melihat laman-laman artikel yang lain pada blog yang sama.

 

Apa fungsi Bounce Rate untuk sebuah blog?

Bounce Rate boleh digunakan untuk membantu menentukan keberkesanan dan prestasi sesebuah blog dalam menarik minat pembaca untuk melihat artikel-artikel blog yang lain. Sudah tentu bounce rate ini penting untuk sesebuah blog yang profesional.

Bounce rate yang rendah menunjukkan blog tersebut telah menarik lebih ramai pelawatnya untuk melihat artikel-artikel yang lain dalam blog tersebut. Ada yang mengatakan bounce rate yang kurang daripada 50% sudah cukup memuaskan.

Namun, jika bounce rate blog tersebut tinggi, atau melebihi 60 %, kemungkinan besar blog tersebut mempunyai masalah untuk menarik pembaca untuk melihat artikel-artikel yang lain dan mendalami blog tersebut.

Cuba bayangkan, anda ingin dapatkan maklumat tertentu dan membuat carian di Google, kemudian dibawa ke blog ini, Namun apa yang anda lihat hanyalah paparan iklan sahaja. Sudah tentu anda terus tinggalkan blog ini kan? Jadi, maksudnya anda tak berminat langsung nak tengok info-info yang lain dalam blog ini. Jadi ia dah dikira sebagai Bounce Rate.

Contoh yang lain, anda ingin dapatkan maklumat di blog ini tapi loading blog sangat slow, Aya rasa, sudah tentu anda malas nak tunggu dan terus tinggalkan je blog ni, Betul kan? Jadi, itu juga akan dikira sebagai bounce rate.

 

Adakah bounce rate yang tinggi sentiasa menunjukkan prestasi laman web atau blog yang tidak memuaskan?

Tafsiran kadar bounce bergantung kepada objektif sesebuah laman web perniagaan atau blog. Jika tujuan laman web tersebut adalah untuk menarik pengunjung membaca page atau laman itu sahaja seperti landing page, maka bounce rate tinggi tersebut mungkin menunjukkan ia berjaya untuk laman web tersebut. Namun, jika tidak, ia adalah sebaliknya.

Boleh faham tak? Hee..

Harap dapat membantu..

Ini pula video penerangan tentang Bounce Rate di YouTube

 

Ps: Buat ahli-ahli Shaklee yang berdaftar bersama Aya, Aya akan kongsikan lebih banyak ilmu pemasaran internet di Facebook Group kita.. :)

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

7 thoughts on “Apa itu Bounce Rate?

  1. Makin tinggi bounce rate. Makin bagus ke? Tapi untuk blog yg nk buat pengiklanan la ye?
    din recently posted..CAR BOOT ORGANIZER – MYR30.00My Profile

  2. bounce rate blog syaa dulu pun macam ni jugak, tp skrg dah 60% dah, hehe
    myrujukan recently posted..Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41My Profile

  3. Tahniah..dah cantik bounce rate tu.. :-)

  4. nice bounce rate.. huhu.. LabiLabi singgah sini
    LabiLabi recently posted..Serius Baq Ang : Hobi Lelaki China Mengumpul Coli (3 Gambar)My Profile

  5. Rndah bounce rate. Masa mula-mula blogging dahulu boleh didalam aras tersebut. Sekarang ini agak sukar. :-)
    akubiomed recently posted..Menikmati seni alam di hutan simpan FRIM KepongMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge